Thursday, July 28, 2005
R&R Rawang, KLik & Kopi O Panas
hi,
aku kembali ke perak jam 2am tadi. mata dah ngantuk2 masih struggle nak balik. hal keluarga yang tidak dapat aku elakkan. aku sampai sitiawan around 7.00am. semasa aku lepak di R&R Rawang, aku kenal dengan seorang warga asing yang bekerja di situ. katanya menetap di medan, indonesia. hmmm, bila sebut indonesia, aku teringat filem Kiamat Sudah Dekat. sebuah filem indonesia yang simple dan mempunyai maksud yang mendalam dalam percintaan. memang best agaknya. hmmm, jangan lupa yer pi menontonnya.
sedang aku belek2 majalah KLik sesambil minum kopi O panas, aku dikejutkan oleh hp (kes gegar on), SMS drpd adik aku mention yang semua dah ok. aduh, aku dah berada di Rawang. nak tak nak aku teruskan sahaja pulang ke perak. kalau balik ke sentul, jenuh aku nak turun naik mengangkat server DELL ni. teramatlah berat. aku ucapkan thanks to areyoung and che'ah kerana sudi ditemuramah oleh aku. berikut adalah beberapa criteria yg dapat aku nukilkan ttg areyoung dan che'ah.
areyoung
seorang yang pendiam.
suka merenung orang lama2.
lebih bersikap neutral dalam hal2 temuramah ni. agaknya takut dipandang negatif pada pertemuan awal.
cute dan senyuman menawan.
tak banyak makan. agaknya mmg kebanyakan perempuan mcm ni kot.
suka mendengar.
lebih berimaginatif dan realiti.
menghargai seseorang yang ingin ditemui. thanks.
suka makan durian kat putrajaya sampai demam.
che'ah
straight to the point.
berpengetahuan banyak dalam bidang hiburan.
tidak kedekut ilmu.
suka membuat hal. sorry yer. ni pandangan seorang wartawan Yusairi's blogspot. hehehehe.
nampak serius dan garang gak.
bila lama2 rupanya senang didekati. kalau tak percaya cuba tanya orgnya sendiri.
serius dalam hal2 yang melibatkan bidang hiburan ini.
pun sama mcm areyoung, tak banyak makan. jagung (lakonan hamid gurkha) tu pun tak luak langsung.
mula2 bencik AKADEMI FANTASIA (AF). tapi lama2 dia dah tangkap mee cintan dengan AF.
antara topik2 yang diperbualkan :
Current task drpd mereka.
harga majalah KLik.
Akademi Fantasia, MAWI MAWI MAWI.
Program Cinta Realiti : Mencari Cinta.
Jagung Nando : "Hamid, baru balik ker ?", suara garau yusni jaafar.
Kepedasan peri-peri dan kesedapan ayam Nando dibandingkan dengan Kenny Rogers.
Kos Minyak Kembara : Mahal ker ?
hmmm, itulah ciri2 yang aku lihat pada areyoung dan che'ah. mereka ni simple dan pandai berjenaka. semua topik2 yang dibincangkan telah dijawab dengan senada dan seirama tanpa apa2 perancangan untuk menjawabnya. Insya Allah, lain hari aku akan bertanyakan tentang life dan percintaan mereka. cehhhh, temuramah kedua nanti maybe melalui email kot, maklumlah, nak temuramah para wartawan ni memang susah beb. kena buat appointment dulu.
ok, aku tujukan gambar bunga tu buat teman2 yang melawat blog ini. aku diberitahu bunga tu namanya "Parrot Flower". thanks to areyoung for sending this image flower to me.
wink2 to all of you.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
cantik nye bunga tuh yus...:)
thanks tic.
image tu diberikan oleh cik areyoung. bunga tu mmg cantik.
Post a Comment