macam2 perkara yang telah berlaku. itulah kata-kata gadis yang aku temui dengan dikZul malam tadi. aku dah kenai dia selama 4 tahun. kini dia sudah bekerja dan kelihatan gembira dan nampak lebih bertanggungjawab. maklumlah, anak sulung beb. kalau takde apa2 gangguan, dia dan teman lelakinya akan diperjodohkan pada tahun hadapan. mudah-mudahan begitulah. katanya aku semakin tembam. hahahaha. aku tak kisah sangat akan kata-kata itu sebab aku tak susahkan orang lain melainkan ibuku yang masih menasihatkan aku bersenam, berjogging, pergi gym dan macam2 lagi. ibu, aku sayang padamu.
kelihatan area jalan ipoh agak sibuk sedikit petang jumaat tadi. dikhabarkan esoknya akan ada pameran kat PWTC. kat PWTC dewan baru. tapi macam kelam-kabut jer pekerja2 binaan menyiapkan tugasan masing2. sungguh teguh dan semangat aku lihat mereka bekerja demi mencari rezeki yang halal. teruskan usaha anda. entah2 esok ada menteri hadir. nak rasmikan pameran tu kot. tapi, pesanan PM kita iaitu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, kalau boleh nak rasmi ni bila hasilnya nanti. boleh makan sama-sama. hehehe. itu kes khas untuk perasmian ladang buah ker. leh gak semua yang dtg merasa sama2 hasil yang baik dalam negara Malaysia ini. sokong 100% saranan PM kita.
tsunami sudah kurang ditumpukan kat berita namun, tumpuan utama pada cuaca panas dan kebakaran yang melanda kawasan2 sekitar hutan selangor dan kawasan2 utara. bertungkus-lumus aku lihat dalam berita ahli bomba dan pasukan2 penyelamat cuba memastikan api tidak marak ke pekan mahupun bandar. teruskan usaha murnimu semua. aku doakan agar anda semua selamat dan terima kasih.jasamu tidak dapat dibalas dengan wang ringgit. yang pasti dalam hati dan jiwa rakyat Malaysia sudah tahu yang anda semua telah berani menapak dihadapan bagi memastikan keharmonian suasana di Malaysia.
baiklah, aku dah ngantuk sangat. esok nak pi ambank. ada urusan yang belum selesai.
tata to all my friends.