Tuesday, May 27, 2008

perkahwinan adik perempuanku, meza & pertunangan diriku

Video Klip dari kumpulan Spider mendendangkan lagu Selamat Pengantin Baru...



Hujung bulan May dan awal Jun tahun ini bakal menceriakan suasana dalam keluargaku walaupun ayahku kini sedang bertarung untuk melawan barah yang ada di paru2nya. Alhamdullilah, kini ayah aku meneruskan proses 4th cycle kimoterapi bagi memastikan sel-sel barah semakin mengecut lagi.



Pada 30 May 2008 (jumaat) jam 3pm, adikku, meza bakal bernikah dengan ashadi. Memudahan semuanya berjalan dengan lancar. Insya Allah, kenduri di rumahku (sitiawan) pada 31 may 2008 (sabtu) manakala kenduri di rumah pengantin lelaki pada 1 jun 2008 keesokannya di kuala kangsar. Saudara-maraku bakal berkampung sekali lagi dan kali ini harap semua pertalian yang jauh dan yg keruh menjadi lebih jernih. Tahniah buat meza dan ashadi. Semoga bahagia hingga ke akhir hayat. Honeymoon kat mana tu ?.



Sekitar 7 jun 2008 (sabtu), aku pula bakal bertunang dengan seorang gadis di negeri johor. Gadis ini pilihan nenek aku dan keluarga aku juga berkenan dengan dirinya. Semoga ikatan pertunangan aku kali ini kekal hingga ke jinjang pelamin. Bab nak berkahwin ni masih belum aku fikirkan memandangkan aku perlu fokus dalam kerjaya bagi merealisasikan perkahwinanku sendiri.

Berusaha lagi gigih...

10 comments:

Princess Shieda said...

Assalamualaikum saudaraku,

CONGRATULATIONS. *naughty smiles* Raden doakan mudah-mudahan segala yang telah di rancang akan terlaksana. Amin.

salam dari tarasul jiwa yang ikhlas,
Raden Puteri

masterjanz said...

cayalah yus.. tunang jgn lama2 sgt yus.. kalo hati dah berkenan trus je kawin

9w2yvf - VF @ Yusairi said...

Salam Raden,
Terima kasih kerana masih sudi ke laman blog ini. Sudah lama x dgr khabar dari Raden. Memudahan semuanya berjalan dengan lancar dalam life Raden.

regards,
pakLong.

9w2yvf - VF @ Yusairi said...

Hi Jan,
thank you.

sherrina said...

Tahniah :)

9w2yvf - VF @ Yusairi said...

terima kasih sherrina.
have fun at jubli mrsm terendak nanti.

Anonymous said...

hehehhe...tahniah yus...7hb nak bertunang??tumpang gembira...
doa untuk bertunang nih..semoga yus cepat kawen..

-DILA-

9w2yvf - VF @ Yusairi said...

thanks adila.
amboi, skrg sdg hangat bercinta ye dgn s...tutt...

Zampeada said...

tahni'ah... ;)

9w2yvf - VF @ Yusairi said...

thanks zampeada...
:)