Saturday, September 24, 2005

pasangan kekasih


mejaku

hi friends,

apabila kita sebut tentang kekasih memang semua sedang membayangkan mereka merupakan pasangan yang sedang hangat bercinta. pelbagai liku yang mereka alami tapi masih menyintai satu sama lain. setiap orang pasti ingin merasai situasi sebegini apabila meningkat dewasa. cuma kadang2 sesetengah manusia bukanlah bernasib baik dan kadang2 kerap dikecewakan menyebabkan sukar hendak berkasih dengan seikhlasnya. mengapa berlaku sebegini.

aku pernah melihat sepasang kekasih yang bukanlah hebat pun percintaan mereka namun biarkan ia dijadikan teladan buat diri aku dan yang lelain. gadis ini seorang yang agak berada dan hidupnya dilengkapi dengan pelbagai kemewahan. gadis ini telah jatuh hati dengan seorang jejaka yang pada dasarnya jejaka itu datang daripada keluarga yang susah. jejaka ini tidak mahu dicintai gadis ini kerana dia sedar siapa dirinya. namun gadis ini tetap berusaha untuk memikat hati jejaka itu. tidak kira dengan pelbagai cara termasuk ingin membiayai yuran pengajian jejaka itu. walaubagaimanapun jejaka itu tetap dengan pendiriannya. pelbagai cara sudah dilakukan namun gagal. akhirnya gadis ini telah berputus asa dan menyebabkan jejaka itu berasa bersalah dan berniat untuk meminta maaf kerana tidak mahu melukakan hati gadis itu lagi. dia ingin berterus-terang selama 2 tahun usaha gadis ini sia-sia disebabkan hanya satu perkara iaitu jejaka itu sudah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak. aduhai, betapa setianya jejaka itu pada isterinya. gadis itu sudah mula mengagumi jejaka itu dan menghormati keputusan jejaka itu.

begitulah kisahnya yang mana tidak semua yang kita mahukan akan didapati dengan mudah. sometimes bila kita melihat seseorang perlu kita kenal siapa orang itu. at least biarlah dia berterus-terang pada peringkat awal persahabatan bagi mengelakkan tidak timbul pelbagai persoalan lain. semua ini bukanlah untuk memberi nasihat kepada semua tetapi menjadi satu pengajaran pada kita untuk memastikan diri kita perlu ikhlas dan jujur dalam persahabatan. mungkin kisah ini tidak menarik bagi sesetengah orang namun terima kasih kerana sudi membacanya.

Seperti kata James Bond 007 : "the world is not enough..." (takde kaitan pun. hehehe)

3 comments:

Wirawan Terulung said...

the WORLD is not enough?? pasal tu haku pi dok PLANEt ZARGUs...huhuhu

9w2yvf - VF @ Yusairi said...

hehehehe.
planet zargus kat area mana ?

Anonymous said...

no komen la sy budk kecik