Saturday, June 14, 2008

aku hanya rakyat biasa...setia pada PM yang dilantik...selamat mengurus & mentadbir.


Aku amat risau dengan pergolakan politik yang melanda negaraku ini. Macam2 perkara telah berlaku pada tahun 2008 ini. Ada yang tak sangka dan ada yg sudah dijangka. Kenaikan Minyak memang pasti akan bebani kehidupan masyarakat ini. Aku pula kini kenalah fikirkan bagaimana cara untuk menanganinya. Memudahan aku tabah hadapinya. Semoga Negaraku senantiasa berada di dalam keadaan selamat dan stabil dalam pelbagai bidang terutama di bidang ekonomi, IT dan juga bidang pertanian. Sebagai rakyat yang sejati, aku tak mahu melihat perpecahan antara kaum dan juga perlulah bersepakat dalam segala aktiviti dan perancangan yang bakal dilaksanakan. PakLah selaku PM perlu memantau senantiasa keperluan negara pada masa ini dan ini bakal membuat beliau tidak lena tidur.

Wahai rakan2 malaysiaku sekalian, kita perlu berdoa agar PM kita dapat atasi semua krisis ini dengan baik. Kita harus melihat dari aspek positif juga di atas keputusan yang PM kita keluarkan. Sudah tentu semua aspek telah diambil kira. Pembangunan perlu diteruskan dan inilah daya tarikan pelaburan yang perlu dilakukan. Kepopulariti bukan pilihan PM kita, pakLah sebenarnya sedang melakukan yang terbaik setelah aku melihat dari kedua-dua belah pihak samada pembangkang mahupun kerajaan sendiri.

Memang tidak dinafikan, minyak naik byk perkara yg berkaitan mahupun yg x berkaitan akan naik. Perkhidmatan terutamanya pasti akan naik mendadak memandangkan perkhidmatan byk berkisar kpd penggunaan minyak untuk bergerak dari satu lokasi ke lokasi lain. Untuk itu, sudah sampai masanya pada sekarang negara kita perlu mewujudkan formula bagi kenaikan kadar minyak dan penentu kadar kenaikan harga2 barang. Jadi tiada isu kenaikan barang2 disebabkan kerajaan membenarkan kadar dinaikkan hanya peratus tertentu.

Contohnya, kalau minyak naik dgn kadar 20%, kenaikan harga barang/perkhidmatan hanya dibenarkan sekitar 5% (1/4 dari 25% kenaikan minyak). Untuk itu, kadar kenaikan gaji/upah pekerja swasta dan kerajaan di Malaysia juga meningkat kepada 10% (sebagai contohnya). Serta cukai pendapatan syarikat yg fixed 30% berubah ikut perkadaran minyak. Jadi, kalau gaji pekerja meningkat kpd 10%, maybe kerajaan boleh kurangkan cukai kpd 25% sahaja dan juga pemotongan majikan ke KWSP dikurang sebanyak 1-3%. Mungkin itu cadangan yg terbaik untuk semua pihak. Rakyat sama2 dapat merasa kenaikan serta rebet tunai kerajaan dan semakin bersemangat kerja dengan kenaikan gaji yg ditetapkan oleh kerajaan.

Hari ini aku tiada aktiviti yang menarik melainkan senantiasa menghubungi tunangku hanya untuk bertanya khabar. Dikala ini aku sebenarnya menanti rakan2 lamaku yg khabarnya ada tugas di MPM dan dijangka bertemu dgn aku di opis aku sekitar jam 1pm-2pm. Memudahan mereka cepat2 siapkan kerja di MPM dan xdelah lama aku menanti.

Itu sahaja dari aku...

No comments: