Monday, March 10, 2008

PRU-12 dah habis...Selamat Bertugas buat semua Wakil Rakyat

PRU-12 sudah berlalu dan pelbagai manifesto yang dikeluarkan parti2 yang bertanding. Nampaknya PRU-12 tahun 2008 merupakan satu sejarah yang agak menakjubkan bagi Parti Barisan Alternatif (BA) dengan memenangi kerusi2 DUN di kawasan negeri2 Kedah, Penang, Perak dan Selangor serta tidak lupa Kelantan.

Walaubagaimanapun, parti Barisan Nasional (BN) yang selama ini menerajui Malaysia masih mendapat mandat majoriti mudah untuk mentadbir negara. Insya Allah, mudah-mudahan semua wakil rakyat samada ADUN mahupun ahli Parlimen dapat bekerjasama antara satu sama lain serta mengutamakan kepentingan rakyat dan membelakangkan fahaman politik masing-masing.

Pada masa ini, ramai pihak yang memberi analisa dan pendapat masing2 berkaitan dengan PRU-12 kali ini, namun kita harus sedar bahawa musim PRU-12 sudah tamat dan kini masanya ADUN dan Ahli Parlimen yang dilantik menunjukkan kepimpinan masing2. Yang paling penting, YB & YAB ini harus membuat site-visit ke seluruh pelusuk DUN dan Parlimen masing2 serta mengucapkan jutaan (opss, ribuan) terima kasih kepada rakyat. Sokongan yang diberikan amat tinggi pada semua parti BN mahupun BA.

Tidak disangka-sangka keselesaan yang selama ini parti BN kecapi bergoncang dalam masa sehari sahaja. Parti BN harus lebih bertekad dan mendapatkan keyakinan rakyat semula. Tidak semua yang menyokong parti BA dan tidak semua yang menyokong parti BN. Jadi, itulah hakikat yang harus dihadapi oleh semua calon2 yang bertanding dan tewas di kawasan masing2. Jangan putus asa dengan kekalahan yang diterima, sepatutnya calon2 yang tewas kena berusaha daripada sekarang untuk memastikan masyarakat tempatan dapat menerima kehadiran anda dengan seadanya dan bertempat di hati masyarakat tempatan.

Bagi aku, seorang rakyat malaysia yang bebas, aku seringkali bertanya pada hati, adakah Malaysia sebuah negara yang aman dan makmur?. ya, memang aman dan makmur. Aku bersyukur. Adakah Malaysia mempunyai ekonomi yang kukuh?. ya, memang ekonomi yang kukuh dan stabil. Adakah wujudnya ketelusan dalam SPR?, ya, SPR sudah membuktikan ketelusannya. Kalau tidak parti BA sudah tentu x dapat merampas negeri2 seperti Kedah, Penang, Perak serta Selangor dan mempertahankan Kelantan. Betul kata Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, petikan dari Utusan Malaysia..."Pilihan raya ke-12 telah berjalan dengan selamat dan telus selaras dengan amalan demokrasi di negara ini....".

Sekarang ini aku amat berharap agar isu2 ketelusan SPR bukan isu utama lagi namun kesepakatan parti2 BA dalam menubuh kerajaan negeri Kedah, Penang, Perak dan Selangor berjalan dengan baik. Parti BN harus mengambil iktibar dan perlu meneruskan program mega kerajaan demi memartabatkan budaya, ekonomi, teknologi dan bangsa Malaysia itu sendiri.

Bagi aku, para pemimpin harus peka dengan kehendak rakyat. Dengan kewujudan era internet yang semakin meluas, seharusnya platform ini harus digunakan dengan sewajarnya dan sepenuhnya demi mendekatkan seseorang pemimpin dengan masyarakat. Apa salahnya kalau seseorang wakil rakyat menjenguk laman internetnya untuk membaca luahan masyarakat setempatnya. Paling lama pun satu jam setiap hari. Inilah yang harus diterapkan oleh pemimpin kita. Satu jam dapat berinteraksi dan mendengar serta membaca semua luahan masyarakat, sekurang-kurangnya wakil rakyat ini dapat menemui lebih dari 50 rakyat tanpa perlu ke tempat mereka. Inilah budaya sekarang yang perlu dititikberatkan. Jangan lupa, kalau perlu diberi tindakan segera, jangan lengah2kan. Kelak ia pasti akan membuatkan rakyat mudah tersinggung dan terasa mereka ini tidak mendapat perhatian yang sewajarnya.

Akhir kata, selamat bertugas buat semua wakil rakyat. Semoga semuanya berjalan dengan baik dan mengamalkan kepimpinan yang sihat.

Petikan hadith riwayat Muslim yang saya fikir ianya menarik untuk kita baca sama-sama...

Dari 'Auf bin Malik, katanya, saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Pemimpin-pemimpin pilihan di antara kamu semua ialah orang-orang yang kamu cintai dan mereka pun mencintai kamu, juga yang kamu doakan kebaikan untuk mereka dan mereka pun mendoakan kebaikan untuk kamu semua."

"Adapun pemimpin-pemimpin yang jahat di antara kamu semua ialah orang-orang yang kamu benci dan mereka pun membenci kamu semua, juga yang kamu laknati mereka dan mereka pun melaknat kamu semua."

'Auf berkata, kita para sahabat lalu berkata, "Ya Rasulullah,apakah kita tidak boleh menentang kepada pemimpin-pemimpin yang sedemikian itu?"

Beliau s.a.w. bersabda, "Jangan menentang mereka, selama mereka masih tetap mendirikan solat di kalanganmu semua."
(Riwayat Muslim)


2 comments:

syahizad said...

aku balik mengundi tau

arsaili said...

salam maulidurasul