Monday, February 21, 2005

majulah sukan untuk negara

Sambil baca topik ini, aku perdengarkan lagu Vanessa Carlton yang bertajuk A Thousand Miles.





Jam 12.30am tadi aku jenguk tv3, aku tonton program diskusi (scoreboard live). Hmmm, mereka berbincang tentang situasi bolasepak negara. Ramai yang memberikan komen masing2 dan tidak ketinggalan juga ahli panel pada waktu itu yang seringkali memberikan beberapa point/idea yang bernas untuk difikirkan. Namun aku cuma agak hairan mengapa sukan dan hiburan dianggap berlainan oleh sesetengah pihak. Sebenarnya peranan media amat penting dalam membentuk sukan di dalam negara kita. Sekali lagi aku bukan staff TV1, TV2, TV3, NTV7, TV8 dan juga ASTRO. Hehehehe. Bagi aku, kalau kita berikan sedikit hiburan yang related about sukan mungkin minat yang mendalam akan dapat dipupuk dengan jelas dan seterusnya kita sendiri sebagai rakyat malaysia mampu menjadikan sukan bolasepak atau sukan2 lain lebih kepada keperluan hidup kita. Selalunya kita jarang mempunyai penonton yang serius dalam sesebuah sukan.

Cuba kita lihat NBA Basketball. Sudah banyak kali TV3 antaranya memaparkan siaran sebegini dan kita lihat bagaimana fanatiknya penonton mereka walaupun ada yang kalah ataupun menang. Memang tak dapat nak sangkal ada negatif2 scene tapi kita perlu amik iktibar terutama organisasi yang related dgn sukan negara kita. Sukan Basketball antara salah satu yang berjaya menarik perhatian penonton di seluruh negara. Namun, sukan seperti American Football pun apa kurangnya. Semua ini adakah related dengan penaja. Rasanya kalau sukan itu kita betul2 serius untuk utamakan maka, tidak hairan kalau tumpuan diberikan, weekly akan ramai orang ke stadium untuk menontonnya. Antara teknik bagaimana promosi sukan lain yang perlu kita ambil contoh ialah Sumo di jepun dan juga Kick Boxing di Siam. Penontonnya dari pelbagai tempat dan bukanlah mereka harapkan power di peringkat antarabangsa. Atlet mereka macam memenuhi keperluan diri dan dapat memaparkan semangat sukan yang tinggi.

So, kalau sukan bolasepak ini betul2 kita utamakan dari segi promosi, ia sebenarnya boleh memberi impak yang besar dalam karier setiap pemain bolasepak samada peringkat sekolah, daerah, kelab mahupun negeri. Kesemuanya perlu dijadikan satu rutin kehidupan untuk masyarakat setempat dan bukannya kita paksa-memaksa tapi biarlah ada weekly game setiap daerah khususnya bagi memastikan sukan2 sebegini lebih diterima oleh setiap masyarakat setempat. Apapun, memang sukar nak lakukannya namun ianya tidak mustahil. Bagi saya, perlawanan bolasepak negara kita seharusnya mempunyai satu siaran khas sukan yang mengutamakan dunia sukan tidak kira peringkat daerah dan juga negeri. Kita juga boleh berikan tumpuan pada SUKMA dan juga SUKAN RAKYAT dalam memberikan lebih informasi pada orang ramai tentang kewujudan atlit-atlit kecil sebegini.

Actually, banyak sukan boleh kita ketengahkan. Lumba basikal sebagai contohnya, kebanyakan rakyat malaysia mempunyai kebolehan berbasikal. Tak salah kalau mereka semua diberi peluang join perlumbaan basikal jelajah daerah ataupun negeri. Kalau kita utamakan kualiti antarabangsa sahaja, sudah tentu setahun sekali jer sukan tu dan sukar nak rasakan musim sukan itu sendiri. Dengan perlumbaan peringkat tempatan ini akan lebih wujud satu kelebihan di mana kita tidak perlu hanya bergantung kepada atlit yang senior sahaja bagi mencapai tahap rekod tertentu untuk Sukan SEA dan sbgnya. Berilah mereka peluang untuk pencen dan meneruskan life dengan menyumbangkan pengalaman dan idea untuk kembangkan sukan ini kelak.

Itulah sahaja pendapat aku di malam yang hening ini. Ehhh, dah pagi, jam 2.17 di pc aku. Ok, nite/morning to all my friends and bloggers.