Aku sedang mengusahakan penulisan sebuah kisah yang berkonsepkan sains fiksyen. Lakaran cerita ini masih dalam peringkat awalan. Pada masa ini aku kenali ia sebagai "Projek ZS". Aku perlu fokus dan serius untuk pastikan ia berjalan dengan lancar dan tidak seperti projek CBDS aku yang tergantung pada beberapa tahun yang lalu.
"Projek ZS" ini fokus kepada satu pertubuhan... opsss, aku belum ada ringkasan cerita yang baik. Maaf. Yang pasti plot mula, plot klimaks dan plot penamat sudah ada. Cuma sekarang aku sedang fokus bagaimana nak perhalusi lagi setiap perantara plot2 utama ini.
Sedikit gambaran berkaitan dengan karya ini. Ianya sebuah kisah seorang lelaki yang dalam dilema dan bersekongkol dengan pihak antagonis dalam merealisasikan dendamnya...
Aku amat berharap sesudah karya ini siap kelak, semoga ia diterima oleh syarikat penerbitan untuk dicetak dan diagihkan kepada para pembaca kelak. Tak banyak yang boleh aku janjikan namun aku cuba yang terdaya untuk memberi pembaca satu kisah yang mencabar dan diseliputi pelbagai rasa hati...
Kajian terhadap "Projek ZS" ini masih dijalankan. Masih perlu banyak maklumat yang perlu aku kumpul utk memastikan informasi dan jalan cerita berjalan dengan baik dan mudah difahami para pembaca.
Wish me luck, friends...
6 comments:
Wow...sound great...rasa macam tak sabar plak aku dibuatnya nk baca...
ops..did i in that story? oh god..
hahaha, aku tau ko boleh buat punya.. ko byk juga pengalaman.. patut la senyap je selama ini..
ko sms amir tadi pun baru aku tau ko ade kat manjung lagi
hi jan dan zul,
thanks for still visit here.
Projek ZS menampilkan nama2 yg kebetulan hampir sama je dengan nama korang. Setakat ni zul dah booking pegang watak jahat. Hehehehe, nanti aku akan garap si zul ni jahat gegiler... jan, nak jadi ketua jahat ke ?.
Oklah, apapun, kalau aku siapkan projek ZS ni pun, kena gak lepas tahap tapisan editor sykt penerbitan dan mcm2 lagi ubahsuai. Dan berkemungkinan kena terima penolakan yg teramat sangat drpd editor2 malaysia ni. Mereka mementingkan komersial supaya dapat tarik pembaca.
Jan, aku masih kerja di lumut. Plan aku kerja di KL masih on-going memandangkan tawaran sebelum ini mmg tinggi tapi x jauh sangat dgn apa yg aku terima skrg, dan aku terpaksa tolak. Mungkin bukan rezeki aku lagi.
Regards,
pakLong.
pape pun hopefully dapat finish your project ZS....hehe
very nice blog
good blog.
Post a Comment