Monday, May 23, 2005

aku & subuh

hi,

bila mata ini tidak mengantuk, aku cuba kenali diri ini melalui pengalaman seseorang. mungkin kerana aku keletihan apabila memikirkan masa depanku yang sering mewarnai kehidupan orang lain. entah bila aku ingin mempunyai warna kehidupan sendiri ?

bila seseorang itu menceritakan pengalaman pahit dan manisnya, aku rasa kekok untuk cuba mendekatinya tanpa melukakan hati masing-masing. selalu aku mampu melupakannya tetapi ia bukanlah mudah untuk dibiarkan begitu sahaja. persahabatan yang kukuh sukar terbentuk sekiranya aku tidak jujur kepada diri aku sendiri dan juga diri sesiapa yang mendekati diriku ini. keikhlasan yang lahir dalam hatiku amat sukar diterima oleh seseorang itu. mungkin disebabkan pengalaman diri yang lalu.

tidak pasti bagaimana untuk kenali hati budi seseorang tanpa menyukarkan perjalanan hidupnya. walaupun aku sudah mempunyai kerjaya yang baik namun aku tahu ia hanyalah sementara kerana dunia ini tidak memungkinkan aku hidup selamanya. alam akhirat adalah penentu bagi semua umatNya.

seriangkali aku berkata pada diri, "bagaimana untuk menenangkan diri ?". hatiku tidak tenang kerana aku mempunyai pelbagai konflik kehidupan. aku tidak pasti yang mana satu life aku yang sebenar. ketidakmatangan aku mungkin menyebabkan aku sukar mempunyai rakan yang ramai. aku akur dalam hal-hal sebegini. Alhamdullilah, aku masih mempunyai rakan-rakan lama yang sudah sebati dalam hidupku. walaupun mereka sudah mempunyai kehidupan masing2.

aku masih terngiang-ngiang kata-kata bekas PM Malaysia yang ke-4, "pejuangan orang melayu masih belum selesai...". sebagai orang melayu, tidak banyak yang aku mampu sumbangkan. yang ada hanyalah ilmu yang aku pelajari sejak aku mula mengenal alam ini. sedikit sebanyak semua ilmu itu sepatutnya aku curahkan kepada anak-anak muda kita untuk mereka lebih sukses di masa hadapan. Insya Allah, aku pasti akan melakukannya.

baiklah, aku nak beransur diri dahulu. ada kerja yang masih belum selesai. dateline siap tak pada 24/05/2005. Ya Allah, berikanlah diriku ini kekuatan untuk menghadapi keadaan yang sukar tidak kira
siang mahupun malam. Amin...

4 comments:

Zampeada said...

perjuangan apa kah yg dimaksudkan?

9w2yvf - VF @ Yusairi said...

macam2 perjuangan yang terlintas di fikiran aku sewaktu subuh tu. :)

Purbe said...

hidup mesti tabah , tak gitu...

Zampeada said...

when you open yourself... and willing to risk it to the total stranger... and that very moment you begin to learn about yourself.