Tuesday, November 15, 2005
Salam Aidilfitri & Deepavali
Apabila aku kenang kembali dwi-raya baru-baru ini, banyak perkara yang aku telah alami. Aku menemui sepupu-sepupuku. Yang sorg ni dah jadi macam lembut sikit. Rambut dan wajah pun dah nak dekat macam perempuan. Susah betul sepupu aku yang sorg ni. Dah la SPM score giler, bila masuk UKM jer jadi macam ni. Entah apa-apa. Ni mesti kes pengaruh kawan.
Sorang lagi bertunang di hari raya ketiga. Tahniah aku ucapkan. Walaupun umur masih 19 tahun, jiwanya sudah dewasa. Agaknya la kot. Ayahnya bagi tempoh setahun. Lepas tu, kalau nak kahwin, kahwinlah. Tunangnya nampak ceria dan senyuman yang menawan walaupun sudah agak berumur drpd aku. Hehehehehe. Dah jodoh, nak buat camner. Kalau dah bertunang tu, jagalah perhubungan tu dengan baik-baik. Jangan jadi macam aku yang terlalu dianggap memikirkan hal kerjaya sampai lupa tunang sendiri sampai hubungan terputus begitu sahaja. Malang betul aku ni.
Aku juga sempat menemui Diana dan keluarganya. Sepupu aku yang sorang ni seorang ahli perniagaan yang berkaliber. Beliau ni nampak berwawasan tinggi. Keep it up girl. Do your best. Lantak apa org nak kata. Kalau hati kita ikhlas nak majukan diri, jangan kira kutukan org sebagai satu kelemahan, anggap ia sebagai satu cabaran. Insya Allah, Diana pasti berjaya.
Aku agak bercelaru pada waktu raya ni. Macam-macam benda aku fikirkan. Kerja lagi, Raya lagi, beli itu lagi, beli ini lagi. hahahahaha. Memang tak menang kepala aku ni. Teruk bebenar. Walauapapun, aku masih consider hp INNOSTREAM 55 aku ni ditukar je. Better pakai NOKIA je. Senang, coverage pun power. Tension benar dengan INNO ni. Kata power tapi terlebih power agaknya. Very bad coverage.
Birthday aku pun baru je berlalu. Pada mulanya aku tak terniat nak sambut sangat. Tetiba keluarga aku buat surprise party. Kek toksahla cakap, penuh dengan cokelat je. Thanks to my mum and dad. Tanpa anda berdua, tiadalah aku kat alam ini. Syukur sangat-sangat.
Oklah, sempena musim perayaan ini, aku wish Salam Aidilfitri buat yang beragama Islam dan Salam Deepavali buat yang beragama Hindu. Moga kita aman duduk di Malaysia. Hidup Malaysia. Malaysia Boleh....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment