hi,
Dalam penantian menjadi seorang pengundi AF setiap minggu, aku melihat wajah2 baru AF3 yang pasti memungkinkan kisah yang sungguh menarik dan boleh dijadikan panduan bagi sesiapa yang ingin bercita-cita menjadi seorang penghibur. Penghibur !!!. Ianya bukan sekadar menghiburkan lagu2 yang mampu buat pendengar cair namun, sebaiknya diri seorang penghibur itu kekal di hati masyarakat kita. Ramai yang sudah melakarnya seperti P.Ramlee, Sudirman, Saloma, Jins Shamsudin, Sarimah, Latiff Ibrahim, Yusoff Haslam, Siti Nurhaliza, Erra Fazira, Sharifah Aini, M.Nasir, Apek Senario dan ramai lagi. Kesungguhan mereka dalam menjadi seorang penghibur telah membawa diri mereka ke satu tahap yang membanggakan.
Aku, seorang peminat tidak akan putus asa untuk menyokong mereka samada yang hidup mahupun yang sudah tiada di dunia ini. Segala yang ada pada mereka merupakan satu usaha yang berterusan dan mewajarkan diri kita melihat kenapa sekarang wujud rancangan mempopularkan remaja masa kini menjadi seorang penghibur yang terkenal. Ya, mereka harus bermula drpd bawah namun, semuanya hanya seketika sahaja. Mereka yang popular sebegini harus lebih bekerja keras. Tidak kira mereka ini pelakon mahupun penyanyi. Semuanya bergantung pada diri mereka sendiri. Dengan kepercayaan yang ada dalam diri, harus dijadikan satu permulaan yang baik bagi meningkat maju dalam kerjaya sebegini. Insya Allah.
Baiklah, aku merungut-rungut ni. Tentu ada yang sudah terlena. Hehehehe. Opsss, kedengaran lagu Peter Pan. Mungkin Nanti... ceng ceng cengggg. Tenggelam habis kumpulan Sheila On 7. Keep it up Indonesian's artist. Lulu Tobing, Ari Wibowo dan Teuku Ryan... All of you are my favourite's actor/actress. Sinetron DIA amat menarik dan senantiasa menjadi tanda tanya kepada diriku di setiap minggu tayangannya di ASTRO Prima. hehehehe. layan, jangan tak layan...
see ya.