Showing posts with label cybernovela. Show all posts
Showing posts with label cybernovela. Show all posts

Thursday, April 30, 2009

Mari Berkarya - "Projek ZS"

Aku sedang mengusahakan penulisan sebuah kisah yang berkonsepkan sains fiksyen. Lakaran cerita ini masih dalam peringkat awalan. Pada masa ini aku kenali ia sebagai "Projek ZS". Aku perlu fokus dan serius untuk pastikan ia berjalan dengan lancar dan tidak seperti projek CBDS aku yang tergantung pada beberapa tahun yang lalu.

"Projek ZS" ini fokus kepada satu pertubuhan... opsss, aku belum ada ringkasan cerita yang baik. Maaf. Yang pasti plot mula, plot klimaks dan plot penamat sudah ada. Cuma sekarang aku sedang fokus bagaimana nak perhalusi lagi setiap perantara plot2 utama ini.


Sedikit gambaran berkaitan dengan karya ini. Ianya sebuah kisah seorang lelaki yang dalam dilema dan bersekongkol dengan pihak antagonis dalam merealisasikan dendamnya...

Aku amat berharap sesudah karya ini siap kelak, semoga ia diterima oleh syarikat penerbitan untuk dicetak dan diagihkan kepada para pembaca kelak. Tak banyak yang boleh aku janjikan namun aku cuba yang terdaya untuk memberi pembaca satu kisah yang mencabar dan diseliputi pelbagai rasa hati...

Kajian terhadap "Projek ZS" ini masih dijalankan. Masih perlu banyak maklumat yang perlu aku kumpul utk memastikan informasi dan jalan cerita berjalan dengan baik dan mudah difahami para pembaca.

Wish me luck, friends...

Tuesday, December 04, 2007

cybernovela shall be back soon...CBDS-10

Salam to all my frenz,

CERPEN/CERPAN aku melalui alam cyber ini akan diAKTIFkan semula. Aku bukan pengarang yang baik cuma kalau aku ada idea-idea yang menarik akan aku cuba nukilkan melalui cybernovela aku itu.

Sebelum itu, aku amat berterima kasih kepada beberapa blogger yang masih menjenguk blog aku ini. Aku sebenarnya tak mengharap ada pembaca untuk blog aku ini. Maklumlah, bukan ada yang menarik pun dalam blog aku ini. Namun demikian, kalau ada kelapangan masa tu, baik jenguk2 cybernovela aku kelak. Sambungan chapter yang ke-10 akan diselitkan dalam bulan DISEMBER 2007 ini.

Sudah 2 tahun 3 bulan aku menyepi dalam mengolah kisah CEMPAKA BIRU DI TAMAN SALJU (CBDS) dan ianya membuat aku terasa macam buat kerja separuh jalan. Aku perlu yakin pada diri aku. Insya Allah, mana tahu kalau ada rezeki dalam bidang penulisan cyber ini. Hehehehehe.

Aku permisi dahulu, macam ada yang memanggil namaku kat pantry tu. "Yus, goreng pisang...cekodok...". Aku lantas bangun lalu meneruskan perjalanan ke pantry........


Wednesday, July 27, 2005

nun di sana mid valley

hi midvalley...

besarnya bangunan emporium ni. hebat2.
aku pergi menjenguk MPH book store. wow, kedai buku
yang terbesar pernah aku lihat. siap ada ruangan membaca.
aku sempat pekena big mac mengada GSC pulak tu.
niat di hati nak pi nonton tapi aku perlu pulang
untuk meneruskan kerja. dah jam 1.11am ni.
aku singgah cyber cafe kat kondo sri suajaya (company's rent it).
quite ramai gak people here. bangsa2 asing. ada african, arabian
dan tak dilupakan melayu (aku la tu) serta indian (owner cc).
syahdunya malam ni. cybernovela pun tak dapat dinukilkan.
sangkut kat part accident. idea idea idea....

Saturday, June 18, 2005

cybernovela : CBDS pt7

CEMPAKA BIRU DITAMAN SALJU
Watak : Man, Puan Sri Nora, Azrul, Zul, Ika, Arif, Tan Sri Halim, Mahadhir, Hana & Pemanggil Misteri.

...sambungan dari CBDS pt6...

”Membuatku terjatuh dan terjatuh lagi, lalalalala, kau buatku terjatuh dan terjatuh lagi. Hmmm...”, nyanyian spontan yang Man cuba dendangkan tika ini di dalam bilik bujangnya yang sudah lama tidak dijenguk. Kenangan lalu tergenak seketika dalam diri Man pabila melihat cermin di titipan tingkap di ruang hujung biliknya itu. Album bintang di surga dendangan kumpulan Peter Pan benar-benar mencuit hatinya. Man memperlahankan sedikit radio yang berada di hujung katil empuknya sejak berbelas-belas tahun dia berbaring di atasnya. Kampung yang sunyi dan tenang ini memberi segala ketenangan di dalam dirinya. ”Ika, aku tidak akan menanti kau. Engkau sudah menghancurkan harapan diriku. Perlukah aku menanti ?.”, kata hati man sambil melihat pemandangan luar dari ruang biliknya.

”Man, mari turun makan yer. Kejap lagi ayah kau pulang.”, kedengaran suara ibu yang menyuruh anaknya turun ke bawah untuk menjamu selera di waktu tengahari. Man, masih menyendiri dan mengelamun. Dia tidak sedar ibunya memanggil-manggil. Hampir 30 minit Man menanti ibunya, yang pasti perut Man berbunyi-bunyi menanti untuk memakan masakan ibunya yang hampir 2 tahun tidak dijamu sejak dia bersengketa dengan ayahnya, Tan Sri Halim. Pintunya tiba-tiba diketuk dan Man terkejut seketika dan menuju ke pintu biliknya. ”Ha Man, mama ingat Man tidur tadi. Jenuh mama panggil Man tadi. Mari turun bawah yer. Ayah kau pun baru sampai.”, kata Puan Sri Nora kepada anak sulungnya. ”Baiklah mama, nanti Man turun. Oh yer mama, malam ini Man hendak berangkut pulang ke KL. Esok nak mula kerja semula.”, Kata Man kepada mamanya. Puan Sri Nora tampak kecewa dan sedih kerana tidak berpeluang hendak meluangkan masa bersama anaknya. Walauapapun, dia faham situasi dan matlamat anaknya. Tidak sekali-kali menghalang cara hidup anaknya. Asalkan pandai menjaga maruah keluarga sudah memadai baginya.

[penulis cybernovela terlelap seketika].

”Zul, kau kemana sejak akhir-akhir ini ?, puas aku cari kau.”, tanya Azrul kepada Zul. ”Aku tak berapa sihat la Rul. Oh yer, bagaimana dengan kerja kau ?”, jawab Zul dan tangkas memberikan soalan berkaitan dengan kerja Azrul. ”Ni la yang aku nak ajak kau sekali ke office tu. Aku ingat nak lantik kau sekali sebagai Eksekutif Pemasaran disitu. Kau nak ker. Aku start kerja esok. Jomlah...”, ajakan Azrul kepada teman baiknya sejak mula kenal masa study di UK dahulu. ”Tak kot Rul, aku dah dapat tawaran di salah sebuah syarikat di Sarawak. Aku baru jer terima offer mereka tadi. Maafkan aku yer Rul.”, jawab Zul dengan nada yang berkecil hati sedikit. ”Merajuk sampai ke Sarawak ker Zul ?”, tanya Azrul dengan niat ingin tahu selanjutnya. ”Bukan macam tu, aku ingin bekerja di tempat yang berdekatan dengan keluarga aku.”, jawab Zul dengan harapan dapat meyakinkan Azrul. Dia tahu berpisah dengan Azrul adalah salah satu perkara yang sukar kerana Azrul telah banyak membantunya tidak kira semasa study mahupun semasa dia kesempitan wang untuk membayar yuran sewa rumah dan macam-macam lagi. Inikan pula Azrul ingin menawarkan dia untuk bekerja dengan dia. Mungkin Azrul terlalu percayakan dia dan sudi menjadikan rakannya sebagai seorang yang berjaya suatu masa nanti. ”Oklah Zul, aku pun takleh paksa-paksa kau. Oh yer, Abang kau bagaimana ?. Dia pun join sekali ker tinggal kat Sarawak.”, jawap dan tanya Azrul sekali lagi. ”Abang aku dah sihat, dia akan keluar hospital petang ni. Dia tak ikut aku sebab life dia sudah bertapak kat KL ni. Rul, aku nak pi jemput abang aku kat hospital. Nanti yer kita sembang-sembang. Bye.”, kata-kata Zul yang terakhir lalu meletakkan gagang telefon rumahnya.

Ika masih menanti seseorang yang tidak pasti kenapa dia sudi bertemu dengannya. Ika amat kecewa dengan sikap Man yang sudah berminggu tidak menelefonnya or even sms. Mungkinkah Man sudah melupakannya. Kita pasti akan mengetahuinya kelak. ”Hi Ika, sorry buat Ika tertunggu-tunggu.”, soal Arif. ”Baru 5 minit tunggu. Tak mengapa. Ika tak kisah sangat. Selesa yer tempat ini, Arif selalu kemari ker ?”, tanya Ika dengan senyuman yang menawan. Aduhhh, rapuh hati orang-orang business kat situ melihat gadis yang anggun ini. Ika perasan akan situasi itu namun tumpuannya hanyalah kepada seorang jejaka muda yang agak terkenal dengan gayanya. ”Wow, you look smart today.”, Ika mengerlip sambil menatap wajah Arif. ”Well, it’s me. Sejak daripada dulu kenalah lihat bergaya agar ramai yang mendekati. Hahahahaha. Ika pun apa kurangnya. Menjadi tumpuan kat sini”, lawak sinis Arif kepada Ika. ”Ada-ada saja Arif ni.”, Ika tersipu-sipu mendengarnya. Mereka menjamu selera bersama sambil Arif menghulur sejambak bunga ros merah. Ika kelihatan menyukainya dan memberikan ucapan terima kasih. ”Kejap yer Ika, i got a call right now”, pinta Arif kepada Ika.

”Assalammualaikum Arif”, kedengaran suara lelaki. ”Waalaikumussalam Tan Sri”, jawab Arif kepada Tan Sri Halim. ”Esok anak saya akan memulakan tugasnya. Dia akan mengambil-alih urusan di KL dan kertas kerja awak boleh dibentangkan kepada dia nanti. So, tolong beri tunjuk ajar kepada dia dan pastikan your working paper memberansangkan dan boleh dilihat mampu tingkatkan matlamat company nak kembangkan business di europe. Good Luck.”, pinta Tan Sri Halim kepada Arif. ”Insya Allah Tan Sri, saya akan cuba yang terbaik dan akan memberikan kerjasama kepada anak Tan Sri.”, jawab Arif dengan nada yang terhela nafasnya sebab berkemungkinan peluangnya cerah. Mereka menamatkan panggilan dan Arif meneruskan lunch date dia bersama Ika.

Tit tit tit tiiiiiiii, BOOM. ”Woi, tak nampak ke orang nak keluar parking ni ?”, gertak seorang lelaki yang keluar daripada kereta wira merahnya (masihkah ingat watak ini di CBDS pt 2). ”Maaf yer encik, saya tak sempat nak brake dan sedang menerima panggilan tadi. Sorry again.”, jawab seorang gadis yang comel dan berambut panjang mengurai. ”Hmmm, ok, ok. Nasib baik calar sikit. It’s ok. Lain kali jangan buat lagi.”, jawab dan pinta Mahadhir. ”Perghhh, lawanya awek ni. Siapa agaknya ?”, kata hati Mahadhir. ”Encik err, kalau nak minta ganti rugi, hantarkan bilnya ke alamat saya. Ini kad saya.”, tanya Hana. Hana kelihatan terpikat juga dengan lelaki tu. ”Nama saya Mahadhir, cik pula.”, jawab Mahadhir dengan selamba dengan niat nak berkenalan. ”Awak ni, kan nama saya ada pada kad itu. Ish ish”, jawab Hana dengan keadaan malu-malu sebab Mahadhir seolah-olah tak berganjak memandang wajahnya. ”Opss, sorry. Panjang sangat nama ni, ada nama timangan ker ?”, pinta Mahadhir. ”just call me Hana.”, Hana menjawab sambil hulurkan salam dan mengharapkan perkenalan ini akan berjalan dengan baik. Mahadhir tanpa segan silu menghulurkan tangan kanannya untuk berjabat dengan Hana. ”Ok, i got an urgent meeting right now, boleh kita jumpa lain kali. Ok. Nice to meet you and sorry again.”, kata Hana sambil bergegas masuk ke dalam keretanya. ”Ok, Hana, see you soon”, Mahadhir melambai Hana yang berada di dalam kereta dan semakin kelihatan jauh pergi daripada matanya. ”Wow, dapat juga kenai sorang awek, boleh bawa jumpa emak aku kat Lekir suatu masa nanti.”, hati Mahadhir berkata-kata pada dirinya dan sedang dalam perjalanan ke Lekir, Perak untuk menemui keluarganya yang sudah lama tidak ketemu. Walaupun masih banyak tugas yang ingin dia lakukan di studio namun dia tidak akan sesekali melupakan ibunya yang tinggal di kampung.

”Assalammualaikum Man”
”W’salam. Siapa ni ?”
”Man, kenapa sudah lama tidak call ?”
Man menerima panggilan daripada seseorang yang dia tidak kenali......Pemanggil Misteri. Siapakah dia ?

...ikuti sambungan CBDS pt8...

message from ticnube @ anis



"alahaii yus..jgn lah kate watak lelaki tuh adik si man nih..x mo lah...klu arif ok lah...klu man pon ok..jgn abang kasim sudah.. watk pompuan mesti lh ika kan..kan..x kn hana kot...x pon mak datin tuh.. hehe xkan kot"

I got this message from one of my blog's friend. apapun i'll try to minimize my CyberNovela : CBDS pt 7 into the best stories in this cyber. even though i know this story not atrract many internet blogger/surfer, but it will make them happy/sad/surprise and so many feel while reading.

Have fun.... And keep waiting on CBDS pt7.
Insya Allah, it will publish today.

wink2 to all my friends.

Sunday, February 27, 2005

cybernovela : CBDS pt6

CEMPAKA BIRU DITAMAN SALJU
Watak : Abang Kasim, Ain, Encik Khairul, Man, Zali, Azrul, Hana, Ika & Puan Asmah.

...sambungan dari CBDS pt5...

"Siapa la yang aniaya hang ni kasim. ala kasim kesian aku nengok kau ni", luah dan tanyaan bertalu-talu hadir di kelopak cuping telinga Abang Kasim di petang sewaktu rakan-rakannya melawat beliau. Bagaimana harus dia menjawabnya atas sebab apa dia diperlakukan sedemikian malam semalam. Siapakan Ain itu dan apakah yang dia telah lakukan pada Ain tu. "Entah-entah Ainul Hazriah, dia sahaja yang memungkinkan aku dihentam sebegini. tak guna punya Zali. Takkan disebabkan Ainul tu sahaja, kau sanggup upah 4 orang tegap untuk sangap aku. Tergamak kau yer Zali. takpe, ada ubi ada bas, ada hari boleh aku balas.", kata-kata Abang Kasim dengan penuh semangat seperti Shell Vortex (promosi lebih).

"Hello Man, kau masih di kampung or kat KL ni ?.", soal Encik Khairul melalui panggilan telefon kepada Man. "Still at kampung la. Ada apa hal Encik Khairul ?.", tanya Man semula. "Begini, Abang Kasim kita dah kena sangap dengan sekumpulan lelaki. habis semua badan-badan dia lebam disepak dan ditumbuk last 2 night. Abang Kasim bediam sahaja tapi ada juga aku dengar daripada member yang solek-solek ni, mereka kata ni sebab Ain.", penjelasan Encik Khairul yang padat dan amat tepat. cehhhh. "Dah buat laporan polis ke ?.", tanya Man lagi dengan rasa terkejut dan sedikit terkujat di meja tamunya. "Sudah Man, itu sebab mereka duk dengar Abang Kasim duk sebut-sebut nama Ain, siapa dia tu ?, kau kenai ker ?.", soal Encik Khairul dengan nada ingin tahu lagi. "Tak kenai, takpelah Encik Khairul, saya ada hal sikit nanti balik saya jenguk Abang Kasim. ", jawab Man dan mereka menamatkan panggilan dengan memberi salam antara satu sama lain.

"Hehehehe, kan dah kena. Abang Kasim ni pun satu, aku dah cakap jangan buat pasal.", getus dan gelak kecil Man memberi petanda yang Man memang kenal Ain itu siapa dan siapa yang mengupah orang memukul Abang Kasim. "Takpe Abang Kasim, aku tetap doakan kau agar berjaya memperkenalkan adik kau untuk si Ain tu. Si Zul pula entah apa-apa, sibuk dengan Hana jer.", kata hati Man memberikan satu petanda yang mana adik Abang Kasim ialah Zul yang mungkin kawan rapat sekuliah dengan Azrul iaitu adik Man. Segalanya berpusing di line yang sama. tada.... "Relax Abang Kasim, semoga kau cepat sembuh, teruskan usahamu, chaiyo, chaiyo.", mesej SMS yang dihantar Man kepada Abang Kasim yang tersadai di wad hospital.

"Yo Rul, malam lusa ada majlis birthday mama aku, jemput datang yer. Oh yer awat Zul tak jawab call aku yer ?. Dia merajuk ke pasal aku luahkan segalanya tentang kita", jemputan dan tanyaan Hana kepada Azrul melalui telefon bimbitnya. "Hi Hana, Zul ada hal kecemasan sikit. Dia nampak ok jer ?. Lagipun best man win.", tawa dan jawapan Azrul yang mana kita ketahui sudah yang Hana dan Azrul rupanya bercinta antara satu sama lain namun tidak pernah diperjelaskan pada Zul. Tambahan pula Zul sudah tidak keruan kerana abangnya dipukul orang. "Ok, i'll come and hopefully you will introduce me with your family. Nite Hana", Azrul menamatkan panggilannya dengan Hana. Lalu Azrul cuba membuka komputer ribanya dan cuba-cuba mencari ruangan internet merchandise. Dia perlu memberi sesuatu yang menarik buat Datin Latifah. Sambil mencari-cari hadiah yang sesuai, mata dia tidak lelap mengenangkan gadis yang bernama Ika. "Perghhh, aku harap dia pergi ke birthday party tu. At least aku boleh kenai dia lagi. Hmmm, tentang Hana aku boleh adjust kemudian. hehehehe.", soal dan cadangan hati Azrul kepada dirinya. Azrul ini mempunyai watak yang berbeza dengan abangnya. Walaupun dia hanya anak angkat dalam keluarga Man namun dia tidak pernah dianggap sebegitu. Ibubapa Man amat sayangkan Azrul dan sebab itu Azrul sahaja yang dapat meneruskan niat ayah Man untuk memajukan perniagaan keluarga mereka.

"Ika, kenapa termenung ni sayang.", soal Puan Asmah kepada anaknya yang termenung panjang di tepi kolam renang rumahnya. "Ika rasa dipaksa yer nak berkawan dengan Ariff. Mama tak kisah tapi Ariff ini seorang lelaki yang baik dan bersopan-santun. Kerjaya pun ada masa hadapan. Mama tak mahu anak mama hidup susah di masa mendatang." , luahan Puan Asmah kepada anaknya. "Tak mengapalah mama, Ika tak fikir hal tu sangat, Ika cuma rasa letih sangat. Petang tadi sehari suntuk Ika jalan-jalan kat KL. Ika masuk dalam dulu yer mama, Assalammualaikum.", pinta Ika kepada Puan Asmah. "W'salam. Hmmm, ada sahaja alasan yang nak diberi bila sebut hal-hal ni. Ika, Ika.", getus hati Puan Asmah yang senantiasa cari peluang untuk memastikan rancangannya berjaya. Ika memasuki ruang biliknya. "Kenapa yer hatiku tetap tidak tenteram sejak melihat Azrul. Adakah dia sudah menambat hatiku. Ish, dia tu kawan Hana. Entah-entah dia boyfriend Hana. Ish, Ish, jahat aku ni.", hatinya meluahkan sesuatu yang entah kenapa dirinya berfikiran sedemikian tanpa melibatkan diri Man. Bagaimanakah pergolakan cinta yang Ika alami ini. Man, Ariff dan kini Azrul. Siapakah sebenarnya yang Ika mahukan. Kenapa Man diperlakukan sedemikian. Ariff pula tidak kurang baiknya dan Azrul seorang yang amat kacak dan menabur matanya dengan segala keindahan yang ingin dia alaminya sejak daripada dahulu lagi.

Segalanya pasti akan terungkai dalam bab-bab seterusnya.

...ikuti sambungan CBDS pt7...

Thursday, February 24, 2005

cybernovela : CBDS pt5

CEMPAKA BIRU DITAMAN SALJU
Watak : Ika, Azrul, Zul, Hana, Abang Kasim, Encik Khairul, Sekumpulan Lelaki Jahat & Ain.

...sambungan dari CBDS pt4...

Segalanya sudah menjadi baru bagi Ika sejak dia meloloskan diri dia daripada permintaan ibunya dan juga permintaan hatinya. Mungkin dia harus akur pada salah satu keputusan sebab Man pernah berkata. ”Ika, sekiranya kita tidak dapat hidup bersama. Man akur dan amat berharap agar Ika jangan bertegang-urat lagi dengan mama Ika. Just let it go dan terima keputusan mama Ika. Man tak kisah dan Man memang tak mahu sebab Man maka Ika berpisah-pisah dengan family Ika. Man ni orang susah dan sudah biasa dengan caci-maki orang. Selamat tinggal Ika...”, itulah kata-kata terakhir yang Man tujukan pada Ika sebelum Ika membuat keputusan meninggalkan semua perkara dan urusan kerjanya dan pergi ke UK untuk menenangkan fikiran dan tambahan lagi dia masih belum mengambil sijil-sijil yang berkaitan dengan pengajiannya semasa di UK. Ika masih menanti di balai menunggu KLIA dan nampaknya mama dan papanya masih belum sampai. ”Hmmm, mana pula semua orang no. Hari tu kata nak jemput. Aku call tapi takde siapa yang angkat. Hairan juga.”, hembusan kata-kata yang kurang berpuas hati terlahir daripada mulut Ika.

Dengan tiba-tiba seorang lelaki mendekati Ika dan memperkenalkan diri. ”Hello, saya Azrul. Boleh saya tahu nama saudari ?”, suara yang kelihatan serius dan seolah-olah ia memberikan satu kelainan baru bagi Ika. ”Hmm, boleh tahan juga dia ni. Cehhhh.”, Kata kecil Ika di dalam hatinya. Nakal juga Ika ni yer. ”Kenapa perlu saya perkenalkan diri. Maaf, saya tidak biasa berbual dengan orang yang tidak dikenali.”, teguran Ika yang power tanpa rasa apa-apa salah. ”Kenapa ni Rul ?, kau kenal ker awek ni ?.”, sapaan Zul di belakang Azrul yang kelihatannya tersipu=sipu melihat Ika dan juga hairan melihat perwatakan Azrul yang berlainan sekali. ”Baiklah saudari, kalau tak mahu bagi nama, sudikah untuk saya hantar ke rumah or what ever it takes you . Boleh ker ?”, jemputan Azrul yang bernada rendah dan sungguh romantik. Seolah-olah Ika sudah memukau matanya menyebabkan sapaan rakannya Zul pun sudah tidak diendahkan. ”Oh sorry Zul, aku tak sedar tadi, saudari, kenalkan ini kawan saya Zul.”, Azrul terus perkenalkan Zul kepada Ika dan Ika kelihatan masih kehairanan dan kerisauan. ”Saudari, jomlah, janganla malu-malu. Ada seorang lagi rakan kami. Mana Hana ni ?, yo Rul, kau lepak sini dulu, aku pi cari mana Hana ni, sesat kot sebab dah bertahun-tahun duk UK tu hahahaha, Ulu Kelang.”, Zul meneruskan cariannya meninggalkan Azrul dan Ika.

”Maaf saudari, kawan saya tu memang sempoi dan kelakar sikit.”, Azrul mengerut dahi dan memohon maaf pada Ika. ”Azrul ni tunggu Hana, anak Datin Latifah yer ?”, soal Ika dengan rasa ingin tahu. ”Yeah, right. Bagaimana saudari boleh kenal Hana ?”, jawab Azrul dengan kehairanan dan rasa ingin tahu lagi. ”Oh, saya Ika, saya kenal Hana tu. Kami berkawan sejak kecil lagi.”, Ika menjawab dan meluahkannya bagaimana persahabatan kecilnya dengan Hana. ”Rul, apa khabar ?. Sudah lama tak jumpaaaaa. Wow, dah bertambah kacak.”, jeritan manja Hana mengurangkan sunyi antara Azrul dan Ika. ”Eh Ika, kau pun kat sini. Ha, ada apa-apa ker dengan Rul ?.”, kenakalan Hana masih sama seperti dulu. ”Taklah Hana, Ika kan sedang tunggu mama dan papa, lama sungguh mereka ni.”, Ika menjawab dengan tersipu-sipu. ”Arghh, tu pun mama dan papa, oklah Hana, encik Azrul dan encik Zul, saya balik dulu.”, Ika tergesa-gesa meninggalkan sekelompok remaja kacak dan comel dan terus kepada kereta. ”Oklah Hana and Zul, jom Rul hantar balik.”, ajakan Azrul kepada Hana dan Zul sambil memerhatikan Hana dengan perasaan ingin tahu siapakah gadis itu.

”Kasim, kau ada dengar khabar Man tak ?”, panggilan Encik Khairul menerjah ke telinga abang Kasim. ”Entahlah Khairul, aku pun cuba call dia dan nak tanya-tanya kenapa dia cuti 7 hari ni ?, dia jawab kat stesen puduraya dan nak naik bas.”, jawapan abang Kasim yang agak mengecewakan sikit Encik Khairul. ”Ok, kalau kau jumpa dia nanti, cuba-cubalah tanya apa masalah dia tu. Sejak hari tu, dia nampak macam kureng sikit. Lemah semacam jer.”, pesanan Encik Khairul. ”Ok bos.”, jawapan yang sinis oleh abang Kasim. Abang Kasim meneruskan jalan kakinya menuju ke restoran wira seafood. Entah bagaimana, tiba-tiba datang sekumpulan lelaki yang bertubuh sasa dan tanpa apa-apa salam terus menerjah tumbukan buku lima ke perut abang Kasim. Sehingga abang Kasim tersadung seketika dan bertalu-talu tumbukan dan sepakan diterjah kepada abang Kasim. ”Ingat, jangan ganggu lagi Ain. Ini amaran terakhir.”, tegas salah seorang yang memukul abang Kasim. Abang Kasim terpengsan disitu setelah mendengar kata-kata tegas itu. Selepas lelaki-lelaki gagah itu bergegas keluar daripada kawasan itu.Beberapa orang yang lalu-lalang disitu cuba membantu dan menelefon ambulans dan abang Kasim di bawa ke hospital. Siapakah Ain dan apakah hubungannya dengan abang Kasim sehingga menyebabkan dia dipukul tanpa belas kasihan. Watak Ain adalah satu watak baru dan ianya mungkin berkaitan dengan seseorang yang ada hubungan dekat dengan Ain. Adakah abang Kasim dapat diselamatkan ?. Mungkin segalanya ada kaitan dengan dokumen skrip yang ditulis oleh abang Kasim. Mungkinkah....

...ikuti sambungan CBDS pt6...

Friday, February 18, 2005

cybernovela : CBDS pt4

CEMPAKA BIRU DITAMAN SALJU
Watak : Man, Ariff, Encik Khairul, Tan Sri Halim, Chai Wee Chong, Datuk Ganesan & Farah

...sambungan dari CBDS pt3...

Man termangu seketika sambil mengemas semua alatan kamera di site pengambaran dan dia amat berharap agar Encik Khairul dapat memberi kelonggaran cuti 7 hari untuk dia menenangkan diri seketika. ”Encik Khairul, saya perlukan cuti 7 hari la. I got something to do, please.”, kata Man yang mengharap. “Fine, you got it tapi kalau kau tak menjelma lepas 7 hari tu aku suruh Abang Kasim jadi cameraman...”, senyuman sinis terpampang di wajah Encik Khairul. Segala kerja-kerja pengambaran terhenti seketika disebabkan macam-macam problem yang timbul namun Encik Khairul seorang yang berdedikasi dan sudah tentu ia pasti dapat jua diatasi demi seni filem anak melayu kat malaysia ini. “Man, aku dengar kau ada masalah sehingga nak mohon cuti 7 hari. Boleh aku bantu kau Man ?”, tanya Abang Kasim dengan nada yang amat prihatin sangat. ”Tak mengapa Abang Kasim, saya ada urusan sikit jer. Lepas 7 hari nanti elok la.”, senyuman tipu terlakar di wajah Man bagi memastikan Abang Kasim tidak teragak-agak akan situasi keadaan Man sekarang. Tiba-tiba poket Man bergetar, vibrant handphone Man bergetar. ”Hello...”, Man menganggkat handphonenya. ”Abang, ibu tanya bila nak balik ?”, Farah yang kini dalam tingkatan 4 yang berharap agar abangnya balik ke rumah di Johor kerana ibunya terlalu rindukannya ataupun mungkin ada sebab lain. ”Abang dah beli tiket bas malam ni ke Johor dan Insya Allah, sampailah abang yer dik.”, jawapan yang menggembirakan Farah dan ibunya. ”okey bang, jangan lupa belikan Farah hadiah yer ?”, pinta Farah pada abangnya. ”Mengada-ngada adik ni, oklah abang ada kerja ni. Kirim salam pada ibu dan ayah.”. ”Ayah kat KL la bang, dia ada mesyuarat katanya”, jawapan Farah sungguh mengejutkan Man. ”baiklah Farah, jumpa nanti yer. Bye.”, kata-kata terakhir sebelum panggilan ditamatkan antara Man dan adiknya Farah.

Man teringat kisah di mana dia tidak mahu menerima apa saja bentuk bantuan daripada ayahnya. Dia memang seorang yang suka berdikari dan dengan bantuan rakan-rakannya ke arah minatnya dalam dunia seni filem ini maka dia telah terkenal di kalangan ahli-ahli seni filem ini walaupun hanya dibelakang tabir. ”Baiklah, kalau itu yang kau mahu Man, ayah tak halang tapi jangan harap satu sen pun daripada ayah. Ayah mahu kau sendiri tahu bagaimana peritnya hidup kat KL tu tanpa segalanya. Sia-sia saja belajar kat luar negara dan kemudian nak jadi orang filem.”, tegas ayah Man yang terkenal dengan ketegasan dalam pekerjaannya. ”Arghhh, sekurang-kurangnya ibuku menyokong sudahla. Itu sudah memadai”, kata Man pada dirinya semasa memakai topi keledar sebelum meneruskan perjalanan ke rumahnya untuk bersiap-siap pulang ke kampung.

”Ariff, I think your proposal is not suitable for our company. Maybe you need to be more creative to ensure my requirements needed.”, luahan Tan Sri Halim yang kelihatannya tidak mahu menerima cadangan Ariff untuk memperkembangkan perniagaan Tan Sri Halim ke peringkat antarabangsa. “Saya datang jauh-jauh ini to hear the craps thing from you.”, Kutukan daripada Tan Sri halim sebegini memang memberi cabaran besar buat Ariff yang kini bekerjasama dengan syarikat Tan Sri Halim bagi tujuan memperkembangkan perniagaan ke USA dan UK. Pengarah-pengarah yang lain agak kaku seketika. Chai wee Chong, salah seorang pengarah juga merasakan luahan Tan Sri Halim itu ada benarnya dan hai adalah merupakan pesaing Ariff yang paling kuat di dalam syarikat itu. Namun Datuk Ganesan agak serba-salah disebabkan dia agak neutral dalam soal-soal business ini. Asalkan dapat untung sudah memadai. ”Baiklah, I give you two more weeks, if no improvement or new idea for what we had discussed before, We will do Chai’s way.”, “Chai, you get ready with your next presentation”, arahan Tan Sri Halim agak terlalu keras pada Ariff. Smemangnya Ariff dan Tan Sri Halim tidak pernah ada rasa kamcing antara satu sama lain. Sifat Tan Sri Halim memang serius dalam dunia perniagaan dan ianya tidak pernah kenal erti rasa simpati or what-ever yang related dengan makan-hati. Kasihan Ariff. ”Baiklah Tan Sri, saya cuba yang terbaik dan akan membuktikan yang cadangan saya dapat diterima oleh semua.”, Ariff dengan nada yang bersemangat meluahkannya di hadapan semua pengarah syarikat. Sebenarnya Chai juga pernah ditengking oleh Tan Sri Halim kerana sikap dan cara dia menjalankan urusan perniagaan syarikat sering cuai dan kadang-kadang menyusahkan semua jabatan di dalam syarikat. Sebab itu, inilah masanya Chai We Chong ingin membalas dendam pada Ariff yangs ering diperkatakan seorang pengarah muda yang berwibawa dan mendapat tempat di hati Tan Sri Halim. ”Ok, kita adjourned dulu meeting ni. I got to go back. See all of you in two weeks.”

Ariff masih terngiang-ngiang kata-kata pedas daripada Tan Sri Halim. Tan Sri Halim adalah seorang ahli korporat yang disegani dan beliau yang telah membantu syarikat arwah ayahnya ini agar senantiasa berada dalam keadaan stabil dan maju sewaktu Ariff masih belajar di UK. Arwah ayahnya Datuk Osman meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya dan sewaktu itu syarikat masih memerlukan pengurusan yang kuat dan Tan Sri Halim bersetuju membantu dan melaburkan duit yang banyak bagi memastikan syarikat rakan lamanya itu menjadi sebuah syarikat yang berjaya. Beliau juga tidak ragu-ragu untuk melantik Ariff dalam organisasi syarikat sebagai pengarah kewangan dan pemasaran. Walaubagaimanapun, Ariff masih memikirkan cara yang terbaik untuk 2 minggu lagi. ”Aduh, blur aku. Maybe aku perlu relase some tension sikit.”.

”Hello, Ika ker ni ?”, suara lelaki berkumandang di telinga Ika. ”Ya, saya Ika, siapa yang bercakap di telefon tu ?”, tanya Ika pada suara yang agak jarang dia dengari. ”Ariff la, anak Datin latifah, ”, jawab Ariff dengan nada yang agak perlahan. ”Ohhh, Ariff, how are you ?”, jawab Ika yang kelihatan gembira seketika. ”I’m fine, so, kat UK buat yer, bila nak balik Malaysia. Weekend shopping ker ?”, pertanyaan pada Ika menyebabkan Ariff merasakan selesa sedikit sesudah dihambur kata-kata pedas daripada Tan Sri Halim sejam yang lalu. ”Oklah Ariff, got to go dulu, I ada urusan seidkit kat UK ni, lagipun nak balik dah ke KL. Bye Ariff”, jawapan Ika dengan agak tergesa-gesa. ”Oklah, see you later. Bye.”, jawab Ariff dengan nada yang agak kecewa sedikit namun dia merasakan peluang untuk dia mengenali Ika dengan lebih dekat amat tinggi kalau dia lebih berani. Namun Ariff seorang yang agak sibuk dengan perniagaan menyebabkan dia jarang fikirkan soal-soal berkasih ini. “Aduhh, bebal betul aku ni.”, keluhan yang tidak bermakna daripada Ariff.

Daripada Puduraya, Man memandang sekeliling dan kelihatan stesen minyak Shell bertentangan dengan Puduraya agak sibuk dengan barisan-barisan kereta untuk mengisi minyak petrol tanpa plumbum. ”Pengumuman Ekspress Senandung, untuk perjalanan ke JB jam 9.30 malam. Semua penumpang harap berada di Platform 10. harap maklum.”, pengumuman daripada kaunter Ekspress Senandung menyebabkan Man terganggu seketika dan bersiapkan diri untuk ke platform 10. Sesuatu yang menarik mungkin akan menanti Man di sana ataupun hanya perlu mendengar luahan ayahnya yang sering mengguris hati.

...ikuti sambungan CBDS pt5...

Monday, January 31, 2005

cybernovela : CBDS pt3

CEMPAKA BIRU DITAMAN SALJU
Watak : Man, Ika, Abg Kasim, Encik Khairul, Halim, Datin Latifah, Hana & Ariff
...sambungan dari CBDS pt2...

”Man, lambat kau sampai. Director cari kau tu. Baik kau pergi jumpa dia cepat”, sapaan abg Kasim terhadap Man yang masih termenung seketika. Rupanya kata-kata Man tadi tidak didengari oleh abg Kasim. Mungkin abg Kasim agak sibuk dengan penanya untuk menulis skrip yang terbaik bagi filem berikutnya. Man meneruskan tujuannya untuk menemui pengarah baru yang dikatakan mampu menghasilkan filem box-office di Malaysia ini. ”Agak-agaknya bilalah aku nak jadi pengarah yang terkenal ni ?”, luahan dan pertanyaan diri sendiri oleh Man. Mungkinkah Man sedang mengalami satu ilustrasi kemajuan dalam hidupnya. Ia pasti rasa tercabarnya Man terhadap kata-kata pedas Puan Asmah terhadap dirinya semasa dijemput makan malam bersama keluarga Ika sebulan yang lalu. ”Ika, kalau setakat bercinta dengan jurugambar, alamatnya makan kamera sahaja la kau tu. Mak tak berkenan la dengan Man tu”, kata-kata puan Asmah yang sewaktu itu Man hanya dengar-dengar dari jauh. Pilu hati Man apabila seseorang merendahkan diri dia macam tidak berguna langsung kepada Ika. ”Man, kau dah siapkan filem untuk shoot today ?”, tanya pengarah yang terjerit-jerit kepada Man. ”Semua dah beres, assistant saya dah uruskan, don’t worry, bila-bila masa boleh shoot.”, jawapan Man dengan selambanya. Hebat juga Man dapat siapkan kerja dia walaupun masih berjiwang-jiwang memikirkan masalah dia dengan Ika.

”Tut, tut, tut, tut...”, bunyi ketik yang tak pasti di mana bunyinya. Ika meronta-ronta mencari suis lampu katilnya. Lalu Ika menyuluh di bahagia kanan katilnya. ”La, ada orang call rupanya. Hello, siapa ni ?”, tanya Ika sesudah mengangkat gagang telefon. ”Hey Ika, kenapa tak cakap yang Ika ada di UK ni ?”, jawab seorang perempuan yang kelihatan bahasanya agak berlainan daripada yang Ika kenal. ”Who is this ?, may i know.”, tanya Ika lagi. ”This Hana la..., takkan tak ingat dengan kawan masa kecil. Aduh Ika ni senang-senang lupa dengan Hana”, jawab Hana dengan pantas dan kelihatan macam ceria. ”oooo, anak Datin Latifah, hi Hana, Apa khabar kau sekarang ?”, Ika baru mengenalpasti siapa si pemanggil itu. ”aku sihat, kau pulak apa kes datang UK ni ?, study or just for pleasure ?”, soal Hana dengan bertalu-talu tanpa sempat Ika nak jawabnya satu-persatu. ”aku kat sini hanya makan-makan angin. Esok or lusa aku dah nak balik ke Malaysia. Sorrylah Hana sebab tak call kau, aku pun bukannya ada contact number kau kat sini. Sorry yer.”, Ika memohon maaf terhadap Hana kerana tidak menghubungi Hana sejurus sampai di UK pada minggu lepas. ”it’s ok Ika, aku pun akan balik ke KL around next month sebab aku kerap sangat dipaksa mama balik ke KL, kononnya nak jodohkan aku dengan seorang businessman kat Malaysia. Hehehehe, geli lak aku”, Hana kelihatan ceria berbual dengan Ika. Mereka menamatkan perbualan dan mengucapkan salam terhadap keluarga masing-masing.

Ika kembali termenung memikirkan kata-kata ibunya dan niat ibunya untuk memperkenalkan dirinya dengan Arif iaitu abang Hana. ”Adakah aku ini kejam mendiamkan diri daripada Man tanpa apa-apa berita buat dirinya yang terlalu aku sayangi. Aku buntu, ya Allah, bantulah aku untuk membuat pilihan bagi hidup aku yang seterusnya.”, kata hati Ika yang sungguh menyayat hati dan ianya amat memeritkan kerana Ika kini dalam persimpangan antara pilihannya ataupun pilihan ibunya. Bapanya tidak mungkin dapat membantunya kerana sibuk dengan kerja sahaja. ”Maafkan aku Man, aku tidak mampu berkata apa-apa pada masa ini”, teriakan hati Ika dan semoga Man dapat mendengarnya.

Segala yang diaturkan oleh Datin Latifah untuk parti harijadinya memang menarik dan terkawal. Semuanya dibantu oleh agensi katering yang sudah tentu mahal harganya. Berkemungkinan Datin Latifah berkehendakkan sesuatu majlis yang sempurna dan akan diingati oleh semua rakan-rakannya. ”Hello, Ariff ker ni”, panggilan Datin Latifah etrhadap anaknya Ariff. ”yes Mama, what’s up ?”, jawapan Ariff dengan nada yang kelihatannya sedang sibuk di pejabat urusan perniagaan Allahyarham Datuk Osman iaitu ayahnya. ”Kalau boleh Arif minta Hana percepatkan schedule flight dia nak return ke KL, mama nak dia pun ada di dalam majlis harijadi mama nanti, ok Ariff.”, permintaan Datin Latifah terhadap anaknya Ariff. Ariff merupakan anak sulung dan adiknya hanya Hana sahaja adik kesayangannya. Beruntung Hana mempunyai abang yang prihatin terhadap dirinya. ”baik mama, nanti Ariff cuba pujuk Hana balik awal sedikit. Mama janganlah risau. Ok, Ariff ada meeting ni, nanti kita sambung yer. See ya mama”, jawapan Ariff yang terpusu-pusu ingin menamatkan panggilan mamanya. ”Ish, budak ni. Sibuk dengan kerja, Ariff sekali-sekala call Ika dan tanya-tanya la khabarnya. Dia kat UK juga, esok or lusa dia balik la.”, teguran Datin Latifah terhadap anaknya. Setelah gagang diletakkan antara satu sama lain, Ariff terfikir kembali kenangan antara Ika dan adiknya Hana. ”lama sudah aku tidak ketemu Ika, bagaimana agaknya dia sekarang ?. tentu semakin cantik dan anggun macam dulu-dulu. hehehehe”, kata kecil hati Ariff yang merupakan salah seorang tokoh korporat yang berjaya dan tidak pernah sombong dengan status dirinya sebagai seorang yang berjaya dalam hidupnya. Baginya, kejayaan yang dikecapi sekarang adalah usaha semua staff di syarikat ayahnya dan tanpa mereka, siapalah dia untuk berjaya sehingga ke hari ini.

Suasana agak suram di kawasan pengambaran disebabkan semua menanti makan tengahari. ”Halim, mana lunch today ?. takkan bos tak taja kot.”, sapaan Abg Kasim terhadap Halim salah seorang pembantu produksi. ”kejap lagi sampai la tu, sabar la sikit yer bang”, jawapan Halim dengan nada manja. Nampaknya kebanyakan pengambaran hari ini tidak dapat dijalankan dengan lancar disebabkan Abg Kasim masih belum idea untuk menulis skrip untuk babak seterusnya. ”tuan direcktor, nampaknya kita kena ubah lagi skrip la. Org tu dah lapar. hahahahaha”, gurauan Man terhadap Abg Kasim. ”semua site pengambaran akan direview kembali berdasarkan skrip yang bakal ditulis nanti.”, tegas pengarah filem yang terkenal Encik Khairul. ”aduhhh, habis semua scene dan pelakon-pelakon kena datang and re-shoot back.”, luahan hati Man. Pengambaran tidak dapat dilaksanakan kerana beberapa orang pelakon tidak hadir dan suasana pengambaran kurang menarik. ”ni yang tak best kalau ada pelakon-pelakon yang takde disiplin ni”, tegas Encik Khairul dengan nada yang marah dan tension. Walaupun Man kepanasan dengan disirami cahaya terik mentari, namun dia tetap akur dengan kata-kata pengarah itu dan menerimanya dengan hati yang terbuka.

...ikuti sambungan CBDS pt4...

Thursday, January 27, 2005

cybernovela : CBDS pt2

CEMPAKA BIRU DITAMAN SALJU
watak : Man, Ika, Abg Kasim, Pemandu Kereta Wira Merah, Datin Latifah, Puan Asmah, Hana & Ariff

...sambungan dari CBDS pt1...

”encik, kenapa ramai mengerumuni kawasan tepi jalan tu ?”, tanya Man kepada salah seorang pemandu Kereta Wira merah yang kelihatannya macam asyik sangat mendengar lagu Cindai. ”aduh, aku tanya buat dek jer”, hati Man merintih. Kelihatan macam seolah-olah ada yang menarik berlaku di tepi jalan tu. Aku terus menyapa salah satu bahu orang yang berkumpul di kawasan itu. ”dik, kenapa ramai-ramai kecoh ni ?”, seorang budak lelaki yang tersengih sepoi-sepoi bahasa lalu berkata ”kat sini tadi ada eksiden, antara motor dengan motor, dua-dua yang bawak motor tak mahu mengalah”. Aduh aku ingat kebendanya. Baik aku cepat-cepat ke lokasi pengambaran.

”datin, rasa-rasanya kenapa bunga ini berwarna biru yer.”, pertanyaan puan Asmah, seorang isteri tokoh perniagaan yang terkenal kepada Datin Latifah. Kedua-dua mereka kini di kebun bunga yang agak terkenal di pusat bandaraya KL ini. Mereka melalui satu lorong di mana kelihatan pelbagai jenis bungan terutama yang menarik perhatian puan Asmah ialah bunga yang berwarna biru itu. Adakah ianya sekuntum bunga cempaka biru. Mungkin jua. ”bagaimana dengan study hana di UK ?”, soal puan Asmah kepada datin Latifah. ”hana ni pun satu, macam tak ingat dah Malaysia ni. Ada saja alasan bila nak suruh dia balik ke sini.”, jawab datin latifah dengan rasa agak berputus harap. ”oh yer, apa kata saya minta ika ketemu hana kat UK tu.”, cadangan puan Asmah. ”ika pun ada di UK ke ?”, sapa datin Latifah dengan nada agak terkejut. ”I ingat nak jemput ika ke party I next week, boleh kenal-kenal dengan Arif, lama dah Arif nak jumpa ika. Alahai, takde rezeki la kau Arif”, perasaan hampa kelihatan di raut wajah Datin Latifah. Kelihatannya puan Asmah tersipu-sipu dan meneruskan memilih bunga-bunga untuk taman bunganya di laman rumah. ”oklah datin, I ada hal sikit, jumpa lagi nanti di party you.”, celahan segera yang puan Asmah lakukan untuk memastikan masa dia tidak dibazirkan di kedai kebun bunga itu. Bagi puan Asmah, masa adalah emas dan amat bermakna buat dirinya dan keluarga secara khususnya.

Adakah itu satu petanda yang ika sudah melupakan apa yang telah berlaku antara dirinya dan Man. Man sudah tak tentu hala menanti dan sering menelefon ika. Namun tiada langsung jawapan dari diri ika. ”sampai hati ika, tergamak kau biarkan aku sebegini tanpa sebarang kata-kata sebelum kau ke UK.”, rasa sebak di hati Man semakin bertambah. Bagaimana semua ini mampu Man lakukan seorang diri tanpa kelibat sesiapa. Adakah perhubungan cinta Man sudah dicium oleh puan Asmah yang sememangnya Man sudah tahu akan perspektif yang diberikan terhadapnya. Sehebat mana Man pun, taraf adalah lebih penting dan puan Asmah lebih rela memilih Arif yang lebih berstatus tinggi dan dia sering memberikan pandangan yang positif di mata puan Asmah. ”teraniayakah aku sebenarnya, abg Kasim, saya perlu buat sesuatu sebelum ika menyedari yang dia sudah membuat kesilapan yang mungkin memebri impak besar dalam perjalanan hidupnya.”, permintaan dan harapan Man terhadap ika dan diberitahunya di hadapan abg Kasim.

Semoga semua yang diharapkan dapat berjalan dengan baik. Kenapa dan mengapa ika menyepi dan melarikan diri daripada realiti kehidupan masih menjadi tanda tanya dan selalu bermain difikiran Man. ”Walau sejauh mana engkau berada wahai ika, aku tetap mengingati persahabatan kita dan berdoa agar engkau bahagia sepanjang hayat.

[nantikanlah CBDS pt3 pada minggu hadapan...]

Tuesday, January 25, 2005

cybernovela : CBDS pt1

CEMPAKA BIRU DI TAMAN SALJU
watak : Man, abg Kasim & Ika
Tik tok tik tok tik tok , bunyi jam dinding itu semacam irama yang menyakitkan hati. Pandangannya tertumpu ke arah kerusi malas di tepi pintu biliknya. "Adakah aku yang malas seperti kerusi itu, atau kerusi itu yang malas seperti aku ", getus hatinya. Dia memandang kepada karat di kerusi itu. Sudah tua umur kerusi itu , tapi masih berjasa. Aku masih muda , masih banyak yang perlu ... ... ... [oleh Shio Ayano]

di sebalik jam carlo dan juga jam dinding, ada beza 15 minit disitu. "apakah beza antara aku dan ika ?, hembusan nafasku terhenti seketika memikirkan nasib hubungan aku dan ika. namun aku pasrah. aku menyiapkan diri. memakai jaket jurugambarku. aku ingin meneruskan aktiviti pengambaran bersama pengarah yang terkenal. "filem apa agaknya yang bakal dia nak buat kali ini ?", kata hatiku di hadapan cermin sambil menyikat rambutku yang ikal ini. cehhhh. sejurus selepas itu aku menerima panggilan daripada abg Kasim. abg Kasim merupakan orang yang penting dalam kerjaya aku sebagai seorang jurugambar yang berjaya. kalau tak masakan aku boleh pakai jam carlo ni.

aku termangu seketika apabila menerima panggilan daripada abg Kasim. "Man, semalam ada tak ika call kau ?. ika macam ada masalah la Man, better kau call dia.", tegas abg Kasim... . setahu aku semalam handphone akuline-nya clear segila-gilanya. aku takde lak terima apa2 call drpd ika. maybe sesuatu yang menimpa diri ika. aku menekan 012354xxxx. "arghhh !!!, awat time ni lak line ika out of service ?", aku kebingungan seketika. hilang lak mood aku nak pi kerja. aduh...

walauapapun, aku terus menggapai beg duit crocodile yang tak silap aku ada 5 keping not 100dan kunci motorku. aku merasakan tiada apa lagi yang lebih bermakna daripada mengetahui hal ika. ika merupakan gadis yang ku kenali beberapa tahun yang lalu. dia telah banyak merubah hidupku yang mana selama ini tiada arah tujunya. aku bersyukur kerana ika sudi menerimaku dan kenalkan aku kepada abg Kasim. ika amat bertuah kerana dalam hidupnya sering dipenuhi aktiviti yang sungguh menarik dan live.

ika adalah seorang gadis yang berjiwa besar dan ayahnya seorang tokoh perniagaan yang disegani. ika tidak bekerja dengan ayahnya malah dia tidak langsung terlibat dalam dunia perniagaan. ika lebih berminat terhadap bidang keagamaan. aku tak pasti bagaimana gadis sebegini mampu mencairkan hatiku sedangkan ramai lagi yang lebih cantik merapati diriku terutama di dalam bidang pekerjaan yang kini ku ceburi. aku pasrah. segala yang berlaku dalam hidupku hanyalah sementara. aku mengerti. namun aku merasakan tiada sebab utk aku meneruskan kesengsaraan hidup dan lebih baik teruskan sisa-sisa hidup yang ada sebelum aku dipisahkan selama-lamanya dengan dunia ini. aku tersedar dari lamunan dan terus memeras throttle motor harleyku. "perghhh, laju gak motorku ni, awek sebelah siap nengok jer... ", sinis hatiku mencelah. hmmm, aku kena slowkan motorku. nampaknya macam ada sesuatu dihadapan...

[akan bersambung...]