Ya Allah,
Seandainya telah engkau catatkan dia milikku yang tercipta buat diriku
Maka, satukanlah hatinya dengan hatiku ini
Titipkanlah kebahagiaan antara kami berdua agar kemesraan itu abadi
Ya Allah,
Ya tuhanku yang Maha Mengasihi
Seiringkanlah kami melayari hidup ini
Ketepian yang sejahtera dan abadi
Ya Allah,
Seandainya telah engkau takdirkan dia bukan milik diriku
Bawalah ia jauh dari pandanganku
Luputkanlah ia dari ingatanku dan peliharalah aku dari kekecewaan
Ya Allah ya tuhanku yang Maha Mengerti,
Berikanlah aku kekuatan untuk melontar bayangannya jauh ke dada langit
Hilang bersama senja nan merah agar aku bahagia
Walaupun tanpa bersama dengannya
Ya Allah yang tercinta,
Gantillah yang telah hilang
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah
Walaupun tidak sama dengan dirinya
Ya Allah ya tuhanku,
Pasrahkanlah aku dengan takdirmu
Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan adalah yang terbaik buat diriku
kerana Engkau maha mengetahui tentang segala yang terbaik buat hamba Mu yang lemah ini
Ya Allah,
Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku di dunia dan di akhirat
Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini
Janganlah engkau biarkan aku sendirian di dunia ini mahupun di akhirat serta menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran
Ya Allah,
Kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup serta menuju ke jalan yang Engkau redhai dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh
Amin
Ya Rabbal Alamin
4 comments:
hohohohoho..bagus pak long
doa banyak banyak moga moga berkekalan
dah tersurat jodoh pak long dgn dia jadi kekalkan hubungan pak long ngan kakak yang cantik ini semoga direstui Allah
terima kasih shalinzz.
memudahan begitulah hendaknya.
Amin Ya Rabbal A'lamin. Semuga semua doa dan hajat saudara di makbulkan oleh Allah s.w.t. Berdebar tak melalui alam pertunangan? *naughty smiles*
pakLong
11.06.2008 04.38.58
terima kasih raden di atas wishes yg disampaikan
princessyshieda
12.06.2008 03.47.43
u r welcome, paklong. Oh, bila i panggil u paklong, teringat i to my paklong.
princessyshieda
12.06.2008 03.48.50
BTW, have u wathed AYAT-AYAT CINTA? Pergilah watch. It is a very lovely movie. I watched it in Jakarta 2 months ago. Sweet sangat kisahnya. It is actually about ME! *ahaks* Serious. I am not joking.
princessyshieda
12.06.2008 03.50.54
Ur wife to be orang Johor, ya? My dad's side is from LINGGA DAIK. Keturunan Di Raja kerajaan lama. I still have cousins jauh in Johor.
salam raden,
mmg berdebar setelah kembali ke alam pertunangan ini. filem Ayat2 Cinta, filem indonesia ke?. Tak pernah pula dgr ada filem tu ditayang kat Malaysia. Saya dah jarang pi nonton. Mcm2 kerja skrg ni dan skrg ni pun duk kerap duk ulang-alik pi hospital temani ayah jalani rawatan kimoterapi.
Post a Comment