Friday, June 12, 2009

PERAK-XXXX-XXXX-XXXX-PERAK

Minggu ini aku akan berada di pelbagai lokasi.
Aku berdoa agar perjalanan aku selamat dan menjadi kenangan manis buat aku dan isteri.
Love you my wie.

Aku amat terkenangkan senyuman arwah ayah aku.
Banyak yang aku tak sempat nak pelajari daripadanya.
Ya Allah, semoga kau tempatkan arwah ayahku dikalangan org2 yang beriman.

Sayup je hati ini bila melihat ibu yang kini hidup bersendirian.
Aku tak sampai hati untuk menetap di tempat lain.
Biarlah apa yang aku hadapi sekarang ini, yang penting aku masih dapat melihat ibu ku setiap masa.

Aku tujukan sebuah lagu buat semua ayah dan ibu serta guru-guru...

Outstanding Tasks:
1. Projek I.
2. Projek Wisma.
3. Projek Spiral.
4. Projek ZS.

Lagu Retro - Biarku Menjadi Lilin (Pelangi)

Biar Ku Menjadi Lilin
(Pelangi)

Boleh dgr lagu ni di link :
http://www.youtube.com/watch?v=W2-SBimSAfk


Biarku menjadi lilin
Memberikan cahaya
Terangi sekeliling dengan diri terbakar
Tak siapa yang sedar
Disaat kegelapan rela aku berkorban
Demi satu harapan

Biar masa berlari
Dan kau terus mendaki
Aku tenang disini dengan sabar menanti
Tanpa dendam dan benci
Andainya kau terjatuh terluka dan tersungkur
Kurawat biar sembuh

Aku tak kan bertanya
Apakah nanti balasannya
Setiap pengorbanan setiap pemberian
Demi satu ikatan

Keikhlasan dihati
Walaupun sering kau ragui
Pada suatu masa dan suatu ketika
Akan ketara jua

Biarku menjadi lilin
Memberikan cahaya
Saat kau kesepian saat kau kegelapan
Kurela menerangkan
Aku senang begini dapat terus berbakti
Dengan cara sendiri

Aku tak kan bertanya
Apakah nanti balasannya
Setiap pengorbanan setiap pemberian
Demi satu ikatan

Keikhlasan dihati
Walaupun sering kau ragui
Pada suatu masa dan suatu ketika
Akan ketara jua

Aku tak kan bertanya
Apakah nanti balasannya
Setiap pengorbanan setiap pemberian
Demi satu ikatan

Thursday, April 30, 2009

Mari Berkarya - "Projek ZS"

Aku sedang mengusahakan penulisan sebuah kisah yang berkonsepkan sains fiksyen. Lakaran cerita ini masih dalam peringkat awalan. Pada masa ini aku kenali ia sebagai "Projek ZS". Aku perlu fokus dan serius untuk pastikan ia berjalan dengan lancar dan tidak seperti projek CBDS aku yang tergantung pada beberapa tahun yang lalu.

"Projek ZS" ini fokus kepada satu pertubuhan... opsss, aku belum ada ringkasan cerita yang baik. Maaf. Yang pasti plot mula, plot klimaks dan plot penamat sudah ada. Cuma sekarang aku sedang fokus bagaimana nak perhalusi lagi setiap perantara plot2 utama ini.


Sedikit gambaran berkaitan dengan karya ini. Ianya sebuah kisah seorang lelaki yang dalam dilema dan bersekongkol dengan pihak antagonis dalam merealisasikan dendamnya...

Aku amat berharap sesudah karya ini siap kelak, semoga ia diterima oleh syarikat penerbitan untuk dicetak dan diagihkan kepada para pembaca kelak. Tak banyak yang boleh aku janjikan namun aku cuba yang terdaya untuk memberi pembaca satu kisah yang mencabar dan diseliputi pelbagai rasa hati...

Kajian terhadap "Projek ZS" ini masih dijalankan. Masih perlu banyak maklumat yang perlu aku kumpul utk memastikan informasi dan jalan cerita berjalan dengan baik dan mudah difahami para pembaca.

Wish me luck, friends...

Tuesday, April 28, 2009

ucapanku...

Walaupun sudah terlewat, aku tetap ingin sampaikan ucapan yang tak seberapa kepada beberapa orang yang berkaitan dengan hidupku.

Ucapan ini ditujukan buat Jas/Molly dan Ashadi/Meza. Semoga semua berbahagia. Jas, Molly dan Meza, happy birthday. Untuk Ashadi, tahniah jadi papa kpd Yazid.

:) Abang sayang pada kamu semua.

Buat emak, isteriku dan adikku yg bongsu, aku tetapi sayangi dirimu semua.

Buat emy, terus rajin berusaha memperbaiki kehidupan yang mencabar ini. Ayah sudah tiada, jangan lagi susahkan hati emak. Hati-hati membawa diri.

Buat Cha, Leeya dan Yazid, anak saudaraku yang comel2. Engkaulah penyeri hidupku dan isteriku. PakLong dan MakLong senantiasa teringat padamu semua.

Aku tujukan sedikit preview lagu nyanyian Noor Kumalasari..."Selamat Pagi Sayang".



Monday, April 27, 2009

PUSPA...Thank you ST12 (Versi Chipmunks)



kau gadisku yang cantik
coba lihat aku disini
disini ada aku yang cinta padamu

kau gadisku yang manis
coba lihat aku disini
disini ada aku yang sayang padamu

walau kutahu bahwa dirimu
sudah ada yang punya
namun kan kutunggu sampai kau mau

jangan jangan kau menolak cintaku
jangan jangan kau ragukan hatiku
ku kan selalu setia menunggu
untuk jadi pacarmu

jangan jangan kau tak kenal cintaku
jangan jangan kau hiraukan pacarmu
putuskanlah saja pacarmu
lalu bilang i love you padaku

walau kutahu bahwa dirimu
sudah ada yang punya
namun kan kutunggu sampai kau mau

Thursday, March 26, 2009

Delphi for PHP, Jafriyusrin, Wanita dan Pemuda UMNO dan Carta Pelayaran...


Minggu ini fokus aku kepada Unix, Delphi for PHP dan juga some PL/SQL exercises. Aplikasi Delphi for PHP adalah IDE yang terbaik dan berada di dalam kelasnya yang tersendiri.

Pelbagai komponen telah diwujudkan sejak aplikasi ini diperkenalkan bermula pada tahun 2007. Kalau tak silap aku, saudara Jafriyusrin yang memaklumkan kepada aku akan kelebihan aplikasi IDE ini memandangkan pembangunan laman web seringkali berjalan dalam jangkamasa yang agak lama berbanding perisian. Disitu, saudara Jafriyusrin cuba mengambil inisiatif mencari penyelesaian terbaik. Aku amat berterima kasih di atas nasihat dan peringatan beliau tentang hal ini. Jepp, walaupun dah lama tak jumpa kau bersama yati dan anak perempuan kau, aku tetap doakan agar kau sekeluarga berbahagia tak kira dimana juga kau orang berada.

Kini, Delphi for PHP di dalam versi 2 dan ianya masih belum menjadi IDE pilihan memandangkan kebanyakan php developer menggunakan tool-tool yang sudah sedia ada sebelum wujudnya Delphi for PHP. Pelbagai features telah diwujudkan dalam IDE ini dan integrasi Codegear dan Qadram Software telah menampakkan hasil-hasil yang baik dan output yang menakjubkan bagi pengguna Delphi for PHP.

Aku memberi sedikit perhatian terhadap perisian ini memandangkan client aku memerlukan interface yang serupa dengan software tetapi aplikasi masih dalam format web-based. Setelah aku kaji sedalamnya, aku fokus dalam pembangunan menggunakan IDE ini memandangkan ia memberi kemudahan yang pelbagai kepada aku dan ia mempercepatkan aku membangunkan web dengan baik. Insya Allah.

Aku masih mengkaji bagaimana untuk melaksanakan konsep frame memandangkan aku perlu copy-paste setiap kod MainMenu pada setiap page/module. Ini pasti merumitkan aku kalau ada 1 perubahan kecil pada kandungan kod MainMenu, aku kena adjust semua page yang terlibat dengan kod itu. Gabungan javascript dan PHP amat kritikal bagi memastikan ianya dapat dipermudahkan kelak.

Oh yer, aku ucapkan TAHNIAH kepada Datuk Shahrizat Abdul Jalil yang memenangi kerusi Wanita UMNO penggal 2008/2011 dan begitu juga kepada Khairy Jamaluddin yang memenangi kerusi Pemuda UMNO penggal yang sama. Semoga mereka senantiasa bersemangat dalam melaksanakan pelbagai tugasan yang diberikan. Perkasakan lagi bangsa Melayu di mata dunia. Selepas ini kita tentu menanti siapa bakal menjadi Timbalan Presiden UMNO memandangkan Dato' Seri Najib sudah mengosongkan jawatan itu dan menaiki takhta utama UMNO sebagai seorang Presiden UMNO yang diserahkan oleh Pak Lah dengan cara yang baik.

Pelbagai pesanan dan pantun yang diucapkan oleh perwakilan yang berucap di persidangan kali ini. Semoga semuanya mampu memberi semangat waja kepada semua pejuang Melayu di dalam UMNO untuk melaksanakan tanggungjawab kepada agama, bangsa dan negara.

Aku berundur diri dahulu. Ada banyak tugasan yang menanti aku. Beberapa hari lagi aku bercadang nak ikuti kursus membaca carta pelayaran. Walaupun aku takde kapal untuk dilayarkan, at least aku tahu serba-sedikit bab pelayaran di laut yang terbentang luas ini. Tenaga pengajar seorang yang berpengalaman dan merupakan seorang Master Mariner (kapten kapal).

See ya...

Thursday, March 19, 2009

CZ or CA ?


(Image from www.hooksigns.com - Thank you)

CZ = Comfort Zone
CA = Career Advancement

Today, my blog had quoted "The best way to make dreams come true is to wake up", from Paul Valery.

I need to re-consider my career prospect back after I had been doing that during mid 2007. I'm just newly wed and lots of things need to consider when making this type of decision. Sometimes I got lots of question on how to volume up my lifestyle and get through it very well everyday with my lovely family. I love all of them especially my wife and my mother.

I got a point from wikipedia about CZ which I pull-out some from that page (thanks wikipedia).

"...comfort zone refers to the set of environments and behaviors with which one is comfortable, without creating a sense of risk...".

Then, I found an article from allbusiness.com related with CA as stated below :

"...Many career experts agree that the best time to look for a new job is while you are still comfortably in your old one. If you’re starting to feel unchallenged in your present position, you may be ready for a promotion to the next level. If there aren’t many career advancement opportunities where you work, the best next job may be waiting for you elsewhere..."

It takes a time for me to decide which part I'm in right now and do I ready to move forward. Anyway thanks to my family and my friends which always supporting me.

Wednesday, March 04, 2009

Tahniah buat Tuan Ashadi & adikku Meza...

Alhamdullilah, selamat semuanya dan hari ini aktiviti berjalan dengan lancar termasuk adik perempuanku yang sarat mengandung dan rupa-rupanya sudah dihantar ke Hospital. Baby lelaki ini dilahirkan sekitar jam 11.30 am tadi dan berat sekitar 3kg lebih la sikit2. Actually, adikku meza ni masuk wad sekitar jam 6.30am sesudah subuh yang mana suspect air ketuban dah pecah dan sakit semcm je.

Ayahnya nampak gembira dan adikku amat ceria sedikit walaupun aku tahu dia menanggung banyak sengsara semasa mengandung baby ini, maklumlah, anak pertama. Baby ini belum diberi nama dan berkemungkinan ayahnya akan maklumkan dalam beberapa hari lagi. Ceh, macam nak melaporkan bila puasa/raya je. hahahaha. Pada masa ini, isteriku sudi menemani meza dan baby dan petang ini aku akan jenguk sekali lagi.

Oleh kerana adikku meza bersalin hari ini, maka beliau tidak dapat hadiri sesi temuduga yang berlangsung esok bagi jawatan Penolong Pegawai Siasatan di SPRM di Bangunan SUK, Ipoh, Perak. Mungkin rezeki beliau ada somewhere kat mana-mana. Tambahan sebelum dia bersalin, pertengahan bulan February 2009 baru2 ini, company yg adikku kerja, dapat kontrak ratusanjuta ringgit dan dapatlah survive dalam jangkamasa yang lama lagi. Syukurla atas apa yang telah Allah SWT kurniakan dalam kehidupanmu wahai adikku meza.

Sebelum arwah ayah aku meninggal dunia, arwah pernah berkata, anak meza tentu lelaki. Maklumlah, adikku yg kedua, molly sudah melahirkan 2 orang anak dan kesemuanya perempuan.

Aku mengharapkan agar anak-anak molly dan meza dapat berkomunikasi dengan baik bila dewasa kelak. Semoga cucu-cucu ibuku dapat berikan sedikit keceriaan dan menampung sedikit rasa hati ibuku yang sepi sejak ketiadaan arwah ayahku.

Tuesday, March 03, 2009

Lokasi Terkini...

Tuesday, February 17, 2009

Gambar Persandinganku...

Di Jementah, Johor Pada 25/01/2009 (Ahad).



Di Sitiawan, Perak Pada 01/02/2009 (Ahad).