




Aku ciptakan sebuah sajak untuk KEMBARA ku yang telah pergi dari kehidupanku bermula pada 20 Jun 2008, tarikh itu juga aku habis bayar di bank.
Aku dan Kembaraku...
Kembara,
Aku berbangga memiliki dirimu walaupun seketika,
Tiada pengganti dirimu yang memberi pelbagai kenangan manis dan pahit buat diriku.
Kembara,
Kau banyak berjasa pada diriku,
Terima kasih aku ucapkan,
Jasamu akan ku kenang selamanya.
Kembara,
Telah ramai insan yang telah menaiki dirimu,
Ahli-ahli keluargaku,
Rakan-rakan sekerja lamaku di VSS,
Rakan-rakan di tempat kerja baruku,
Bekas tunangku,
Tunang baruku,
Rakan-rakan yang sukar aku nak senaraikan.
Kembara,
Kau bakal dimiliki oleh insan baru,
Semoga kau dijaga sebaiknya,
Maafkan aku kerna tidak meneruskan untuk menjagamu.
Kembara,
Aku telah selesaikan semua hutang2mu dengan bank,
Aku tak bermaksud untuk melukakan hatimu,
Aku terpaksa demi kehidupanku yang terus mendatang.
Kembara,
Disaat akhir kau digilap cantik-cantik,
Ku tahu kau bersedih perpisahan ini,
Semoga kita bertemu di lain masa di lain tempat dan juga dengan pemilik barumu.
Kembara,
Aku pasti akan terkenangkan dirimu,
Teguhkanlah hati dengan pemilik barumu,
Berikanlah khidmat yang terbaik pernah kau berikan padaku.
Kembara,
Kau telah bantu aku di saat awal kehadiranmu dalam diriku,
Malah kau juga bantu diriku di saat akhir perpisahan ini,
Aku bersyukur kerana pernah memilikimu selama hampir 7 tahun.
Kembara,
Setakat ini dahulu dariku,
Semoga semuanya berjalan dengan lancar.
2 comments:
mana pegi kembara ni yus??erm..dla pun ada memori ngn kembara ni.. kenangan yang paling tak pat lupa..menghiasi kembara utk join jelajar manjung anjuran puteri umno di sana..hehe..walaupun tak menang..tp kite seronok dengan aktiviti tu..kite enjoy berempat kan??selain itu, g ipoh..g jalan2 beraya ke umah siti tahun lepas..huhuhuhu..mesti dla rindu kembara yus..
hi dila,
ingat juga kau ye dgn kenangan Jelajah Manjung 2007 tu. Anjuran PUTERI UMNO lak tu. Thanks to penganjur, dpt gak RM10 duit minyak. hehehehe. Dila, kirim salam pd syed faiz ye. Skrg saya pinjam dulu Kenari adik lelaki saya. Tak sure nak beli kereta apa. Yang pasti x fokus dulu utk beli kereta. hehehehe.
Post a Comment