Wednesday, September 03, 2008

Al-Fatihah buat arwah ayahandaku...






















25 Ogos 2008 lalu bersamaan hari Isnin sekitar jam 8.00 malam hingga 9.30mlm, ayahanda aku dalam keadaan tenat dan menghembuskan nafasnya yang terakhir dikelilingi isteri dan anak-anaknya. Syukur, semuanya ada di rumah semasa arwah meninggal dunia. Memudahan arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Insya Allah.

Kini, aku merupakan tonggak utama keluarga bagi memastikan semua urusan keluarga berjalan dengan baik. Aku perlu tabahkan hati terutama dalam bulan Ramadhan ini demi memberikan kehidupan yang lebih baik kepada bonda dan adik-adikku.

Aku masih diberi pelepasan dari meneruskan kerja-kerja di pejabat. Mujur majikan aku memahami situasi yang aku hadapi pada masa ini. Walaubagaimanapun, aku perlu faham yang kehidupan ini perlu diteruskan dan pada hari ini aku perlu menghadirkan diri ke pejabat supaya aku dapat kurangkan kesedihan yang sedang aku alami. Aku dan adik-beradik tidak pernah berjauhan dengan arwah ayahanda dalam jangkamasa yang lama. Walaupun sudah bekerja, kami semua masih menetap bersama. Cuma adik-adikku yang berkahwin sahaja mengikut suami mereka. Arwah ayahanda aku amat rapat dengan anak-anaknya. Jadi pemergian beliau amat sukar untuk kami semua hadapi. Ramai kenalan arwah yang memberi kata-kata semangat dan perangsang. Aku ucapkan terima kasih kepada mereka semua.

Setakat ini dahulu daripadaku. Memudahan kehidupan aku dan keluarga yang mendatang akan senantiasa diredhai oleh Allah S.W.T.

Al-Fatihah buat arwah ayahandaku yang tersayang.

9 comments:

Princess Shieda said...

Assalamualaikum Dan Salam Takziah kepada saudara seisi keluarga. AL-FATIHAH kepada Allahyarham.

pakLong
03.09.2008 06.14.58
Salam ramadhan. 25hb ogos lalu, ayahanda saya telah meninggal dunia. saya amat terkenangkan beliau.

princessyshieda
03.09.2008 07.34.25
Salam ramadhan Paklong. INNALILLAHI WA INNA ILAIHI RAJIUN.

princessyshieda
03.09.2008 07.35.17
Banyakkan berdoa & sedekahkanlah bacaan ayat-ayat suci Al-Quran utk Allahyarham.

princessyshieda
03.09.2008 07.36.55
Sesungguh semua ahli kubur di lepaskan pada Bulan Ramadhan. Please give me your father's full name berbintikan ibunya. I'll sedekahkan Yasin tmrw. My soulmates & I selalu berkumpul utk membaca surah yasin every Thursday night.

princessyshieda
03.09.2008 07.38.12
I would love to include your father's name in our doa, in our mini tahlil, every Thursday. In the meantime, jangan menangis sehingga meratapi pemergiannya. Banyakkan berzikir di dalam hati, ok?­

SESUNGGUHNYA SETIAP YANG HIDUP AKAN MENEMUI MATI.

Ikhlas, Raden Puteri.

Anonymous said...

takziah..semoga roh nya di cucuri rahmat

9w2yvf - VF @ Yusairi said...

terima kasih raden and 6ky angel.
nama ayah saya Mohd.Nazri Binti Saonah. Semoga raden dan rakan2 senantiasa dirahmati Allah S.W.T.
Insya Allah.

Selamat menyambut bulan Ramadhan ini.

masterjanz said...

salam sahabatku Yus,

Maaf aku tiada di manjung waktu ko maklumkan tentang pemergian ayahanda ko. Walaubagaimanapun aku harap ko tidak bersedih terlalu lama seperti raden puteri katakan tu.

Byk2an la doa tuk arwah. Dah besar tanggungjawab ko skrg .. tp aku rasa sebelum ni pun ko dah mmg org yg bertanggungjawab ngan family.

Ok la yus.. ntah bila la leh jumpa ko nie.

is150 said...

Alfatihah, semoga Allahyarham berada bersama-sama orang beriman... amin

Hari Keempat (Khamis) @ 4hb. Ramadan 1429

"Ya Allah berilah kekuatan kepada ku untuk melaksanakan perintah Mu dan berilah aku kemanisan berzikir. Berilah aku kekuatan melahirkan kesyukuran dengan kemuliaan Mu. Dan jagalah aku dengan jagaan dan perlindungan Mu, wahai Tuhan Maha Melihat."

9w2yvf - VF @ Yusairi said...

Terima kasih buat raden, 6ky angel, masterjan dan iskandar.

Anonymous said...

Al-fatihah , tabah hendaknya dgn kehilangan ini.

9w2yvf - VF @ Yusairi said...

terima kasih niasara.

Udenikov said...

Salam,

Yusairi... belum terlewat rasanya... salam takziah...

Semoga arwah ayahnda tuan dicucuri rahmat.

- AZIZUL , JOHOR -