Friday, September 09, 2005

Hospital, Mawi & Sukan VSS 2005



Aku amat bertuah bekerja di syarikat VSS ini. Sebuah syarikat pembangunan aplikasi perisian yang semakin hari semakin nampak taringnya. Insya Allah, semoga semua menjadi kenyataan kelak. Ahad ini Sukan VSS di mana 4 pasukan telah dicreate dan thanks to Presiden Kelab VSS dan AJK-AJK kerana bertungkus-lumus menguruskan sukan ini. Ia julung-julung kali diadakan. Dengan kekuatan staff hampir 20-30 orang, Berkemungkinan ia mampu menggegarkan dewan Dato' Ishak (area Lumut) kelak. Cehhh.



Ops, lupa pula nak mention logo kat atas tu. Itu adalah logo COBRA. Salah satu pasukan yang bakal bertanding dalam sukan Badminton. Saingan sengit bakal diberikan oleh pasukan ini. Aku adalah penyokong kuat (cehhh) pasukan ini dan team-team lain juga tak kurang hebatnya (kata-kata mereka la). Antara team lain yang bakal bertanding ialah team VIIVTECH, team HEYBAQ dan juga team yang diketuai oleh Managing Director VSS yang mana aku pun belum lagi tahu apa nama team mereka. Khabarnya nak surprise nama team masa pertandingan. Hehehe, mcm tak best lak rahsia-rahsia ni.



Pagi sabtu ni aku join nonton aktiviti sukan air. Nonton je sebab aktiviti orang lain. Just ikut emak dan adik aku jenguk ayah aku sekejap yang menjadi urusetia dalam sukan air tu. Rasanya pelajar2 PLKN yang terlibat dalam sukan air tu. Maklumlah, nak inform ayah aku yang adik perempuan aku berada dalam keadaan stabil dan masih belum boleh bersalin lagi.



Suka-suka ni aku dengar Mawi dan Siti Nurhaliza bakal datang ke Lumut. Wow, Beruntung penduduk daerah Manjung ni. Aku maybe tak dpt nonton Mawi nyanyi kat stadium TLDM sebab ada jamuan makan malam yg pasti lagi best drpd duk terpekik-terlolong menjerit nama mawi. hehehe. sorry mawi. just kidding. aku tetap penyokong setiamu.



Adik perempuan aku dalam keadaan stabil. Demamnya pun dah ok. Jantung bayi dalam kandungan dia pun berdegup normal berbanding 2 hari lalu dimana doktor X kata degupan jantungnya amat kencang sekali. Berdesup darah aku dan kerisauan aku amat ketara apabila kehulu-kehilir doktor dan nurse keluar drpd bilik pemeriksaan. Apapun, esok mungkin dia dapat check out dan masih ada 2 minggu lagi jangkaan dia bakal bersalin. Insya Allah.



Aduhai, aku masih dalam dilema bersendiri. Aku akan ceriakan life aku dengan mengikuti aktiviti2 hujung minggu yang kini semakin kerap mendekati. Thanks to all my friends yang keep bagi semangat. Thanks to Aida, Mubarak (my very good friends from UUM, kini khabarnya jadi petani Jagung) dan juga rakan2 VSS yang lain.

COBRA, COBRA, COBRA.

oh yer, motto team COBRA :-
Work Smart, Play Hard, Nampak Bergaya dan Senyum Selalu

2 comments:

Wirawan Terulung said...

sebagai wirawan terulung....haku doakan semoga adik ko di permudahkan urusan bersalinnya itu....amin

Wirawan Terulung said...

bila ko nak apdet ni yusairi???