Thursday, November 06, 2008

007-Quantum Of Solace

Hari ini, 6 november 2008, aku pi nonton James Bond - Quantum Of Solace.

Selepas aku menonton filem berkenaan, aku dapati jalan citer agak simple dan ada pula tapisan-tapisan oleh pihak tertentu di Malaysia.

Filem 007 kali ini memang agak tergantung dipenghujungnya dan tidak tahu apa kesudahannya. Quantum Of Solace pun x diketahui kenapa namanya mcm tu. Kalau ikut pemahaman citer, Quantum suatu pertubuhan yang MI6 pun sendiri x tahu kewujudannya. Hahahahaha, kelam-kabut M dan staff2 MI6 mengenalpasti pertubuhan rahsia ini.

Boleh dikatakan filem ini adalah kesinambungan kematian Vesper, awek yg James Bond cintai. Dalam episod kali ini, penghujung citer, di negara rusia, beliau bertemu dengan agen yg mana dikatakan teman lelaki vesper. MI6 dapat tangkap agen tu hidup2. Maklumlah setiap kali ada agen jahat yg dikehendaki, James Bond akan bunuh mereka dengan sesuka hati.

Itu sahaja yg boleh aku komen. Kalau aku ni juri filem, kategori AKSI, aku berikan 4 dari 5 bintang. Kategori JALAN CERITA, aku berikan 2.5 dari 5 bintang.

2 comments:

PakciQue said...

Babak awal lumba kereta di dalam terowong adalah menarik dan sangat cantik. Kalau berdasarkan temubual Daniel Craig di sebuah rancangan, beliau kata 6 buah Aston Martin telah diranapkan. Memanglah, habis semua kereta kau cabut pintu bahagian pemandu. Dan teknologi dan kelengkapan semasa membuat pengambaran tersebut, memang sangat tinggi. [Berdasarkan tontonan di belakang tabir].

Bacaan Lanjut DI SINI

9w2yvf - VF @ Yusairi said...

kereta2 tu yg direka bentuk mcm aston martin. bukan yg original.