Tuesday, March 03, 2009
Monday, October 13, 2008
Help Me or Help Others !!!

There was a story reminds me for not looking at the back. "Past is past, let we build up the future together". The word came across in my mind. There was a boy who had asking his father about the relationship between the leader and the follower. His father answered very straight-forward. He said, "The leader is what you aim for your community, the followers are the people who implement the aim that had been set by the leader". This boy still blur for his father answer however he tell his father, he really hopes in future he will be the follower instead of the leader. The father ask why his son want to be a follower and why not aim to be a leader. His son give the touching answer, "I must be the follower before I can be a good and better leader for my future community". His father are very proud of his son's answer.
Last few days was my late dad's birthday, SELAMAT HARI LAHIR AYAHKU. Even he had passed away on 25th August 2008, I'm still feels that he always around us. We love you Dad. We will always remember you. Insya Allah.
I do hope my future life can be better than now.
Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Mengasihi dan lagi Maha Pemurah.
Amin.
Saturday, September 06, 2008
Monday, June 02, 2008
aku di tag...7 things about myself...

Hari ini, bila aku mengjenguk blog seketika, rupanya sudah di TAG oleh kenalan baru iaitu adik Shahlina yang entah di mana beliau berada.
Oh yer, aku x berniat nak TAG sesiapa. So, happy TAGGING...
7 perkara tentang diriku :-
Pertama : Aku senantiasa berdoa agar Allah memberi petunjuk kepada jalan kehidupanku yang penuh liku2 ini.
Kedua : Aku menyayangi keluargaku.
Ketiga : Aku menyintai bakal tunangku.
Keempat : Aku menghormati dan mengingati rakan2ku.
Kelima : Aku seringkali kecewa dalam sesuatu yang dilaksanakan.
Keenam : Aku mudah tersentuh hati apabila ada sesuatu yang menyayat hati.
Ketujuh : Aku peminat filem Hindi, Melayu dan Hollywood.
Itu sahaja dariku...
Monday, March 24, 2008
kdg2 susah hati...kdg2 terasa senang hati...
My father, his healthy still not in a good condition. After his first chimotheraphy. He still don't have an appetite to eat. I'm really sad about it & always admire my mother, how she sacrificed her life to take care my father. I love you both. I can't imagine living without the two of you.
That's all for tonight. Opss, 2.32am, morning...very early morning. Miss you neesa and leeya...I know the two of you going to KL. baliklah cepat, pakLong dah lama nunggu ni....
I'd completed 2 tenders in 1 month. That's new experience for me. Eventhough its not related with programming task, I'm still take that challenge to give me an experience formulating the tender pricing in a different ways as before. It works for me, I know and believe that my bos can help me more further in future.
Ok, next week, I'll be back at office on Wednesday & I need to settle down all the documentation related with the special project that had been assigned to me during my first month in this company. I'd been working in this company for almost 7 to 8 months. Its not easy but I believe I can do it and helping this company growth further.
Insya Allah.
Tuesday, October 10, 2006
Friday, July 28, 2006
ku kenang-kenang... ku gagan-gagan...
Hari ini sungguh nyaman je. Cuaca pun mendung2 je. Sudah lama tidak hujan kat area Manjung dan Sitiawan ini. Adakah malam ini akan berlakunya hujan gerimis. Aduhai hujan, kemanakah dikau. Hai hai haihai... Best pulak video klip pilihan aku ini. Chale Jaise... ewah. Kalau kau orang tak dengar tentu tak tahu apa yang best. Apapun, terpulanglah pd yg suka deny tak suka film hindi sedangkan hakikatnya mesti dilayan gak.
Aku belek2 gambar2 ikon-ikon utk bbrp module aplikasi yg aku bangunkan. Tertarik dengan gambar teropong tu. Teringat masa muda2 dulu di MRSM Terendak (91-95), aku pinjam senior punya teropong buat kerja amal. hahahahahaha. Harap2 senior aku tu tak baca blog aku ni. Maklumlah, kerja amal ni bukan selalu dibuat. Peluang hanya sekali seumur hidup. Kerja amal ni sungguh tak disangka-sangka ramai yg join. Maklumlah, nama pun AMAL.
Oklah, aku nak teruskan meng"adjust" ikon2 yg dijumpai ni. Wink2 to everybody.
Thanks to madir, masterjan, putera, ZZ, Kak Ros, MM, yus (maz-naz), masy, aida, ariannaku, jupry (indonesia), de5lin, tiara, juita dan yang lelain kerna melawat laman blog aku yg serba kebiruan ini (kata de5lin). hehehehehe. Opss, aku rekemenkan anda semua visit laman blog rakan baru aku namanya SYAHIZAD. Jejaka ni memang hebat. Kalau dia makan, mcm tak ingat dunia. Sorry ijad, aku kutuk kau kejap. smile always.
Thursday, July 20, 2006
Dateline 3x & ENDHORPHIN Ariana...

Manalah sempat utk aku menyiapkan semua pada malam ini. Namun esok aku akan cuba sedaya yang ada. Next week aku confirm bertapak di lokasi clients. Grrrrrr, tentu one of my bos duk merungut ttg aku. Maafkan aku. Aku masih berusaha nak siapkannya namun aku masih tercari-cari solutions terbaik nak setelkan system ni. kesian gak kat aku ni. Apapun, aku dah update latest SONGs tonite. SORRY BOS. I'm trying my best tonite.
Ariana Adrizal, one of my sweetheart dream lover could harm my heart TONIGHT by voice out about ENDORPHIN HORMONE. aku tercari-cari apa agaknya latarbelakang hormon ini. Tentu ada yang menarik.
ENDORPHIN ni ditemui kira-kira sejak 1975, masa tu aku belum lahir lagi tapi semua manusia dah ada hormon ini sebelum aku lahir lagi. hehehehehe. Ada 2 team yg duk jumpa hormon ini dimana satu di Scotland yg uji otak Khinzir manakala satu lagi di USA yang menguji otak Anak Kambing. Kesian gak binatang2 ini. Masa kat Scotland, mrk ni guna nama GREEK iaitu "enkephalins" manakala di USA mrk guna nama "endogenous morphine". Hmmm, nampak makin menarik lak sejarahnya. Oh yer, ni struktur utama hormon ini "Tyr-Gly-Gly-Phe-Met-Thr-Ser-Glu-Lys-Ser-Gln-Thr-Pro-Leu-Val-Thr-Leu-Phe-Lys-Asn-Ala-Ile-Ile-Lys-Asn-Ala-Tyr-Lys-Lys-Gly-GluOH ". Sukar nak faham tapi maybe Ariana boleh faham, maklumlah, org chemicals. Apapun, ahli2 sains masih berdebat tentang ujian2 ini memandangkan hormon binatang tak releven katanya for human. Apapun, ia juga dikenali NATURAL PAIN KILLER. WOW.
Ada 3 lagu menjadi pilihan hatiku khas utk Ariana dan friends yang lain. Actually aku tak kenai pun Ariana ni cuma perasaan hati rasa mcm kenai. Maybe somewhere in this world aku pernah bertemu dengannya cuma tidak pasti dimana. SO, dengarkanlah lagu2 drpd Atomic Kitten, Vengaboys & Vitamin C ini. Harap semua terhibur.
Nite Ariana & friends....
Thursday, May 18, 2006
nur aneesa amelya

anak comel ini namanya nur aneesa amelya. umur baru 6 bulan lebih. aneesa adalah anak saudaraku yang pertama dan sudah tentu menjadi cucu tunggal kpd ayah dan ibuku. tidak ku sangka adik perempuanku mampu melahirkan anak comel sebegini. aku amat sayang padanya, kalau tak dapat nengok sehari bagaikan tak lengkap hidupku. nasib baik la, emak dan ayahnya tinggalkannya di rumah ayah dan ibuku. boleh juga aku menumpang utk dukung dan main2 dengannya. alhamdullilah, semoga kehidupan aneesa senantiasa dikelilingi dengan ketenangan dan kebahagiaan. apapun, aku ternanti-nanti pula bila adik perempuan ku yang ketiga akan dipinang orang, leh gak dpt anak saudara yg kedua comel mcm ni. Takpun, adikku lelaki yg keempat kahwin dulu kot. yang penting semoga mereka dapat anak2 secomel aneesa. amin.
tentang aku, entahlah bila aku akan menemui jodohku. aku tidak mampu nak fikirkan soal ini lagi. banyak kali dikecewakan dan tak mungkin aku ingin hadapi kekecewaan lagi. lebih baik aku tumpukan kpd karier aku dan Insya Allah, memudahan aku dapat hidup di alam ini dengan lebih pjg lagi untuk melihat anak2 saudaraku membesar.
aneesa, paklong saya padamu.

senarai laman blog yang dilawati today :-
ako mustafa - http://friskybun.diaryland.com/
de5lin - http://delima.blogdrive.com
jan - http://masterjan01.blogspot.com
Tuesday, May 16, 2006
beratur & V-QUEUE

Beratur lama2 kalau berdiri kat bank ni buat perit diri je. awatlah pengurus bank ni tak tukar cara lama ni kpd konsep system pengkomputeran queue je. payah sangat ke nak kuar duit belanja. duit berjuta-juta. nampaknya kena marketkan produk V-QUEUE (sample dlm gambar di atas & dibawah yg ada gambar main bola keranjang). produk buatan MALAYSIA ni dibangunkan oleh Virtual Softnet Solutions Sdn Bhd (http://www.vss.com.my). Sykt ni memang unik, bermula drpd web/software development house dan skrg dikenali dlm bidang IT serta elektronik. Alhamdullilah, semua ni berkat usaha bos2 aku. KABIHAL VITANA KEHNA (aku tak tahu maksudnya, yg pasti ia petikan drpd lagu chalte2). khas buat bos2 aku.
Oklah, aku nak beransur diri. ada urusan yang penting perlu aku siapkan. dateline 2 weeks. Memoga dpt siapkan secepat mungkin. Nanti aku inform perkembangannya.
wink2 to all my friends.
hari ni aku lawat laman blog :-
1. basri (juara JURING I) - http://dugongsenyum.blogdrive.com
2. de5lin (finalist JURING I) - http://delima.blogdrive.com
Wednesday, February 08, 2006
skuter adikku...

Hampir 2 bulan aku tidak mengemaskini kisah2 hidupku. Maaf kerana buat ariana
dan yang lain2 ternanti-nanti. Tidak terniat nak tinggalkan blog ini mcm tu
sahaja. Aku agak sibuk sejak Disember 2005 hingga kini. Entah bila dapat waktu
yang terbaik untuk mengarang cybernovela aku tu.
Aku masih hidup dan akan teruskan mengemaskini blog aku. Bagi yang jarang2
ke sini, aku tak kisah pun. Yang penting, kau org happy selalu dan selalulah
berdoa kepadaNya agar hidup kita ini diberkatiNya. Insya Allah.
Wednesday, September 21, 2005
aduh sakitnya, gadis N dan wirawan...

hi friends,
last weeks on wednesday, i had stomach-ache and had been sent to emergency unit at
hospital to get better treatment by doctor or medical officer. aduhhh, sakit bangat.
i'm not so sure why. sampaikan aku kena buat ujian air kencing yang mengambil masa
3 jam sebab aku tak boleh nak mengeluarkan air kencing yang agak banyak disebabkan
before aku ke hospital, aku sudah melepaskannya dengan begitu banyak sekali. setelah
berjaya mengumpulkan dalam kuantiti yang sepatutnya (thanks to air teh ais yg sponsor
air kencing aku. hehehe), aku menanti keputusannya dan bertemu pula dengan seorg
doktor yang namanya F. doktor ni cantik orangnya. sejak pagi tu aku disuntik
sampai 2 kali. payah pula nak duduk. sakit kat perut aku masih melarat-larat gak.
risau juga doktor ni. then, she told me to go to radiation lab utk amik x-ray.
next appointment for x-ray aku esoknya. thanks doktor farah kerana meredakan sedikit
sakit aku dengan suntikannya dan senyumannya.
keesokannya, aku bertemu pula doktor Y. kelihatan sudah mengandung. lawa gak.
ada lesung pipit. aku memberikan slide x-ray yg aku dapat kat radiation lab.
alhamdullilah, aku bernasib baik kerana tiada apa-apa yang merungsingkan. namun,
atas sebab2 tertentu she ask me to go for urine test again. argggh. nasib baik
masa tu aku tak buang apa2 lagi sejak pagi tu. sesudah dilihat keputusannya, she
inform me to do check-up using ultrasound. just to get more confirm on her diagnosis
sebabnya mereka tak tahu awat punca sakit perut aku tu. next appointment aku
28/09/2005. aku usha2 doktor ni terus dapat MC 1 hari. dia pesan agar get some rest
dan jangan terlalu stress dalam kerja.
minggu ini, yesterday, aku ke shah alam bagi membincangkan hal-hal yang bersangkutan
dengan sistem maklumat hospital yang aku usahakan selama 2 tahun ni. nampaknya aku
kena kerja dengan efektif lagi untuk memastikan realisasi klien yang nak market
produk ini ke luar negara berjaya. Insya Allah. sakit2 pun aku ngadap hospital
dan tak sakit pun aku ke hospital mencari ilmu dan mengenali flow kerja2 di dalam
hospital swasta dan kerajaan.
Gambar ini di akses direct from blog Gadis N. Thanks...
aku terbaca kisah IN LOVE seorg gadis dikenali dengan N. dia mcm terasa diri dia
dipaksa oleh seseorg utk bercinta. aku harap si gadis N ini dapat membuat keputusan
yang baik untuk dirinya dan mampu hadapi semua ini dengan tabah. be strong. gadis N
seorang yang manis, simple serta mempunyai impian yang tinggi untuk dirinya dan
keluarga. kenapalah si jejaka ini asyik memaksa-maksa ye. tentu ada yang tak kena
dengan urat saraf jejaka tu. maafkan aku sebab berkasar sebegini. wahai jejaka
berkenaan, cubalah fahami perasaan org lain dan kenali kehendak diri yang sebenar.
tiada paksaan dalam percintaan. kalau org tak mahu jangan berputus asa teruskan
berusaha mencari dan terus mencari. jangan jadi mcm aku yang malas nak mencari lagi
pada ketika ini. fed-up betul.
Gambar ini di akses direct from blog Wirawan Terulung. Thanks...
utk WirawanTerulung, aku say thanks for concern about my story here. tak ramai yang
membaca blog aku. maklumlah, kisah aku bukanlah menarik sangat. apapun, aku doakan
wirawan menerima call daripada gadis REDUP tu. jangan putus asa wirawan. keep try.
cuba-cuba lepak kembali tempat yang pertama kali ketemu gadis REDUP tu. mana tahu
dia terhilangkan kertas tu dan menanti dirimu. wish you luck friend. hargai peluang
yang ada dan jangan sia-siakannya kelak.
buat gadis N, senyumlah selalu. senyumanmu membuatku tertawan. cehhhhh.
aku tujukan 3 buah lagu yang aku baru update melalui blog aku hari ini kepada
semua teman-teman blog terutama buat Gadis N, norra, coy, zie,
WirawanTerulung, ticnube@anis, aida, ariana, lapan, attiesya dan ramai lagi.
p/s: take care & selamat berkonvo buat semua graduan UKM 2005. TAHNIAH.
jangan risau, aku memang tak kenai sorg pun graduan2 UKM 2005 ni. yang penting
kau org semua happy and good luck for your future. wink2.
Saturday, August 27, 2005
mawi & merdeka
today aku menukar lagu2 dalam senarai My Listen. today aku perdengarkan lagu Numb drpd Linkin' Park, gwen stefani untuk lagu hollaback girl dan juga DVa untuk lagu Aku, Dia dan kamu. selamat mendengar buat semua.
entah kenapa bila aku mendengar mawi menyanyi lagu aduhai saliha ia mampu menggegarkan dunia artis lelaki di malaysia ini. sudah lama artis lelaki tidak mampu mencapai kejayaan sebegini. ia bukan kerana populariti tapi ia kerana penerimaan yang terlalu drastik terhadap seseorg yang sebegini. Mawi, dirimu bertuah, kau mampu lebih maju drpd skrg. kau boleh menjadi lagenda seperti allahyarham tan sri p. ramlee. Insya Allah. janganlah hancurkan harapan kami semua. kau pasti lebih berjaya lagi kalau dirimu tekad dan teguh. kalau kau tak baca blog aku ni pun tak mengapa. namun aku disini menyokongmu. cepat2la keluar album.
hayatilah video klip ini : ADUHAI SALIHA
have fun to all my friends in this WORLD.
the WORLD is not enough without all of you.
Monday, August 15, 2005
menanti dan dinanti !!!

Hi,
Penantian yang lama memungkinkan seseorang itu tertanya-tanya kenapa dan mengapa berlaku hal sebegini. Kadang-kadang bila aku fikirkan semula, ianya bukan disebabkan waktu tetapi satu keadaan yang tidak dapat dielakkan. Entah kenapa bila kita kenang-kenang seseorang itu, ia membuatkan kita rasa resah, sedih dan some senyuman sinis. Apabila wujud keadaan sebegini, sudah tentu semua perkara dalam kehidupan kita tidak dapat berfungsi dengan baik. Yes, right. Itulah yang berlaku kepada diriku. "Lihatlah ke dalam mataku, cintamu bertakhta di hati...", salah satu lirik lagu yang dinyanyikan Farah Dhiya.
Oklah, aku nak beransur diri sesambil menanti seseorang yang entah di mana dia berada. Mungkin ada atau mungkin tiada.
Wink2 to everybody...
Sunday, July 24, 2005
layout baru
aku mengubah antaramuka laman blog aku sesudah 4 bulan maintain dengan background bangunan2 pencakar langit. kali ini aku ingin memastikan paparan blog aku mudah dibaca dan disenangi ramai. hehehehe. kalau tak ramai yang jenuh berkerut dahi untuk membaca word2 yang aku luahkan di sini. kasihan mereka yang diperlakukan sedemikian. maafkan aku. aku tak sengaja beb.
ok, tiada apa yang ingin diperkatakan lagi pada masa ini. baru baik daripada demam dan pening kepala. wink2 to everybody.
Saturday, July 23, 2005
reunion xtdk 91/94 : sedihnya... rindunya...
last week aku terlepas satu event yg sepatutnya aku pergi.
kawan-kawan ex-terendak 91/94 membuat re-union di pahang.
apakan daya, bukan rezeki aku untuk ke sana di waktu itu.
aku terasa sedih kerana tidak dapat join.
aku hanya mampu mengutus salam daripada kawan2 yg pergi.
hamizam dan rosmainy, thanks kalau kau orang sampaikan salam aku
kepada mereka.
:(
Friday, July 08, 2005
melayu dan hollywood
kesetiaan yang lalu tetap membuahkan sesuatu yang baik jika ia bermula drpd hati yang ikhlas. itulah yang aku fahami melalui 2 buah filem iaitu Cinta Fotokopi dan juga filem There's Something About Mary. Kedua-dua kisah berbeza budaya dan jalan cerita yang bertentangan tetapi point yg diberikan memang sudah mampu membuat seseorang itu agar menghargai apa yang berlaku di kala itu. keberanian amat penting. selebihnya hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui.
kadang2 pasangan yang kita kenali sukar hendak memahami situasi kita. mungkin kerana wujud dua sikap yang nyata iaitu sangsi dan cemburu. yes, that's the best word to describe everything yang berkaitan dengan hati manusia ini.
secara realitinya, aku pasrah melihat keadaan ini. pengorbanan memang penting tetapi kalau tidak diiringi dengan keikhlasan maka, tidak perlu diteruskan. hanya membiarkan ia berlalu lebih baik daripada merayu-rana.
baiklah, aku terasa weeeeekeeee sangat. sungguh membosankan. life is not to be like this. need to do something. wink2.
p/s :
2. There's Something About Mary (Cameron Diaz)
Thursday, July 07, 2005
Wednesday, July 06, 2005
serabut sikit


mejaku di pejabat www.vss.com.my
hmmm, nak bersihkan pun takut nanti tak dapat cari task2 yang perlu dikemaskini.
lama juga aku tak update blog dan cybernovela.
sorry yer, banyak sangat tugasan yang perlu aku utamakan.
wink2.
Friday, June 24, 2005
new friends

aku menerima rakan baru yang mana dia ini seorang penulis yang mempunyai talent yang menarik. walaubagaimanapun aku doakan rakan ini dapat mencapai cita-citanya kelak.
aduh CELCOM, line tak clear la beberapa hari ni. teruk benar rasanya.
wink2 to all pengunjung blog aku ini.
aku baru sahaja dapat VCD XX Senario yang original.
malam ni nak pi tonton. dah jam 12 mlm, aku baru review 2 filem hindi yang kira hebat gak citernya.
harap-harap orang yang berkenaan mampu menilai filem2 hindi tu dengan baik. bagi rate yang power2.
nite...

