Showing posts with label Project ZS. Show all posts
Showing posts with label Project ZS. Show all posts

Thursday, April 30, 2009

Mari Berkarya - "Projek ZS"

Aku sedang mengusahakan penulisan sebuah kisah yang berkonsepkan sains fiksyen. Lakaran cerita ini masih dalam peringkat awalan. Pada masa ini aku kenali ia sebagai "Projek ZS". Aku perlu fokus dan serius untuk pastikan ia berjalan dengan lancar dan tidak seperti projek CBDS aku yang tergantung pada beberapa tahun yang lalu.

"Projek ZS" ini fokus kepada satu pertubuhan... opsss, aku belum ada ringkasan cerita yang baik. Maaf. Yang pasti plot mula, plot klimaks dan plot penamat sudah ada. Cuma sekarang aku sedang fokus bagaimana nak perhalusi lagi setiap perantara plot2 utama ini.


Sedikit gambaran berkaitan dengan karya ini. Ianya sebuah kisah seorang lelaki yang dalam dilema dan bersekongkol dengan pihak antagonis dalam merealisasikan dendamnya...

Aku amat berharap sesudah karya ini siap kelak, semoga ia diterima oleh syarikat penerbitan untuk dicetak dan diagihkan kepada para pembaca kelak. Tak banyak yang boleh aku janjikan namun aku cuba yang terdaya untuk memberi pembaca satu kisah yang mencabar dan diseliputi pelbagai rasa hati...

Kajian terhadap "Projek ZS" ini masih dijalankan. Masih perlu banyak maklumat yang perlu aku kumpul utk memastikan informasi dan jalan cerita berjalan dengan baik dan mudah difahami para pembaca.

Wish me luck, friends...