Sunday, May 30, 2010

Ultrasound result...

Hi,
Syukur kepadaNya, akhirnya aku dapat melihat baby di dalam kandungan isteriku dengan jelas samada dalam bentuk 3D dan 4D. Degupan jantungnya yang kuat dan kedudukan yang baik memberikan aku lebih bersemangat untuk bekerja dengan lebih gigih bagi memastikan hidup keluarga menjadi lebih baik.

"Tahniah, you probably get a big Baby girl"..itulah kata doktor yang ramah. "Take care your baby dan lepas ni boleh la beli pakaian baby colour pink"...

Aduhai, beberapa jam selepas tu, macam2 isteriku membeli alat2 keperluan baby. Sehingga aku dan isteriku buntu seketika untuk membeli tilam mana yang sesuai untuk baby. Akhirnya kami decide untuk belikan tilam yang dibuat daripada kekabu. Terpaksalah tempah dari sebuah kedai yang khusus dengan barangan kekabu. Harganya berbaloi, selain tilam, kedai tu offer 2 bantal dan 2 bantal peluk khas untuk baby. Kaler biru dan bercorak Mickey Mouse. Sama pula dengan beg baby corak mickey mouse yang dibeli di kedai Anakku.

Tinggal beberapa item lagi yang perlu aku sediakan. Antaranya, thermos dan juga beberapa pakaian lagi untuk baby.

Untuk babyku... jangan nakal2 ye dalam perut mummy. Daddy love mummy and baby. muahhhhhhh..

No comments: