Wednesday, August 24, 2005

merdeka makin tiba



hi friends,

bila tiba penghujung bulan 8 ni ramai yang bersiap-sedia berlatih kawad, bermain alat muzik spt trumpet, drum or even ada yang juga bersiap-siap jahit2 pakaian utk berarak semasa perhimpunan merdeka di bandar/daerah masing2. wow, sungguh meriah bulan ini seperti menyambut perayaan aidilfitri. namun segalanya yang kita siap2 ni hanyalah kerana satu hari iaitu Merdeka Day 31/08. sesudah itu semuanya akan berulang setiap tahun. everything is the same dari dulu. tiadakah kelainan semasa Merdeka Day ini. asyik perhimpunan berarak sahaja kita dipertontonkan. masih banyak yang boleh dilakukan bersama rakyat jelata tapi itulah yang nyata. dimanakah wajah2 pejuang merdeka yang masih hidup. tiada tumpuan diberikan. yang ada hanya kisah sarjan hassan dan suatu masa dahulu bukit kepong (my favourite patriotic film), sepatutnya kisah hidup dan pengalaman mereka yang berjuang satu masa lalu dipertontonkan kepada kita. at least we know mereka ini. pengorbanan mereka harus kita sanjungi.

kebanyakan Merdeka Day yang aku alami, semuanya di dalam rumah. entahla kenapa aku tak aktif2kan diri. maybe disebabkan kerja menyebabkan aku tak banyak bersosial dan membantu menjayakan program kemerdekaan. entahlah, maybe sebab itu aku duk rumah jer. kadang2 aku pun kecewa dengan diri aku. apakan daya, nasib kdg2 tak menyebelahi aku. aku tak harapkan nasib. aku sendiri yang perlu ubah nasib aku. dulu dah pernah sekali aku berazam dan akhirnya aku berjaya dpt kerja. last year azam merdeka aku nak bekerja dengan baik sehingga mencapai suatu tahap yang terbaik. alhamdullilah, aku berada di dalam kerjaya yang baik dan sudah 2 bulan dinaikkan position. thanks boss. aku masih muda dan perlu banyak perkara yang dipelajari. aku perlu mengubah sikap yang seringkali agak tegas terhadap staff2 di bawah seliaanku. entahlah bagaimana inginku nyatakan kepada mereka yang aku suka bekerja dengan mereka. maafkanlah aku dengan sikap kebudak-budakan aku ini yer.

semalam baru jer rekomen for approval 2 staff yg memohon cuti pada penghujung bulan 8 ni. mereka nak bawa keluarga pi jalan2 kot. aku yang bujang ni duk je la kat office buat kerja. hehehehe. lepas ni kena lebih lembut dengan staff, need to learn more.

hmmm, nampaknya itu sahaja luahan dan keazaman aku pada merdeka kali ini.
Merdeka, Merdeka, Merdeka.
Alhamdullilah...