Saturday, July 23, 2005

kita nak selesaikan perjuangan yang belum selesai



sambil2 membaca blog ini, minumlah air kotak yer...

pelbagai kisah aku didengarkan. macam2 perkara yang telah aku alami. aku terasa life is not interesting apabila diuji berkali-kali dan kadang2 ia tidak berlaku adil kepada aku. why why why why WHAT... sometimes in this world (go MAWI), aku terasa seolah-olah ada yang menanti diriku tapi tak tahu apa dia. alangkah bagus kalau kita tahu apa yang perlu kita lakukan. ye kan ?. teringat sebuah kisah di mana aku keluar berjalan-jalan dengan adik aku. aku melihat pelbagai telatah masyarakat disekelilingku. aku tak sangka masih ada yang bersikap sedemikian. maksud aku ada yang tampak seolah-olah dunia dia sahaja yang punya. berpakaian terdedah melampau dan tidak menampakkan budaya org melayu. ya MELAYU, bangsa yang sebenarnya sudah merdeka dan harus berbangga dengan bangsa sendiri. tapi kenapa sikap kita semua masih macam sebelum merdeka. tiada langsung ingin mengubah diri ingin menjadi gemilang, terbilang dan cemerlang. alamak, macam terbalik jer susunan lang lang aku ni. sorry pak Lah. aku tak tahu mana satu parti yang terbaik buat diriku. tapi yang aku pasti mana-mana parti yang memperjuangkan hak orang Melayu pasti aku akan ikuti. Insya Allah.

melayu tetap gah di mata dunia. trust me on this. jangan disebabkan kata-kata segelintir orang asing maka kita nak berbangga dengan segalanya. we need to trust ourself. bangsa lain takkan mudah membantu kita tanpa sebab. aku ni bukanlah berjaya sangat, cuma aku terasa sesuatu yang menarik sesudah mendengar ucapan penutup/penggulungan pak Lah di perhimpunan Agung UMNO baru2 ini. "kita nak selesaikan perjuangan yang belum selesai". ya betul. thanks pak Lah for remind me. itu sesuatu yang cukup membuat orang2 melayu terasa ingin bangkit daripada tidur lena. Insya Allah...

aku tujukan lagu tema baru laman blog aku dari westlife "As Long As You Love MELAYU". yes yes yes. khas buat pak Lah dan rakyat malaysia kesekian kalinya.