Tuesday, April 17, 2007

MALAYSIA..indahnya NEGARAKU...






Salam rakan2 yang sudi membaca blog ini,

Waktu ini pakLong nak mengingatkan pada rakan2 yang masih belum menjenguk mana2 tempat yang terbenak difikiran masing2, cepatlah menjadikannya realiti agar tahun ini kita support seruan kerajaan MALAYSIA untuk mempromosi Tahun Melawat Malaysia yang ke-50. Sudah hampir 50 tahun kita merdeka. Alhamdullilah, kita menjadi bangsa & rakyat Malaysia yang hidup dalam keadaan yang aman dan harmoni. Insya Allah, memudahan semuanya kekal sampai bila-bila.

pakLong baru sahaja menjenguk Aquaria di KLCC, IKEA (Damansara-leh dikira melawat ke..hahahaha.), Taman Mini Malaysia di Ayer Keroh Melaka (ada persembahan tarian setiap jam 10.45am-12.00pm-sabtu/ahad), Kota A Famosa di Bandar Hilir dan juga tak lupa EYE on MALAYSIA di Taman Tasik Titiwangsa. Nice place to visit & menghabiskan duit rakan2. Kumpul2 la sikit utk menjenguk keindahan Malaysia ini.

Setakat ini pakLong masih belum menjenguk hutan2 khatuslitiwa Malaysia, dah lama tak jenguk hutan. Masa ke Ayer Keroh pun x sempat nak pi Hutan Lipur kat sana.

Ok, pakLong nak jenguk blog2 lain... Salam MALAYSIA buat semua.

No comments: