Tuesday, November 04, 2008

Takziah buat Keluarga Allahyarham Irwan Bin Roslini

Tadi aku dikhabarkan berita yang menyayat hati ini melalui ibu aku yang baru juga tahu dari rakan-rakannya yang tinggal di taman perumahan lama aku.

Seorang rakan paling rapat denganku semasa zaman kanak2 ini rupa-rupanya telah meninggal dunia. Aku cuba search kat Google, then aku dapati kemalangan berkenaan berlaku sekitar minggu pada tarikh 21/02/2008. Aku ada terlihat rakaman Youtube berkaitan kemalangan ini yang berlaku di jalan Kuala Lipis-Kerambit.

Salam takziah buat keluarga Allahyarham Irwan Bin Roslini.

Allahyarham merupakan seorang kenalan semasa aku bersekolah rendah sejak dari darjah empat sehingga darjah enam. Kami bersekolah di sekolah rendah kebangsaan simpang empat atau lebih dikenali dengan sekolah "Gandhi". Banyak kenangan antara kami semasa zaman kanak-kanak. Arwah seorang yang kuat semangat dan senantiasa menceriakan diri aku ketika aku berada dalam keadaan takut ataupun susah hati. Arwah tidak kedekut berkongsi makanan dan seringkali mengajak aku mengikuti aktiviti di sekolah. Aku masih teringat ketika kami sama-sama mengikuti ujian lencana pengakap yang mana menetapkan kami agar mengayuh basikal di padang bola dalam jangkamasa yang ditetapkan. Aku masih terkenangkan air batu campur yang seringkali aku hadir ke rumahnya untuk merasa seteguk abc yang dibuat olehnya.

Aku sudah lama tidak ketemu dia, kali terakhir mungkin selepas keputusan SPM seketika sekitar tahun 1995. Sudah hampir 14 tahun tidak melihatnya dan kini arwah sudah meninggalkan dunia sementara ini. Semoga keluarga Allahyarham senantiasa berada dalam situasi yang tenang dan meneruskan kehidupan ini dengan penuh kesabaran. Kau tetap rakanku yang terbaik pernah aku ada.

Terima kasih segalanya.
Al-fatihah buat Allahyarham.

No comments: