Showing posts with label memories. Show all posts
Showing posts with label memories. Show all posts

Monday, March 12, 2012

aku sedang berusaha...


pada masa ini aku sdg berusaha untuk mendapatkan loan bagi membeli sebuah rumah kediaman untuk keluargaku yg bakal bertambah seorg lagi sekitar raya aidilfitri tahun ini. Insya Allah.

pilihan dan deposit sudah dibuat dan kini hanya menunggu bulan april 2012 bagi memohon pinjaman perumahan dan aku amat berharap dapat bantuan yang sewajarnya daripada pihak bank.

aku masih target untuk mendapatkan alternative bank selain bank financier yg dicadangkan developer. Bukan apa, at least aku ada pilihan walaupun ianya amat sukar memandangkan most of bankers black-list area bkt beruntung eventhough projek baru. Pada aku tak sepatutnya jadi macam ini. Biarlah masa yang menentukannya.

alhamdullilah, terdapat potensi bbrp executives from alternative banks yang ingin membantu dan menjadikan sykt developer ni as panel.

To bankers, you should give opportunity to the new developer yang ingin berusaha menaikkkan semula kawasan bkt beruntung ini dan bukannya menutup peluang org2 sebegini. I believe, lots of people akan dtg mengaktifkan industri hartanah di kawasan tinggi ini (yg jarang ada banjir kilat) tidak spt di kawasan hulu langat dan shah alam.

Aku paparkan sedikit lukisan ilustrasi rumah yang sedang aku usahakan...

Insya Allah...memudahan semuanya berjalan dengan lancar.

Friday, June 12, 2009

PERAK-XXXX-XXXX-XXXX-PERAK

Minggu ini aku akan berada di pelbagai lokasi.
Aku berdoa agar perjalanan aku selamat dan menjadi kenangan manis buat aku dan isteri.
Love you my wie.

Aku amat terkenangkan senyuman arwah ayah aku.
Banyak yang aku tak sempat nak pelajari daripadanya.
Ya Allah, semoga kau tempatkan arwah ayahku dikalangan org2 yang beriman.

Sayup je hati ini bila melihat ibu yang kini hidup bersendirian.
Aku tak sampai hati untuk menetap di tempat lain.
Biarlah apa yang aku hadapi sekarang ini, yang penting aku masih dapat melihat ibu ku setiap masa.

Aku tujukan sebuah lagu buat semua ayah dan ibu serta guru-guru...

Outstanding Tasks:
1. Projek I.
2. Projek Wisma.
3. Projek Spiral.
4. Projek ZS.

Tuesday, February 17, 2009

Gambar Persandinganku...

Di Jementah, Johor Pada 25/01/2009 (Ahad).



Di Sitiawan, Perak Pada 01/02/2009 (Ahad).


Monday, February 16, 2009

Alhamdullilah...Akhirnya aku bergelar suami...

Aku bersyukur kepadaNya kerna semuanya berjalan dengan lancar sejak 23 Januari 2009 sehingga 1 Februari 2009.

Pada masa ini aku masih agak sibuk dengan tugasan pejabat dan juga bbrp job freelance yg memerlukan aku siapkannya by end of this February 2009.

Program berbulan madu terpaksa dilaksanakan sekitar Perak sahaja antaranya Teluk Batik dan Pulau Pangkor. Itupun balik hari. Kesian pula aku nengok isteriku yang terpaksa berkorban impiannya demi untuk aku melaksanakan tanggungjawab sbg seorang suami. Kalau x kerja, nak bagi makan apa pula.

Aku ucapkan terima kasih pd ibuku, nenek aku, adik-beradik/ipar2 aku, saudara-mara aku serta keluarga mertua aku kerna membantu meraikan majlis perkahwinan aku ini.

Alhamdullilah, sayang juga isteri aku ni, setiap hari nak masakkan untuk aku. Beruntung gak aku dan semakin gemuk la aku yg x dan nak kurus2 ni. Hehehehe.
Thanks to my lovely wife.

Tuesday, January 06, 2009

Jemputan Majlis Perkahwinan - 1 Februari 2009

Dikesempatan ini, PakLong ingin ucapkan selamat tahun baru buat semua rakan blogger PakLong kenal dan setia menjadi blogger di alam maya ini.

Sudah lama PakLong membujang dan kini sudah sampai masanya PakLong menamatkan zaman bujang di awal tahun 2009 ini. Semoga semuanya berjalan dengan lancar. Alhamdullilah, PakLong bersyukur atas nikmat yang Allah S.W.T berikan. Terima kasih.

PakLong berhajat sangat untuk menjemput rakan2 yang kenal atau kerap kunjungi laman blog paklong bagi menghadiri majlis perkahwinan PakLong bertarikh 1 Februari 2009-Ahad di Sitiawan, Perak. Clue ke rumah PakLong, betul2 area belakang Supermarket The Store di bandar Sitiawan (dulu dikenali Supermarket Fajar).

Semoga dengan kehadiran rakan semua menyerikan lagi majlis ini. Insya Allah.

Sila rujuk Images Kad Jemputan Dibawah untuk maklumat lanjut :-







p/s: Tarikh Akad Nikah dijangka 23 Januari 2009.


Regards,
PakLong.

Thursday, November 27, 2008

Siapalah sangat diri kita ini...


Aku terasa ingin berkongsi rasa hati di pagi Khamis ini...
Sayup je hari ni, hujan pun xde, redup semcm je...

Kadang2 bila aku terasa sunyi sangat2, aku menghubungi tunangku.
Kadang2 bila aku terasa tidak diingati, aku menghubungi tunangku.
Kadang2 bila aku terasa sibuk bekerja sangat, aku diingati oleh tunangku.
Kadang2 bila hampir waktu lunch, aku sering dimaklumi tunangku.
Kadang2 bila aku terasa marah sangat, entah kenapa aku kerap xde mood nak ckp dgn sesiapa termasuk tunangku.
Kadang2 bila tunangku bersalah, aku merajuk seketika.
Kadang2 bila aku dipujuk oleh tunangku, aku berfikir panjang yg kami ni bakal hidup bersama kelak, sampai bila aku nak merajuk ni. Hehehehe. Ngada2 kata tunangku.
Kadang2 bila aku ternampak beg dan kasut wanita, aku teringat entah bila aku nak luangkan masa nak beli barang2 hantaran untuk majlis perkahwinanku.
Kadang2 bila aku nak tidur, aku menanti msg atau panggilan drpd tunangku.
Kadang2 aku merajuk dengan tunangku disebabkan tiada call/sms drpdnya.

Kadang2 bila nampak restoran KFC, aku teringat KFC adalah restoran pertama aku dating bersama tunangku.
Kadang2 bila terdengar nama gunung2, aku teringat Gunung Ledang, tempat pertama kami menikmati keindahan dan kehijauan alam flora dan fauna.
Kadang2 bila lalui kawasan Seksyen 4 Manjung, aku ternampak pusat kursus pra-perkahwinan yg aku dan tunangku hadiri. Sanggup tunangku datang dari Johor utk hadiri kursus selama 2 hari (sabtu dan ahad) ini. Terima kasih tunangku.
Kadang2 bila aku ke teluk batik, aku teringat restoran mewah yg aku bawa tunangku untuk makan malam. Walaupun tiada candle light (aku ni mmg x romantik) tapi makanannya sedap. Kurang sikit poket aku bulan tu. Hehehehe.
Kadang2 bila marah pada tunangku, aku teringat kesanggupan dia menaiki bas lompat untuk menjenguk arwah ayah aku yg masa tu sedang sakit tenat di perak. Terima kasih, tunangku.

Kadang2 aku terasa dilupakan oleh tunangku, namun, aku teruskan bekerja dan terus berusaha.
Aku hanya insan biasa dan majlis persandinganku kelak akan berlangsung dengan situasi yg sederhana sahaja. Budget aku agak terkekang kerana bakal mengadakan kenduri di Johor dan Perak namun aku cuba yg terbaik. Syukur ada keluarga yang sudi support dari pelbagai cara. Dengan adik perempuan aku yg sudi menjahitkan langsir2 yang aku beli bersama ibuku.
Aku bukannya pandai pilih langsir2 ni. Kalau pilih komputer, bolehlah....

Aku dah bersedia ke untuk menjadi suami dan ayah kelak ?
Borang nikah dan HIV Test form telah aku hantar ke Pejabat Agama Perak.
Aku masih menanti 1@2 minggu surat kebenaran berkahwin dan adakah itu tandanya aku sudah bersedia ?.
Arghhh, aku sukar nak jawab.

Tunangku pula senantiasa merinduiku. Aku pun begitu. Alhamdullilah, hubunganku dan tunangku berjalan dengan lancar. Aku cuba belajar kikiskan ego yg aku ada demi untuk kesenangan bersama. Mungkin ini adalah ketentuan jodohku dari Allah S.W.T. Aku ucapkan terima kasih kepada nenek aku yang memperkenalkan tunangku kpd ku. Dikala aku sibuk dengan kerja semasa itu, MMS gambar telah sampai di Handphone aku dan juga nombor telefon tunangku. Disitulah bermula kisah rahsia antara kami berdua....

Semoga semuanya selamat dan lancar.
Itu sahaja yg mampu aku kongsi bersama.

Tuesday, November 04, 2008

Takziah buat Keluarga Allahyarham Irwan Bin Roslini

Tadi aku dikhabarkan berita yang menyayat hati ini melalui ibu aku yang baru juga tahu dari rakan-rakannya yang tinggal di taman perumahan lama aku.

Seorang rakan paling rapat denganku semasa zaman kanak2 ini rupa-rupanya telah meninggal dunia. Aku cuba search kat Google, then aku dapati kemalangan berkenaan berlaku sekitar minggu pada tarikh 21/02/2008. Aku ada terlihat rakaman Youtube berkaitan kemalangan ini yang berlaku di jalan Kuala Lipis-Kerambit.

Salam takziah buat keluarga Allahyarham Irwan Bin Roslini.

Allahyarham merupakan seorang kenalan semasa aku bersekolah rendah sejak dari darjah empat sehingga darjah enam. Kami bersekolah di sekolah rendah kebangsaan simpang empat atau lebih dikenali dengan sekolah "Gandhi". Banyak kenangan antara kami semasa zaman kanak-kanak. Arwah seorang yang kuat semangat dan senantiasa menceriakan diri aku ketika aku berada dalam keadaan takut ataupun susah hati. Arwah tidak kedekut berkongsi makanan dan seringkali mengajak aku mengikuti aktiviti di sekolah. Aku masih teringat ketika kami sama-sama mengikuti ujian lencana pengakap yang mana menetapkan kami agar mengayuh basikal di padang bola dalam jangkamasa yang ditetapkan. Aku masih terkenangkan air batu campur yang seringkali aku hadir ke rumahnya untuk merasa seteguk abc yang dibuat olehnya.

Aku sudah lama tidak ketemu dia, kali terakhir mungkin selepas keputusan SPM seketika sekitar tahun 1995. Sudah hampir 14 tahun tidak melihatnya dan kini arwah sudah meninggalkan dunia sementara ini. Semoga keluarga Allahyarham senantiasa berada dalam situasi yang tenang dan meneruskan kehidupan ini dengan penuh kesabaran. Kau tetap rakanku yang terbaik pernah aku ada.

Terima kasih segalanya.
Al-fatihah buat Allahyarham.

Thursday, October 30, 2008

I care about you !!! (my own poetry)

My Lovely fiancee...

When I see you smile
It makes me a very lucky guy in this world
I know I really care about you
Do you know what I'm thinking about you

Lots of fun when being with you
I try my best to tackle your heart
I try my best to admire you very very much
I think I'm fallin' in love with you

My love
This poem created purposely just for you
I know I don't care what ever happen
You'll always in my heart

Always remember to ALLAH S.W.T and pray to HIM
Hope our relationship can be better and better and better...

This song below is just for you :-

Sufi - Damasutra

Monday, October 13, 2008

Help Me or Help Others !!!

Lately, I am not in the writing mood. Maybe because this year especially during RAMADHAN and SYAWAL had given me a very tough situation related with my LIFE. I'm not even close to happy situation when doing something related with my life. I really appreciate for many people who still giving me plenty of advice and sometimes it can hurts me so much because too many things had not yet been done by me. Do I really need help from somebody or I just cut the rope that I have tied for the last couple of years. Too many depressed situation given me a lot of unhappy action and decision. Yes, maybe I really need help from someone. Anybody who can help me !!!. Raise your two hands.



There was a story reminds me for not looking at the back. "Past is past, let we build up the future together". The word came across in my mind. There was a boy who had asking his father about the relationship between the leader and the follower. His father answered very straight-forward. He said, "The leader is what you aim for your community, the followers are the people who implement the aim that had been set by the leader". This boy still blur for his father answer however he tell his father, he really hopes in future he will be the follower instead of the leader. The father ask why his son want to be a follower and why not aim to be a leader. His son give the touching answer, "I must be the follower before I can be a good and better leader for my future community". His father are very proud of his son's answer.

Last few days was my late dad's birthday, SELAMAT HARI LAHIR AYAHKU. Even he had passed away on 25th August 2008, I'm still feels that he always around us. We love you Dad. We will always remember you. Insya Allah.

I do hope my future life can be better than now.
Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Mengasihi dan lagi Maha Pemurah.
Amin.

Saturday, September 20, 2008

Wednesday, September 03, 2008

Al-Fatihah buat arwah ayahandaku...






















25 Ogos 2008 lalu bersamaan hari Isnin sekitar jam 8.00 malam hingga 9.30mlm, ayahanda aku dalam keadaan tenat dan menghembuskan nafasnya yang terakhir dikelilingi isteri dan anak-anaknya. Syukur, semuanya ada di rumah semasa arwah meninggal dunia. Memudahan arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Insya Allah.

Kini, aku merupakan tonggak utama keluarga bagi memastikan semua urusan keluarga berjalan dengan baik. Aku perlu tabahkan hati terutama dalam bulan Ramadhan ini demi memberikan kehidupan yang lebih baik kepada bonda dan adik-adikku.

Aku masih diberi pelepasan dari meneruskan kerja-kerja di pejabat. Mujur majikan aku memahami situasi yang aku hadapi pada masa ini. Walaubagaimanapun, aku perlu faham yang kehidupan ini perlu diteruskan dan pada hari ini aku perlu menghadirkan diri ke pejabat supaya aku dapat kurangkan kesedihan yang sedang aku alami. Aku dan adik-beradik tidak pernah berjauhan dengan arwah ayahanda dalam jangkamasa yang lama. Walaupun sudah bekerja, kami semua masih menetap bersama. Cuma adik-adikku yang berkahwin sahaja mengikut suami mereka. Arwah ayahanda aku amat rapat dengan anak-anaknya. Jadi pemergian beliau amat sukar untuk kami semua hadapi. Ramai kenalan arwah yang memberi kata-kata semangat dan perangsang. Aku ucapkan terima kasih kepada mereka semua.

Setakat ini dahulu daripadaku. Memudahan kehidupan aku dan keluarga yang mendatang akan senantiasa diredhai oleh Allah S.W.T.

Al-Fatihah buat arwah ayahandaku yang tersayang.

Monday, August 18, 2008

Olympic Beijing 2008 : Lee Chong Wei, Azizulhusni & Usain Bolt...



Malaysia's badminton representative & world ranking 2, Lee Chong Wei had shown the best effort getting into the Final and gain silver medal for his last career in this Olimpic games at Beijing. Even though he defeated by Lin Dan, he is still the best player in our country that ever had. I do hope lots of player in this badminton sport shall be born after this can compete with China and Indonesia player. Ever wonder if Squash is a part of Olympic games, for sure, at least we can gain 1 GOLD Medal.



Azizulhusni Awang from Malaysia, got a courage and superb spirit for winning the 1/8 Repecharge to entitle the Quarterfinal competiton. Today, he shall compete with the World No. 1 Sprint Chris Hoy from Great Britain. Hopefully Azizulhusni can prove something that he is not only the lucky person joining Quarterfinal but entitle to be with the best amongts the best. Well done.



Usain Bolt from Jamaica, got a very superb energy for being the world fastest man in this earth. He entitle the gold medal for the 100M in Beijing and set the NEW World and Olympic record, 9.69 seconds. I think he can get less than 9.6 seconds if he push all of his energy for the last 15 metres. After this, he will compete with Shawn Crawford and Walter Dix from USA on 200m event. Good luck.

Saturday, June 21, 2008

selamat tinggal kembara...20 june 2008...






Aku ciptakan sebuah sajak untuk KEMBARA ku yang telah pergi dari kehidupanku bermula pada 20 Jun 2008, tarikh itu juga aku habis bayar di bank.

Aku dan Kembaraku...

Kembara,
Aku berbangga memiliki dirimu walaupun seketika,
Tiada pengganti dirimu yang memberi pelbagai kenangan manis dan pahit buat diriku.

Kembara,
Kau banyak berjasa pada diriku,
Terima kasih aku ucapkan,
Jasamu akan ku kenang selamanya.

Kembara,
Telah ramai insan yang telah menaiki dirimu,
Ahli-ahli keluargaku,
Rakan-rakan sekerja lamaku di VSS,
Rakan-rakan di tempat kerja baruku,
Bekas tunangku,
Tunang baruku,
Rakan-rakan yang sukar aku nak senaraikan.

Kembara,
Kau bakal dimiliki oleh insan baru,
Semoga kau dijaga sebaiknya,
Maafkan aku kerna tidak meneruskan untuk menjagamu.

Kembara,
Aku telah selesaikan semua hutang2mu dengan bank,
Aku tak bermaksud untuk melukakan hatimu,
Aku terpaksa demi kehidupanku yang terus mendatang.

Kembara,
Disaat akhir kau digilap cantik-cantik,
Ku tahu kau bersedih perpisahan ini,
Semoga kita bertemu di lain masa di lain tempat dan juga dengan pemilik barumu.

Kembara,
Aku pasti akan terkenangkan dirimu,
Teguhkanlah hati dengan pemilik barumu,
Berikanlah khidmat yang terbaik pernah kau berikan padaku.

Kembara,
Kau telah bantu aku di saat awal kehadiranmu dalam diriku,
Malah kau juga bantu diriku di saat akhir perpisahan ini,
Aku bersyukur kerana pernah memilikimu selama hampir 7 tahun.

Kembara,
Setakat ini dahulu dariku,
Semoga semuanya berjalan dengan lancar.

Monday, March 31, 2008

tak ku sangka...

Last few days, I went to Johor with my family to visit my grandmother. Yesterday (30 Mac 2008-Sunday), something happen in my life. I'm quite shocked but I won't object on any of what had been happen to me. Maybe it's fate for me.

Firstly, I thought my parents just want to meet my grandmother, unfortunately, the truth is, they intend to propose pre-engagement for someone in my family. It's me...arghhhh, I don't know what to do.

My grandmother knows her parents very well since child. Actually, they plan to propose for my uncle but when my uncle engaged last december 2007, so, the plan had been discontinued but their plan going on back when my parents ask my grandmother to find "jodoh" for me....atuk... Jodoh dan Pertemuan ketentuan Allah SWT.

I'm getting to know her. Her name, Azlinda. She is younger than me. I do hope she can accept me & my family. Hopefully, I can make everyone happy especially Azlinda, my parents and my grandmother.

~adakah aku akan ke alam pertunangan semula pada tahun ini ?~


Monday, November 12, 2007

sayang kamu selamanya...

My Dear VirtualSoftnet Friends,

Walaupun aku sudah tidak bekerja bersama-sama kamu semua, aku tetap akan mengingati kamu semua tidak kira di mana jua aku berada. Kenangan bekerja bersama kamu semua akan menjadi satu pengalaman manis buat diriku. Selama 6 tahun aku menabur bakti di dalam sykt ini, namun aku rasa seperti ia bukan sebuah sykt tetapi adalah sebuah keluarga yang penyayang dan senantiasa mahukan kebahagian setiap ahlinya.

Insya Allah, memudahan kalau ada lagi open house Raya Aidilfitri tahun 2008 di rumah Puan Siti, kita bertemu dan bergambar ramai2 lagi. Aku maybe org terakhir yang menatap gambar2 open house di rumah Puan Siti, wow, mee supnya mmg superb dan rasa pedasnya menusuk tekakku ini. hehehehehe.

Thanks for everything. My last word, work hard & smart.


Menghirup udara yang nyaman di luar rumah...


Gambar ramai2. Senyum gumbira je semuanya...


Mamat ni tertinggal dalam pic kat atas...

Aku dpt gambar ni via Adila-VSS.

Tuesday, October 09, 2007

MakLang...you're always in my heart

Last week, I got a very sad story, a news from my uncle that my MakLang has died at Hospital on Friday's night. My family & I had been rushing went back to Perlis & hopefully can see her before buried on the next morning. Long time ago, MakLang had adviced me on finding the good wife & take care my family. Her advice always in my mind & touch me in every aspect of life.

MakLang was the coolest person that I'd ever known. Her son, Hafiz is my best cousin in this world. He is not showing any sadness in his face. He cheer-up everybody & always taking care her mother's funeral ceremony. Alhamdullilah. Everything was going fine that afternoon.

All my father's family came to Santan to help PakLang family. PakLang, I'm hoping you'll more strong than before. Allah always love you & family. Insya Allah, I'm praying MakLang shall be place within the very-very good people in akhirat's life.

My english is not very good. But, from now, I'm learning to write & speak in english to ensure I can manage how to communicate other than MALAY language. Far away, I'm still finding the best part I can remember my MakLang. Maybe an honest smile came from her face always makes me feel better. MakLang, thank you for everything.

Loves you MakLang.

Thursday, September 13, 2007

hari ini 1 ramadhan

Salam semua umat Islam,

Dikesempatan ini aku nak ucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan...





Sebelum Ramadhan menjelang, aku selitkan picture team aku semasa program Jelajah Manjung 2007 (anjuran PUTERI UMNO bahagian Lumut) yang diadakan pada 09/09/2007 jam 8.00AM-4.00PM. Walaupun tewas, dapat juga sedikit penghargaan, elaun minyak katakan. hehehehe. RM10.00 (byk juga tu). Selain itu, ada juga gambar 2/3 team yg bergabung utk sesi bergambar je. Semangat PEMANDUAN untuk NEGARA...

Apapun, aku amat berterima-kasih dengan team ini kerana dapat beri kerjasama yang baik semasa sesi pertandingan tu.

Ok, take care semua.

Having good luck is not a passive experience -- you cannot just wait for a kind genie to arrive at your doorstep and grant you three wishes. In order to enjoy more luck in your life right now, you have to create it -- starting today. Put some more positive energy out there, and do your own best impression of a kind fairy godparent to someone in your life. An anonymous gift or good deed will go a long way toward putting more happy coincidences in your life.

Monday, May 28, 2007

Ubat Batuk dan ROBOCON 2007-Peringkat Kebangsaan.

Emotions are running high right now -- tempers may flare up suddenly, and tears may be shed unexpectedly. Everyone's guard is up, and people are closing themselves off from one another. Don't take it personally if folks are not as talkative with you as they usually are. They are preoccupied with other stuff. There's tension in the air, and one wrong word could cause upheaval. Don't make waves, especially if you don't know exactly what's going on.

Aku agak tidak berapa sihat sejak beberapa hari ini. Batuk agak teruk dan pagi tadi bila ketemu doktor, akhirnya terubat sikit sakitku ini. Tak sure samada terlihat wajah doktor yang ayu ataupun lepas makan ubat yang diberikan. Thanks doktor. Cantik juga orangnya. hehehehe.


Gambar Gelanggang Pertandingan ROBOCON 2007.

Batuk ku mula reda sekitar jam 10am, aku melangkah kaki ke ROBOCON 2007, peringkat Kebangsaan di UKM Bangi. Alhamdullilah, bila melihat wajah2 anak muda kita yang bersemangat sebegini. Sebenarnya aku lebih berharap agar ada pameran2 berkaitan dgn robot2 yang mrk cipta dan maybe boleh membantu keperluan mesin robotik di dalam negara kita ini. Memudahan penganjur akan datang boleh fikirkan sesuatu yang lebih menarik selain drpd bertanding di gelanggang sahaja. Kehadiran robot2 di Jepun pun maybe boleh di set-kan. Maklumlah, Malaysia tentu ada byk connection dgn negara Jepun, mustahil mrk tak boleh bawa robot ciptaan mrk utk dipamerkan di ROBOCON. Sudah tentu memberi impaks dan idea yang besar kpd para remaja yg kreatif utk menciptanya.

Apapun, pertandingan ROBOCON ini amat menarik & perlu diteruskan pada setiap tahun malah kalau boleh setiap bulan. Ia pasti boleh IMPROVE setiap ciptaan mereka. Barulah universiti2 di NEGARA lain akan rasa tercabar dengan ciptaan mereka semua. Insya Allah. TACTICAL amat penting dalam game ini. GOOD LUCK.

Oklah, pakLong nak berundur diri. Nak makan ubat yang doktor berikan. Selamat malam buat semua.

Thursday, May 17, 2007

kisah PARROT menegur...

Seorang rakan baru (cik L) menceritakan tentang seekor burung kakaktua (Parrot) yang dia lawati di salah sebuah taman burung di area Lembah Kelang ni. Burung ini pandai menegur dia, "hai, lawa kak hari ni". hehehehehe. Very unique on this Parrot. Ingatkan ia setakat tahu memberi salam dan ucap terima kasih, malah lebih drpd tu. Terkejut juga rakan baru aku ni. Kesian gak dia sampai Parrot tu menegur dan muka Parrot tu of course buat muka selamba je lepas tanya mcm tu.

Bila kita mendidik Parrot utk berkata-kata, terfikir juga kenapa kita tak ajar burung ni naik basikal or naik motor. harap2 Parrot ni taklah pandai merempit merata-rata. Kalau tidak habis tahi2 Parrot ni merata kat atas jalan. hahahahahaha.... sorry Parrot.

Oklah, aku ucapkan salam buat rakan baru ku cik L.
Take care.

Monday, April 23, 2007

keramat pada 28 april...semoga SIQOS success selalu...


Salam buat rakan2 blogger,

pakLong bakal beraktiviti kembali. Aduh, dah lama rasanya memandomkan diri ini. Apapun pakLong tetap berSEMANGAT untuk join aktiviti perlawanan Futsal inter-staff di Seri Manjung, Perak.

:: Dari jauh pakLong datang, harap team pakLong leh dapat at least position 4/4. hehehehe ::

Gambar atas tu antara gaya2 dan aksi lincah pakLong masa muda2 dulu (bukan gambar sebenar). Nampak tak baju merah tu...heheheh...SIQOS...