Tuesday, December 14, 2004

bil letrik, insurans & rojak

jam 2.00pm aku keluar pi pejabat pos. dik zul duk mengajak aku jalan2 cari makan tengahari ni. aduh teriknya. mcm nak terasa nyanyi lagu Pening dendangan Ezlynn & abg M. Daud Kilau. hahahahaha...

RM80.57 lesap, habis ku bayar utk bil letrik rumah. adalak kat pejabat pos ni promosi Kad2 Debit, Insurans, AAM & TouchNGo. grrrrr... mcm paksa2 aku pulak duk bayar RM228.00 ngan diaorg. kononnya promosi utk 200 org sahaja. kalau lewat daftar maka, harganya akan mencecah RM500 ke atas. aduhhh, hairan gak promosi kad2 ni. katanya bayar sekali seumur hidup insurans pun cover selamanya. boleh caya ker ?

mcm2 cara org nak dpt duit. minta brochures or contact card, takde lak. just bagi no. phone yg nak ditulis lak kat bil letrik aku. entah apa2... awek2 kat kaunter promosi tu memang cun tapi apakan daya aku tak terfikir nak join that privilliges card.

apapun, aku bagi alasan, lain kali jer la. sorry girls...

hmmm, RM9.70 duk makan kat rojak manjung. perghhh, pekena rojak + sotong kurita agaknya. tambah lak sesambil tu aku sedut KickKapoo. entah air apa sebenarnya tapi rasa mcm oren bergas jer. tapi sebab nama brand tu dah famous agaknya sebab tu duk panggil nama air tu KickKapoo.

hmmm, sesambil makan2 tu kami ada gak sembang pasal awek2 dan kerja tapi semua berkisar kisah hidup kat alam ini.

abg rojak : mcm biasa ker ?
yus : rojak 2 set. spesel 1, biasa 1.
jantina X : abg nak minum air apa ?
dik zul : teh ais
yus : sprite
jantina X meminta abg rojak sediakan air sprite.
abg rojak : bang, air sprite dah habis.
yus : bagi saya air kickkapoo.
dik zul : perghhh...

yus : zul, dia tu laki ke perempuan. semcm jer gayanya.
dik zul : a'a.
yus : sekapal ngan anak tauke rojak ni kot sebab mcm tomboy jer.
beberapa minit kemudian, semua yg diorder sampai...

itulah antara ungkapan2 yg aku ingat. maklumlah, aku bukan wartawan yang ke hulu-hilir bawa recording walkman dan setara dgnnya.

dengar khabar dah ada handphone yg boleh rakam suara. mcm N-gage adik aku, yang mana dia boleh gak rakam suara2 ni.

teknologi dah makin pawer sekarang ni. kadang2 sukar nak kejar-mengejar teknologi ni. biarlah teknologi terus kehadapan yang penting hati kita ikhlas nak mengenali teknologi-teknologi sebegini.