Thursday, July 18, 2013

Adakah masih jauh lagi perjalanan hidupku ?

Salam...
Sejak kali terakhir VF meninggalkan last posting sehingga bulan Ramadhan kali ini, banyak perkara yang telah berlaku antaranya, kehilangan sahabat GLR iaitu Arwah Cip Labis, menyambut hari lahir Zulaikha yang ke-3 thn, bakal juga menyambut hari lahir Irfan pd 29 july ini yang akan genap setahun umurnya.

Alhamdullilah, syukur kpd Allah SWT atas rahmat dan rezeki yang diberikan.

Tidak dilupakan juga, di bulan yang mulia ini, VF telah menerima callsign AA class B daripada pihak SKMM. Walaupun terdapat sedikit masalah teknikal yang di alami, akhirnya VF telah bersetuju dengan callsign 9W2YVF. Selepas ini VF akan rasa lebih yakin untuk berQSO di mana-mana jaluran yang dibenarkan oleh SKMM untuk AA class B ini.

Seminggu dua ini, VF juga belajar memasak kerang rebus, kari daging, sambal daging dan juga telur goreng. Memang susah juga nak memasak ni. Apapun, terima kasih kepada moksu yang banyak memberikan tips2 untuk merealisasikan impian VF ini.

Berjauhan dengan moksu serta dua orang anak VF memang satu dugaan dan membuatkan diri ini rasa banyak lagi yang perlu dibuat untuk mereka. I'm really miss them so much and loving them seadanya.

Memudahan pada tahun ini kita sekeluarga akan menerima Kunci Rumah yang kita impikan. Insya Allah.

Rasanya VF nak berundur diri seketika dan kalau ada masa, VF akan update lagi di blog ini.

73
de 9W2YVF.

No comments: