Tuesday, October 02, 2007

senyuman ramadhan, syawal dan seterusnya...

Aku terasa bertuah kerana 2 org adik aku bakal mengikat tali persaudaraan dengan org2 yg mereka sayangi. Insya Allah, memudahan semuanya menjadi dan berlaku dengan lancar sekali. Terima kasih kepadaNya kerana senantiasa memberi rahmat kepada keluarga. Hanya padaMu aku berserah.

Aku pula masih terumbang-ambing dan pelbagai konflik yg melanda diriku. Aku masih belum bernasib baik agaknya. Mungkin suatu masa aku dpt mengecapi kebahagian sebegini semula namun entah bila. Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui. Apapun, aku bersyukur kerana masih dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki utk aku hidup di alam ini.

Aku juga telah melepasi salah satu boundaries hidupku, buat pertama kali, aku beli seluar JEANS jenama RAGS. Mahai gak harganya. Aduh, rupanya pemakaian seluar JEANS ni mmg tampak selesa. Warna hitam jadi kegemaranku. Sambil2 berduka-lara ni, aku berbelanja sakan raya kali ini, baju beberapa pasang dan seluar bbrp pasang. Butang baju melayu pun aku beli lagi. Entah apa sebabnya. Bukannya org nak ngk butang baju. Heheheheh. Macam2 aku ni.



Hari lebaran kali ini, aku bakal pulang ke kampung di Johor dan Pahang. Semoga aku dan semua ahli keluargaku selamat pergi dan balik. Selain itu, harap2 tak kena speed trap yang dipasang di setiap pelusuk negeri especially area2 PLUS.

Ok, aku beransur diri, ada urusan di Orient Star kejap. Tempahan berbuka perlu dibuat awal2. Kalau tak x dptla lokasi meja yg strategik. Aku harap menu yang dihidangkan semasa berbuka esok tak mengecewakan. Kalau tak sesia je bayar mahal2.

Take care friends.

1 comment:

masterjanz said...

hahha raya sakan la paklong kita nie