Wednesday, March 04, 2009

Tahniah buat Tuan Ashadi & adikku Meza...

Alhamdullilah, selamat semuanya dan hari ini aktiviti berjalan dengan lancar termasuk adik perempuanku yang sarat mengandung dan rupa-rupanya sudah dihantar ke Hospital. Baby lelaki ini dilahirkan sekitar jam 11.30 am tadi dan berat sekitar 3kg lebih la sikit2. Actually, adikku meza ni masuk wad sekitar jam 6.30am sesudah subuh yang mana suspect air ketuban dah pecah dan sakit semcm je.

Ayahnya nampak gembira dan adikku amat ceria sedikit walaupun aku tahu dia menanggung banyak sengsara semasa mengandung baby ini, maklumlah, anak pertama. Baby ini belum diberi nama dan berkemungkinan ayahnya akan maklumkan dalam beberapa hari lagi. Ceh, macam nak melaporkan bila puasa/raya je. hahahaha. Pada masa ini, isteriku sudi menemani meza dan baby dan petang ini aku akan jenguk sekali lagi.

Oleh kerana adikku meza bersalin hari ini, maka beliau tidak dapat hadiri sesi temuduga yang berlangsung esok bagi jawatan Penolong Pegawai Siasatan di SPRM di Bangunan SUK, Ipoh, Perak. Mungkin rezeki beliau ada somewhere kat mana-mana. Tambahan sebelum dia bersalin, pertengahan bulan February 2009 baru2 ini, company yg adikku kerja, dapat kontrak ratusanjuta ringgit dan dapatlah survive dalam jangkamasa yang lama lagi. Syukurla atas apa yang telah Allah SWT kurniakan dalam kehidupanmu wahai adikku meza.

Sebelum arwah ayah aku meninggal dunia, arwah pernah berkata, anak meza tentu lelaki. Maklumlah, adikku yg kedua, molly sudah melahirkan 2 orang anak dan kesemuanya perempuan.

Aku mengharapkan agar anak-anak molly dan meza dapat berkomunikasi dengan baik bila dewasa kelak. Semoga cucu-cucu ibuku dapat berikan sedikit keceriaan dan menampung sedikit rasa hati ibuku yang sepi sejak ketiadaan arwah ayahku.

2 comments:

Anonymous said...

tahniah yus..bertambah ank sedara la erk...yus bila lagi??hehhe

9w2yvf - VF @ Yusairi said...

salam anonymous,
Terima kasih.