Thursday, January 27, 2005

tak tahu nak letak tajuk apa

27 januari 2005, jam 2.31am, aku tidak dapat lelapkan mata pabila mengenangkan tentang nasib diriku. Terlalu banyak perkara yang perlu aku lakukan demi semua yang berada disamping diriku. Nak kata aku masih muda, mungkin bukan satu ayat yang sesuai. Tatkala aku memikirkan semua hal diri ini, aku terfikir sejenak tentang nak mewujudkan satu laman web untuk kawan2 seluruh dunia tak kira tua-muda ataupun pelbagai agama yang melawatinya dan meluahkan apa yang tersirat. At least apa yang terbuku dalam hati dapat diluahkan tanpa rasa bersalah dengan orang2 tertentu mahupun diketahui oleh orang ramai. Yang penting apa yang tersimpan diluahkan dan mungkin dapat kurangkan beban seseorang itu. Adakah ia mungkin aku wujudkan ataupun sekadar angan2 ?. biar masa dan kewangan aku untuk menentukannya.

Aku melepasi lagu Wo Ai Ni, sebuah lagu yang aku dapat daripada putera/dikZul. Thanks to penaja. Hargai bebenar di atas pemberian lagu ni untuk aku perdengarkan di corong speaker notebook ku ini. Aku pun tak faham sangat lagu ni sebab ingatkan mcm lagu mandarin tapi ada gak campur2 dengan antologi siam. Aduh. Kacau bebenar pagi2 ni. sekarang lagu The Tide Is High drpd Atomic Kitten. Best gak lagu ni. aduhhh, syahdunya malam ni.

Aku mengenali seorang gadis dan hari demi hari pelbagai perkara telah aku fikirkan. Mungkin aku pernah buat silap dan mungkinkah aku mampu mengawal diriku kembali. Hari2 mendatang takkan menunggu aku lagi. Aku amat memahaminya. Very2 interesting for me to think for a while. “arghhhhhh, life goes on...”.

Hmmm, cybernovela aku yang kini masih dalam part 1 nampaknya menjadi satu tragis buat diriku sebab aku tak pernah nak menaip novel2 ni. aku jarang membaca novel. Cuma kalau harijadi kawan2, aku suka belikan novel sebagai hadiah buat mereka. aku rasa macam dialog semacam jer oleh putera/dikZul kat blog dia. Aduhhh, payah sungguh. Sometimes pencarian yang bermakna memberi satu impak yang besar kalau kita hayatinya dengan lebih ikhlas dan percaya terhadap sesuatu yang dipernampakkan. Tajuk cybernovela aku iaitu Cempaka Biru Di Taman Salju sebenarnya tiada kaitan dengan life sesiapa. Ia hanya imaginasi aku pabila aku terasa nak melakari sebuah cerita sebegini.

Banyak part2 yang akan aku cuba kupaskan dalam setiap bulan. Ianya hanya diperingkat awal dan thanks to encik/cik Shio Ayano (VF member). Entah siapalah si dia ni. Yang pasti dia ni masih bersekolah dan cuba mencari sesuatu idea yang menarik melalui discussion VF. Good effort and makes me to think for creating new portal for letting the people to luahkan apa yang terasa di hati dan for sure untuk menilai semula kemampuan diri. Entah apa idea yang datang ni tapi yang pasti kalau ada rezeki tak kemana walaupun ia bukan berasaskan keuntungan semata-mata. Yang penting ia mempunyai matlamat dan tujuan dimana segala yang kita lakukan akan diingati oleh seseorang di suatu masa nanti. Ia sudah bermakna buat diriku.

Dah banyak juga nukilan blog aku untuk minggu sesudah raya aidiladha ni. memang tak sangka at least once a day ada juga yang sudi melawat laman blog aku. Thanks for all my visitors. Laman blog ini bukanlah penting sangat buat anda semua namun ia penting untuk aku meneruskan hari2 mendatang. Mcm seolah-olah tiada esok untukmu lagi. Kadang2 kalau kita hayati lagu Dreams dendangan Cranberries memang memberi suatu makna yang mendalam. Yes. Yes. Yes. Yes. Yes....

Ok, aku beransur diri dahulu. Thanks for reading this blog. Hope to keep in touch with all of you. Thanks again.

2 comments:

Nadia Dzai said...

actually.. sometimes we need someting to write on.. so.. blog mebi the one of..
i hope u happy wif urlife yusairi :)

9w2yvf - VF @ Yusairi said...

ye la, sampai sorg rakan sekerja saya pun dah tergila-gila ngan blog. oklah, dia kata takyahla giler, habis nak panggil apa, oklah, handsome la tu.
thanks to nodie.