Friday, January 07, 2005

sejenak tentang kerja & guru...

"guru adalah pelita hidupku... "

kadang2 kita kena berfikiran positif dalam apa jua kerja yang dilakukan seseorang. mcm contohnya ada yang bekerja sebagai pemungut sampah, tanpa mereka siapa yang nak buat kerja tu. every job ada kelebihannya dan ada sebab mengapa mereka berbuat demikian. semuanya adalah kaedah kita sebagai manusia untuk mencari rezeki yang halal.

walaupun kerja kita bergaji sikit/banyak, semuanya mestilah mengikut laluan yang di redhai oleh Allah S.W.T. kalau kerja yang kita buat tu ke arah jalan yang salah, maka, kita perlu perbetulkan diri kita agar jangan berbuat demikian. memang susah nak kawal fikiran orang tentang pekerjaan yang kita lakukan. semuanya terletak pada hati dan perasaan kita sahaja. tak perlu orang lain susah-susah nak ambil tahu.

bagi pekerjaan seperti guru ni. mereka ni semuanya sama bagi aku. tanpa mereka siapalah aku. itulah pendapat aku. kalau ada yang rasa tak sama pendapat boleh luahkan. kita bincang sama2 kat sini. kalau yang sama pendapat pula, sokonglah sekuat hati. cehhhh...

oklah kawan2, apapun, jangan resah akan kerja yang kita lakukan.
keep it up and be patient.

semangat bekerja tanda kejayaan bakal menjelma. Insya Allah...

GOOD LUCK pada semua guru2 dan kawan2ku...

2 comments:

Nadia Dzai said...

The art of teaching is the art of assisting discovery. ~Mark Van Doren

tehehe.. my mom a teacher =>

9w2yvf - VF @ Yusairi said...

hehehehe.
cikgu sekolah mana nodie ?