Monday, June 25, 2012

Menjadi ahli PRADAS 23 Jun 2012 - Welcome Papa Romeo Victor Papa Romeo...

Pada 23 June 2012 bersamaan hari Sabtu, aku bersama 3 org rakan GLR iaitu Orca, Beluga dan Marlin menuju ke Kg Pandan untuk mengikuti kursus insentif yang disediakan oleh PRADAS.

Tanpa ragu2 aku mengisi borang dan membayar yuran serta mengikuti kursus yang mana presidennya, bang faizal (9W2SMF) telah memberi guideline dan pengalaman beliau sebagai seorang radio amatur.

Aku tertarik dengan pelbagai maklumat yang diberikan walaupun pada hakikatnya aku hanya pernah memegang handy hanya sebanyak 2 kali iaitu pertama kali apabila PR-SNK (Seasnake) meminjamkan handy kedua beliau untuk kondoi ke Ulu Yam (aku monitor je) dan kali kedua apabila 9W2GRS (Sealion) meminjamkan handy beliau untuk aku semasa berkondoi ke Felda Sg Lui Timur. Pelbagai pengalaman semasa menggunakan handy ini.

Sesudah menghadiri kursus, PR-KYE (Orca) terus membawa aku dan PR-NBJ (Marlin) ke kedai radio komunikasi iaitu Wave Comm (9W2KFC). Alhamdullilah, berikut adalah item2 yang aku telah dapatkan di situ :-

1. Antenna SuperGainer.
2. Handy dual band model Baofeng with charges.

3. Connector2 yang berkaitan.
4. Bracket Antenna, allen key dan penutupnya.
5. Mic.
6. Power Saver.

Manakala, PR-NBJ (Marlin) menyambar Antenna yang baru (dgn kakinya yang lebih besar) dan dikhabarnya signalnya kini lebih jelas hingga boleh didengari antara Tol Latar yang pertama dari Rawang ke Shell Rawang.

Apapun, thanks to brother2 dalam EOCM-GLR yang telah banyak bagi bimbingan dan kutukan OKU sebelum aku buat keputusan untuk attend kursus dan at least dpt sedikit pendedahan sebelum ke-udara kelak.

Oppss, Malam pertama aku sebagai ahli Pradas, telah ke udara dan dapat lah some guidance serta nasib baik takde otai2 PRADAS yang radikal menghentam aku. Maaf pada Net controller (x ingat siapa dia) dan bbrp rakan PRADAS pd malam tu. Maklumlah, pegang handy kejap, tiba2 tertekan PTT tu... nak tahu signal masuk ke idak... Buku dan pen jauh sangat dari lokasi berdiri tu, jadi memang x salin la siapa org2 yang dalam sequence.

Anyway, ianya suatu aktiviti yang menarik dan menjadi hobi terbaru aku. Aku plan nak mengambil exam RAE pada Disember tapi x sure samada tahunnya...

Thanks juga pada beberapa Radio Amatur yang banyak memberi panduan dan nasihat berguna :-

1. 9W2HRZ   (Hafriz - Kuala Terengganu)
2. 9W2GRS    (Wan TJ or Sealion - Batang Kali)
3. PR-ATZ (x sure apa callsign Radio Amatur dia)   (Ajaq - Sg Buaya)
4. dll yang aku masih belum kenal callsign mereka ni.

Salam 73 Cerio... Papa Romeo Victor papa Romeo QRT.



No comments: