Friday, June 17, 2005

tenang dikala senja



Sukar aku ingin nyatakan di dalam blog ini. Malu pun ada. Kemampuan aku terhad namun aku tahu aku perlu lebih banyak berusaha. Jam 6.15pm, aku mencari ketenangan di tepi lautan Teluk X. Lokasi ni sekali-sekala aku hadirkan diri demi memberitahu laut agar apa yang tersirat dalam hati aku ini dapat diluahkan dengan seluasnya. Segala yang ada telah berubah sekelip mata.

Semalam aku membeli serangkai (3 kuntuman) bunga LILI. Wow, harganya bukan main hebat. Tu kira yang belum bungkus. Kalau bungkus, berganda kata tauke kedai bunga tu. Akhirnya aku beli dengan selamba tanpa bungkus dan bawanya keluar drpd kedai bunga yang dikenali dengan nama AGAPE (promosi, boleh gak tauke tu bagi diskaun lepas ni) . hahahahaha.

Sekilas pandang, macam ada sesuatu yang menarik berlaku tadi. Namun, aku tak tahu apa. Sesudah jam 5.30pm, baru aku tahu rerupanya ada orang offer durian kat department Sales & Marketing di tingkat bawah. Nasib baik tak terhidu ke atas. Kalau aku terhidu jer, kenalah PAUSE jap perbincangan dengan Operation Director aku. sorry la boss, gua terpaksa ke bawah. Ada projek besar kat bawah. Hehehehee.

Oklah, aku ada program bersama pelanggan. Mesra rakyat. Cehhh, sejak bila aku jadi Wakil Rakyat ni, wakil diri sendiri pun belum tentu lepas. Oh yer, khutbah hari ini berkisar tentang mengutuk atau merendah-rendahkan seseorang yang lain. Maknanya, toksahlah kita bersikap sedemikian lagi. Let it happen and do what is the best for you.

p/s : Blog aku bernada baru. Seandainya Masih Ada Cinta yang pernah didendangkan oleh penyanyi yang tak asing lagi iaitu Dayang Nurfaizah. Perghhhh... "Rindu dan membara...."

6 comments:

Zampeada said...

beli bunga tiga kuntum... utk siapa tuh boye?

9w2yvf - VF @ Yusairi said...

3 kuntuman lily ni untuk seseorang yang tidak berikan aku harapan. maybe hanya berkawan sahaja. life must go on.

my name is yusairi. i'm not boye anymore.

Anonymous said...

heheh..o now me know somthing bout yus...b4 he is a boye erk...:)

bunga lily..besyy nyerk..

9w2yvf - VF @ Yusairi said...

i'm not boye as people said.
saya tak pernah redha akan sesiapa yang memanggil saya sebegitu. saya hanya manusia biasa.

Anonymous said...

alahaii..yus..x kan marah...kite memain jerk...sorry please forgive me frenz...:(

9w2yvf - VF @ Yusairi said...

bukan marah.
just bagitahu.
no need to say sorry.