Showing posts with label activities. Show all posts
Showing posts with label activities. Show all posts

Monday, March 12, 2012

aku sedang berusaha...


pada masa ini aku sdg berusaha untuk mendapatkan loan bagi membeli sebuah rumah kediaman untuk keluargaku yg bakal bertambah seorg lagi sekitar raya aidilfitri tahun ini. Insya Allah.

pilihan dan deposit sudah dibuat dan kini hanya menunggu bulan april 2012 bagi memohon pinjaman perumahan dan aku amat berharap dapat bantuan yang sewajarnya daripada pihak bank.

aku masih target untuk mendapatkan alternative bank selain bank financier yg dicadangkan developer. Bukan apa, at least aku ada pilihan walaupun ianya amat sukar memandangkan most of bankers black-list area bkt beruntung eventhough projek baru. Pada aku tak sepatutnya jadi macam ini. Biarlah masa yang menentukannya.

alhamdullilah, terdapat potensi bbrp executives from alternative banks yang ingin membantu dan menjadikan sykt developer ni as panel.

To bankers, you should give opportunity to the new developer yang ingin berusaha menaikkkan semula kawasan bkt beruntung ini dan bukannya menutup peluang org2 sebegini. I believe, lots of people akan dtg mengaktifkan industri hartanah di kawasan tinggi ini (yg jarang ada banjir kilat) tidak spt di kawasan hulu langat dan shah alam.

Aku paparkan sedikit lukisan ilustrasi rumah yang sedang aku usahakan...

Insya Allah...memudahan semuanya berjalan dengan lancar.

Wednesday, January 11, 2012

selamat tahun baru, welcome 2012 !!!


Hi,

In this year 2012, I do hope everything shall going fine and lots of planning shall be define to ensure my life getting more interest.

Before start going through for year 2012, I managed to visit my old friend at Kuala Terengganu and Alhamdullilah everything is going well for him.

Additional, I'd taken a picture with my wife, daughter and Upin&Ipin, the current popular cartoon in Malaysia.

Sunday, October 16, 2011

almost 8 mths...

Sudah 8 bulan aku tak update blog aku.
Mungkin disebabkan aku sibuk dengan kerja semasa di UMobile dan kini pula kena kerja dgn lebih gigih lagi di Amdocs. Alhamdulilah, semuanya berjalan dengan lancar.
Aku bersyukur padaMu.

Sunday, May 30, 2010

Ultrasound result...

Hi,
Syukur kepadaNya, akhirnya aku dapat melihat baby di dalam kandungan isteriku dengan jelas samada dalam bentuk 3D dan 4D. Degupan jantungnya yang kuat dan kedudukan yang baik memberikan aku lebih bersemangat untuk bekerja dengan lebih gigih bagi memastikan hidup keluarga menjadi lebih baik.

"Tahniah, you probably get a big Baby girl"..itulah kata doktor yang ramah. "Take care your baby dan lepas ni boleh la beli pakaian baby colour pink"...

Aduhai, beberapa jam selepas tu, macam2 isteriku membeli alat2 keperluan baby. Sehingga aku dan isteriku buntu seketika untuk membeli tilam mana yang sesuai untuk baby. Akhirnya kami decide untuk belikan tilam yang dibuat daripada kekabu. Terpaksalah tempah dari sebuah kedai yang khusus dengan barangan kekabu. Harganya berbaloi, selain tilam, kedai tu offer 2 bantal dan 2 bantal peluk khas untuk baby. Kaler biru dan bercorak Mickey Mouse. Sama pula dengan beg baby corak mickey mouse yang dibeli di kedai Anakku.

Tinggal beberapa item lagi yang perlu aku sediakan. Antaranya, thermos dan juga beberapa pakaian lagi untuk baby.

Untuk babyku... jangan nakal2 ye dalam perut mummy. Daddy love mummy and baby. muahhhhhhh..

Saturday, November 07, 2009

more fun in billing system

hi friends,

sometimes when seeing lots of things billing issue coming into my desk, will get me feel very passionate to settle every of them. for this moment, learning from beginning is the best way to ensure I can catch-up everything in this particular issues.

when reaching some level, lots of pople thinking to change their career, for me, hope don't change again within this 5 years. I'll try my best and hopefully can get the best offer during confirmation later. Insya Allah.

ok, the appraisal shall be coming nearly around 2 or 3 months, I shall prepare for anything related to my knowledge in billing system.

today, i met my cousin, he/she...hehhehe, don;t know how to call him/her. Since he/she hae changed a lot. However, he/she still salam me as shown "hormat" to old people like me. I'm too old, really, urghhh. He/she is not working at watson anymore as a beauty consultant. currently, working at Thai spa something at The Mines level 4. Me and my wife shall visit him/her later.

around, 12:06 midnight, got cold here at office waiting to re-run the bill for postpaid subs. really touching when seeing my wife pics. love you so much. take care & have a nice day with my aunty and uncle at sri petaling (they got burger stall there-promo promo "oblong"). this end of week, got Malaysian Cup, kelantan vs n.9, wow, the football in Malaysia still hot, the tickets are sold-out, what I heard from Pizza boy which he still need to find the available ticket for sale. for me, hope don;t have any people selling black-market ticket...support our football. Go Liverpool...come-on. opsss.

arghhh, really "ngantuk" but need to complete this work. night everybody & have a nice weekend. this end of week, my ex-colleague that shall be report new workplace at LHS will "nikah" around sunday morning. Take care & good luck to him and his wife-to-be.

Have a nice weekend to all of you & always smile when dealing with people within this weekend.

pause for a while...grep grep...sleep..sleep..

Friday, June 12, 2009

PERAK-XXXX-XXXX-XXXX-PERAK

Minggu ini aku akan berada di pelbagai lokasi.
Aku berdoa agar perjalanan aku selamat dan menjadi kenangan manis buat aku dan isteri.
Love you my wie.

Aku amat terkenangkan senyuman arwah ayah aku.
Banyak yang aku tak sempat nak pelajari daripadanya.
Ya Allah, semoga kau tempatkan arwah ayahku dikalangan org2 yang beriman.

Sayup je hati ini bila melihat ibu yang kini hidup bersendirian.
Aku tak sampai hati untuk menetap di tempat lain.
Biarlah apa yang aku hadapi sekarang ini, yang penting aku masih dapat melihat ibu ku setiap masa.

Aku tujukan sebuah lagu buat semua ayah dan ibu serta guru-guru...

Outstanding Tasks:
1. Projek I.
2. Projek Wisma.
3. Projek Spiral.
4. Projek ZS.

Thursday, April 30, 2009

Mari Berkarya - "Projek ZS"

Aku sedang mengusahakan penulisan sebuah kisah yang berkonsepkan sains fiksyen. Lakaran cerita ini masih dalam peringkat awalan. Pada masa ini aku kenali ia sebagai "Projek ZS". Aku perlu fokus dan serius untuk pastikan ia berjalan dengan lancar dan tidak seperti projek CBDS aku yang tergantung pada beberapa tahun yang lalu.

"Projek ZS" ini fokus kepada satu pertubuhan... opsss, aku belum ada ringkasan cerita yang baik. Maaf. Yang pasti plot mula, plot klimaks dan plot penamat sudah ada. Cuma sekarang aku sedang fokus bagaimana nak perhalusi lagi setiap perantara plot2 utama ini.


Sedikit gambaran berkaitan dengan karya ini. Ianya sebuah kisah seorang lelaki yang dalam dilema dan bersekongkol dengan pihak antagonis dalam merealisasikan dendamnya...

Aku amat berharap sesudah karya ini siap kelak, semoga ia diterima oleh syarikat penerbitan untuk dicetak dan diagihkan kepada para pembaca kelak. Tak banyak yang boleh aku janjikan namun aku cuba yang terdaya untuk memberi pembaca satu kisah yang mencabar dan diseliputi pelbagai rasa hati...

Kajian terhadap "Projek ZS" ini masih dijalankan. Masih perlu banyak maklumat yang perlu aku kumpul utk memastikan informasi dan jalan cerita berjalan dengan baik dan mudah difahami para pembaca.

Wish me luck, friends...

Thursday, March 26, 2009

Delphi for PHP, Jafriyusrin, Wanita dan Pemuda UMNO dan Carta Pelayaran...


Minggu ini fokus aku kepada Unix, Delphi for PHP dan juga some PL/SQL exercises. Aplikasi Delphi for PHP adalah IDE yang terbaik dan berada di dalam kelasnya yang tersendiri.

Pelbagai komponen telah diwujudkan sejak aplikasi ini diperkenalkan bermula pada tahun 2007. Kalau tak silap aku, saudara Jafriyusrin yang memaklumkan kepada aku akan kelebihan aplikasi IDE ini memandangkan pembangunan laman web seringkali berjalan dalam jangkamasa yang agak lama berbanding perisian. Disitu, saudara Jafriyusrin cuba mengambil inisiatif mencari penyelesaian terbaik. Aku amat berterima kasih di atas nasihat dan peringatan beliau tentang hal ini. Jepp, walaupun dah lama tak jumpa kau bersama yati dan anak perempuan kau, aku tetap doakan agar kau sekeluarga berbahagia tak kira dimana juga kau orang berada.

Kini, Delphi for PHP di dalam versi 2 dan ianya masih belum menjadi IDE pilihan memandangkan kebanyakan php developer menggunakan tool-tool yang sudah sedia ada sebelum wujudnya Delphi for PHP. Pelbagai features telah diwujudkan dalam IDE ini dan integrasi Codegear dan Qadram Software telah menampakkan hasil-hasil yang baik dan output yang menakjubkan bagi pengguna Delphi for PHP.

Aku memberi sedikit perhatian terhadap perisian ini memandangkan client aku memerlukan interface yang serupa dengan software tetapi aplikasi masih dalam format web-based. Setelah aku kaji sedalamnya, aku fokus dalam pembangunan menggunakan IDE ini memandangkan ia memberi kemudahan yang pelbagai kepada aku dan ia mempercepatkan aku membangunkan web dengan baik. Insya Allah.

Aku masih mengkaji bagaimana untuk melaksanakan konsep frame memandangkan aku perlu copy-paste setiap kod MainMenu pada setiap page/module. Ini pasti merumitkan aku kalau ada 1 perubahan kecil pada kandungan kod MainMenu, aku kena adjust semua page yang terlibat dengan kod itu. Gabungan javascript dan PHP amat kritikal bagi memastikan ianya dapat dipermudahkan kelak.

Oh yer, aku ucapkan TAHNIAH kepada Datuk Shahrizat Abdul Jalil yang memenangi kerusi Wanita UMNO penggal 2008/2011 dan begitu juga kepada Khairy Jamaluddin yang memenangi kerusi Pemuda UMNO penggal yang sama. Semoga mereka senantiasa bersemangat dalam melaksanakan pelbagai tugasan yang diberikan. Perkasakan lagi bangsa Melayu di mata dunia. Selepas ini kita tentu menanti siapa bakal menjadi Timbalan Presiden UMNO memandangkan Dato' Seri Najib sudah mengosongkan jawatan itu dan menaiki takhta utama UMNO sebagai seorang Presiden UMNO yang diserahkan oleh Pak Lah dengan cara yang baik.

Pelbagai pesanan dan pantun yang diucapkan oleh perwakilan yang berucap di persidangan kali ini. Semoga semuanya mampu memberi semangat waja kepada semua pejuang Melayu di dalam UMNO untuk melaksanakan tanggungjawab kepada agama, bangsa dan negara.

Aku berundur diri dahulu. Ada banyak tugasan yang menanti aku. Beberapa hari lagi aku bercadang nak ikuti kursus membaca carta pelayaran. Walaupun aku takde kapal untuk dilayarkan, at least aku tahu serba-sedikit bab pelayaran di laut yang terbentang luas ini. Tenaga pengajar seorang yang berpengalaman dan merupakan seorang Master Mariner (kapten kapal).

See ya...

Tuesday, January 06, 2009

Jemputan Majlis Perkahwinan - 1 Februari 2009

Dikesempatan ini, PakLong ingin ucapkan selamat tahun baru buat semua rakan blogger PakLong kenal dan setia menjadi blogger di alam maya ini.

Sudah lama PakLong membujang dan kini sudah sampai masanya PakLong menamatkan zaman bujang di awal tahun 2009 ini. Semoga semuanya berjalan dengan lancar. Alhamdullilah, PakLong bersyukur atas nikmat yang Allah S.W.T berikan. Terima kasih.

PakLong berhajat sangat untuk menjemput rakan2 yang kenal atau kerap kunjungi laman blog paklong bagi menghadiri majlis perkahwinan PakLong bertarikh 1 Februari 2009-Ahad di Sitiawan, Perak. Clue ke rumah PakLong, betul2 area belakang Supermarket The Store di bandar Sitiawan (dulu dikenali Supermarket Fajar).

Semoga dengan kehadiran rakan semua menyerikan lagi majlis ini. Insya Allah.

Sila rujuk Images Kad Jemputan Dibawah untuk maklumat lanjut :-







p/s: Tarikh Akad Nikah dijangka 23 Januari 2009.


Regards,
PakLong.

Friday, December 19, 2008

Sibuk sikit dengan mcm2 hal !!!

Aku bakal stop kejap berBLOG sebulan dua utk pastikan urusan aku sehingga awal Februari berjalan dengan baik...

1. Kerja-kerja di opis masih ada yang belum selesai.
2. Tarikh nikah dah disahkan oleh tok kadi di johor.
3. Persiapan di rumah perempuan dan rumah lelaki (aku) senantiasa dilakukan.
4. Check rumah lama, cat semula dan mcm2 lagi kena check, pipe,pintu dan tingkap.
5. Nak discuss dgn tukang masak, (Bakal Haji) pakcik sorang ni.
6. Rewang dengan pakcik2 di taman.
7. Tunggu kad jemputan kahwin yg bakal siap dlm seminggu dua lagi.
8. Nak distribute Kad kahwin bersama emak dan adik.
9. Test pakaian pengantin di majlis perempuan dan juga di majlis lelaki.
10. Ulang-alik dalam seminggu ke johor dan ke perak kembali.
11. Pelamin di rumahku.
12. Telur rebus biasa atau nak upah buat telur pindang.
13. Plan honeymoon ajak emak dan adik sekali. Ronda2 makan angin dulu.
14. Berdoa pada Allah SWT agar semuanya berjalan dengan lancar.

YA ALLAH YA TUHANKU, TERIMA KASIH ATAS SEGALA PEMBERIANMU INI.
AMIN YA RABBAL ALAMIN.

p/s: Aku wish dulu SELAMAT TAHUN BARU PADA SEMUA KENALAN BLOGGER, ex-MARESMA TERENDAK, ex-AIUUM, ex-UUM Batch 97 to 2000 dan ex-KMKN (matriks UUM).

Friday, November 21, 2008

Al-Quran Pegangan hidupku...


Alhamdullilah... syukur aku masih dipanjangkan umur utk berblog dan senantiasa berada dalam kehidupan yang baik. Terima kasih kpdMu, ya Allah, di atas pemberianMu ini.

Al-Quran, khutbah jumaat tadi, khatib x henti2 berpesan agar senantiasa membacanya serta menghayatinya. Aku telah meninggalkan pembacaan Al-Quran sejak bbrp bulan ini disebabkan kekangan waktu kerjaku. Namun, aku sedar bahawa kitab suci inilah pembimbing hidupku. Aku rasa bersalah padaMu ya Allah. Aku akan kembali menyambung pembacaan Al-Quran dan senantiasa berdoa agar segala yang aku rancang berjalan dengan lancar dan diberi kesejahteraan dalam hidup yang penuh pancaroba ini.

Sunday, November 16, 2008

Ucapan buat diriku...

SELAMAT HARI LAHIR BUAT DIRIKU...
MAAF AKU TERLUPA YG HARI LAHIRKU SUDAH BERLALU...
9th NOVEMBER 1978 AKU DILAHIRKAN...
KINI AKU SUDAH BERUMUR 30 TAHUN...
ALHAMDULLILAH...

Thursday, November 06, 2008

007-Quantum Of Solace

Hari ini, 6 november 2008, aku pi nonton James Bond - Quantum Of Solace.

Selepas aku menonton filem berkenaan, aku dapati jalan citer agak simple dan ada pula tapisan-tapisan oleh pihak tertentu di Malaysia.

Filem 007 kali ini memang agak tergantung dipenghujungnya dan tidak tahu apa kesudahannya. Quantum Of Solace pun x diketahui kenapa namanya mcm tu. Kalau ikut pemahaman citer, Quantum suatu pertubuhan yang MI6 pun sendiri x tahu kewujudannya. Hahahahaha, kelam-kabut M dan staff2 MI6 mengenalpasti pertubuhan rahsia ini.

Boleh dikatakan filem ini adalah kesinambungan kematian Vesper, awek yg James Bond cintai. Dalam episod kali ini, penghujung citer, di negara rusia, beliau bertemu dengan agen yg mana dikatakan teman lelaki vesper. MI6 dapat tangkap agen tu hidup2. Maklumlah setiap kali ada agen jahat yg dikehendaki, James Bond akan bunuh mereka dengan sesuka hati.

Itu sahaja yg boleh aku komen. Kalau aku ni juri filem, kategori AKSI, aku berikan 4 dari 5 bintang. Kategori JALAN CERITA, aku berikan 2.5 dari 5 bintang.

Friday, August 22, 2008

hearing acoustic song while think something big...

One of my blogger's friend always got a good sense of humor and sometime got a lovely life around her. I know she is a good lawyer and lots of things need to be done, she still have a time to visit my site just curious want to know what had been happen in my current life. Thanks Raden.

Then, I had visit her blog and heard an acoustic song called "tercipta untukku". I love this song and had set into my Caller Me Tone (oh yeah, I'm using celcom's services). The charge for this song around RM3.50 and its very cheap just to let everyone hear that song while calling me.

Tomorrow I need to concentrate on some important examination. I do hope can settle this papers and get through again as what I had done and success for a few months ago. I just worried about something related in essay which I need to relate the current issues in our country. My expectation topics shall coming are electronic government, inflation, woman at working places, sexual harassment law, fuel price impact, healthy foods and heritage of malaysia. Wow, too many things to think and needed some readings to ensure I shall have some knowledge or input for that essay matter. The other papers, I wish can answer all the questions properly and lets hope I can gain something a good news for my future life. Insya Allah.

Ok, I need to find this Ungu's song (tercipta untukku). I'll come back next week.

Have a nice holidays for this weekend.

Friday, August 15, 2008

kerja dan kehidupan...

Sebuah kehidupan ini mempunyai pelbagai kerja yang perlu dilaksanakan. Kerja-kerja ini sudah tentu takkan habis kalau kita sendiri tidak plan betul2 dan sudah pasti kehidupan kita akan terkucar-kacir sedikit. Walaubagaimanapun, kadang2 bila kita plan tak semuanya menjadi, sebab itu sebagai umat islam, aku perlu percaya kpd Qada' dan Qadar. Semuanya ketentuan Allah S.W.T dan aku kena terima suratan takdir ini dengan hati yang terbuka.

This week is very tough for me. Too many things happen in my life. My sister "dipukau" by one Indonesian citizen in front of the supermarket and she lost almost her gold rings, bracelet, ear rings and many more (approximately RM4,000). Syukur, alhamdullilah, she safe with her 2 daugthers in the car. The person who had pukau her just asking her where is the Lottery number shop, after my sister said don't know, things strange happen. Maybe itulah ketentuan Allah S.W.T yang kita tak boleh nak elakkan. Let it go what ever that had been happen. After make a report to the police, I do hope she can forget all this horrible situation and proceed with her life. Kita hanya boleh berdoa dan berusaha dan selebihnya Allah S.W.T yang menentukannya.

Memudahan whoever do that to my sister shall get the punishment during his life or di akhirat kelak. Insya Allah.



Next week is my examination day. Lots of reading can help to justify any question raised during the exam.

That's all for this moment.

Tuesday, May 27, 2008

perkahwinan adik perempuanku, meza & pertunangan diriku

Video Klip dari kumpulan Spider mendendangkan lagu Selamat Pengantin Baru...



Hujung bulan May dan awal Jun tahun ini bakal menceriakan suasana dalam keluargaku walaupun ayahku kini sedang bertarung untuk melawan barah yang ada di paru2nya. Alhamdullilah, kini ayah aku meneruskan proses 4th cycle kimoterapi bagi memastikan sel-sel barah semakin mengecut lagi.



Pada 30 May 2008 (jumaat) jam 3pm, adikku, meza bakal bernikah dengan ashadi. Memudahan semuanya berjalan dengan lancar. Insya Allah, kenduri di rumahku (sitiawan) pada 31 may 2008 (sabtu) manakala kenduri di rumah pengantin lelaki pada 1 jun 2008 keesokannya di kuala kangsar. Saudara-maraku bakal berkampung sekali lagi dan kali ini harap semua pertalian yang jauh dan yg keruh menjadi lebih jernih. Tahniah buat meza dan ashadi. Semoga bahagia hingga ke akhir hayat. Honeymoon kat mana tu ?.



Sekitar 7 jun 2008 (sabtu), aku pula bakal bertunang dengan seorang gadis di negeri johor. Gadis ini pilihan nenek aku dan keluarga aku juga berkenan dengan dirinya. Semoga ikatan pertunangan aku kali ini kekal hingga ke jinjang pelamin. Bab nak berkahwin ni masih belum aku fikirkan memandangkan aku perlu fokus dalam kerjaya bagi merealisasikan perkahwinanku sendiri.

Berusaha lagi gigih...

Friday, May 09, 2008


Tatkala sesudah bersolat Jumaat di masjid Seri Manjung, aku terlihat gerai menjual dadih. Hmmm, mcm2 perisa. Aku beli 10 botol. RM10 melayang mcm tu je. Aku meneruskan perjalanan ke stesen bas Seri Manjung. Mencari teksi atau bas menuju ke Lumut (opis aku).

Tak sangka today sedang tenang2 mcm ni, tiba2 kunci keretaku tertinggal kat kereta kawan sepejabat. Maybe aku letak kat kereta dia kejap sampai terlupa nak ambil. Alhamdullilah, bila dah sampai opis, aku menerima kunci kereta ku spt sediakala.

Baiklah, aku nasihatkan rakan2 yg terasa nak makan dadih, jangan lupa lepas solat Jumaat, ramai2 kita makan dadih supaya segar minda tu. Hehehehehehe.

P/S : Dapat nengok Menteri Besar Perak yang baru. Semoga semuanya berjalan dengan lancar dalam pentadbirannya. Bagi aku tidak kira mana2 parti yang memerintah negeri ini, diharapkan mereka jujur dan beramanah dalam portfolio yang diberikan oleh DYMM Sultan Perak.

Monday, May 07, 2007

Forex Display module...

salam rakan2...

akhirnya aku mendapat ilham utk design Forex Display for BANK. from now most of bank harap2 mrk guna PLASMA TV (tested SAMSUNG 32") utk paparkan maklumat2 FOREX dll. x perlu lagi ELECTRONIC BOARD yang mahal-mahal. nanti x lama lagi boleh selitkan TV view functionality...cuma screen kena lebih besar la lagi.

next week akan dipasang pada salah sebuah cawangan bank di MALAYSIA ni. Insya Allah. thanks to that BANK for giving our company PELUANG sebegini.

:D

p/s: rakan2 BANKER yang nak review this system, jangan malu2 call me di ofis bangi (03-8926-9089) atau di manjung, perak (05-687-9978).

~frontliner~

Friday, April 20, 2007

kl transit...terkenangkan full house drama...

Salam rakan2 blogger,

pakLong banyak berpandukan pelan KL Transit ini utk kemana-mana area KL dan Selangor. It means a lot to me. Thanks pada yang melukiskan pelan yang baik ini. Semalam pakLong naik komuter & putra utk ke Taman Melati from UKM station bersama dikZul (formerly known putera)..hehehe...formerly ker...currently known putera... Kami ke sana bertemu Encik Suhailan & Syed Faiz. Makan2 nasi & kerang rebus/bakar (tak sure) di area Gombak.

Oklah, pakLong nak beransur diri dahulu. pakLong akan balik ke Perak pada 27/04/2007 (jumaat malam sabtu) utk join semua staff VSS dalam aktiviti Futsal inter-staff...


Sesambil balik naik KTM komuter ke UKM, pakLong teringat drama korea...takde kaitan pun dengan mana2 keretapi transit ni. Cuma lagunya yang always remind me betapa gembiranya hidup kalau kita buat ia gembira. Paparkan sikit pose yang menarik from Full House.


See ya...ada pantun sikit, "buah cempedak diluar pagar, jom makan buah cempedak kat luar pagar"...

Thursday, April 19, 2007

Sunway Piramid, EYE on MALAYSIA & rindu pada neesa...

Yati, Fitrah & Jepp/Betto di Sunway Piramid.

Fitrah, Jepp/Betto & Yati di EYE on MALAYSIA, Taman Tasik Titiwangsa...


Salam rakan2 blogger, baru2 ini, pakLong follow Jafriyusrin aka BETTO, isterinya, YATI dan anaknya FITRAH menjenguk SUNWAY PIRAMID & EYE on MALAYSIA (RM 15/Adult) di Taman Tasik Titiwangsa. Nice view there. Ingatkan pakLong nak masukkan image TICKET naik gondola EYE on MALAYSIA tu, apakan daya, pakLong ter-ter-ter...dlm mesin basuh. Faham2 je la bagi yang rajin membasuh pakaian. Sorry YATI. Apapun, pakLong paparkan image keluarga yang bahagia & saling memahami. Moga mereka bahagia sehingga ke akhir hayat. Insya Allah...


neesa (anak saudara pakLong)

Bila pakLong melihat image neesa yang adik pakLong MMS semalam, rindu rasanya pada anak saudara pakLong yang disayangi ini. Chaaaa...pakLong akan balik nanti. Cha jangan nakal2. Tolong emak dan ayah cha kemas2 rumah baru. Cha suka tak bola cahaya yang pakLong belikan di AQUARIA (RM26/Adult), KLCC. Nanti cha besar, pakLong bawa cha pi KLCC ngk ikan2 yang UNIK.... Salam buat cha sekeluarga. Jangan lupa peluk cium buat cha...hehehehe.