Monday, December 24, 2007

TAHNIAH MALAYSIA...SEA GAMES 2007 @ NAKHON RATCHASIMA (KORAT)...


Sumber gambar dari http://www.2007seagames.com (Thank you)...

Pada bulan Disember ini, selain daripada aktiviti menunaikan haji yang sedang dilaksanakan oleh para jemaah kita di tanah suci mekah. Bulan ini juga merupakan detik gembira bagi warga peminat sukan tanahair yang mengharapkan agar target 64 pingat emas tercapai. Akhirnya ianya berjaya dibuktikan oleh kontinjen Malaysia di sukan sea Korat baru2 ini. Tahniah buat mereka semua.

Walaupun sudah 2 minggu lebih berlalu, namun mereka berjaya memberikan suasana berdebar pada seluruh rakyat malaysia yang rata-rata memang mengharapkan agar target 64 pingat emas itu tercapai dengan jaya malah akan dapat lebih lagi. Minggu sukan sea baru2 ini seringkali akan kedengaran kat mana2 warung ataupun restoran2 mamak yang bertanyakan berapa status emas terkini malaysia. Kalau dulu semua tertanya-tanya siapa2 ke yg masuk FINAL untuk merebut emas dan perak. Tapi sekarang tidak lagi, atlet2 malaysia sudah mampu menyumbangkan emas tidak kira dari pelbagai jenis sukan.

Bagi aku, mana2 sukan yang tidak menyumbang pingat emas, kenalah berusaha kuat lagi. Teruskan azam dan tekad untuk mendapatkan kejayaan yang terbaik buat diri, bangsa dan negara. Kerajaan amat peka keadaan ini dan memang terbukti dengan kewujudan sukan sea ini semua negara2 ASEAN senantiasa bermuafakat dalam segala hal. Selepas ini juga, elakkan isu2 bola, pengadilan subjektif yang berat sebelah dan sebagainya. Jawatankuasa penganjur malah kalau kita sendiri yang menganjur tak boleh nak puaskan hati semua pihak. Yang penting kena jujur dan telus dalam pengadilan serta menjalankan aktiviti yang dirancang.

TAHNIAH sekali lagi buat pasukan MALAYSIA di sukan sea korat 2007. Aksi anda semua mendebarkan kami semua.

No comments: