Thursday, June 01, 2006
P. Ramlee & AF4
Minggu ini agak sinonim dengan minggu mengingati seorg tokoh
perfileman yang amat terkenal di Malaysia khususnya. Allahyarham
Tan Sri P. Ramlee, seorang pelakon dan pemuzik yang sungguh
berbakat. Jasa dan sumbangan beliau tidak ternilai dan ia menjadi
idola setiap hati rakyat malaysia. Filem2 beliau masih ditayangkan
sehingga kini dan para penonton tidak jemu2 menonton. Malah ada
yang sering mengikut serba-sedikit tajuk2 perbualan dalam filem2
beliau. Too unique. Terima Kasih P. Ramlee.
Aku downloads lagu2 yang pernah beliau dan saloma nyanyikan.
Walaupun ia hanya prelude songs namun, part2 yang diperdengarkan
sungguh memberi perangsang pada diriku. Aku ucapkan terima kasih
di atas sumbangan laman web kepunyaan org asing ni. Walaupun mereka
bukan org Malaysia namun bisnes yang mereka lakukan tidak tertumpu pd
artis negara2 mereka malah melibatkan artis2 negara lain seperti
Malaysia dan lain2. Thanks again. Semoga artis2 lain spt Siti Nurhaliza,
Misha Omar, Jaclyn Victor, Zahid, Mawi & Salima (future juara AF4) akan
diketengahkan lagi diperingkat antarabangsa.
Sebut pasal AF3 dan AF4. Dedua AF ni ada kelebihannya. Yang pasti
para pelajar yang dipilih patut bersyukur kerana mereka dibimbing oleh
para trainer yang berpengalaman. Tahniah diucapkan kpd 12 pelajar
AF4 yang terpilih pada hari Ahad baru2 ini. Ingin ku berikan pandangan
pada setiap pelajar yang BERTUAH ini :-
pelajar lelaki
---------------
Rich - seorg yang simple dan tak byk bercakap. concern about people.
Faizal - jejaka yang prihatin akan perkara disekelilingnya. Murah dgn
senyuman. Jangkaan aku dia top 3/4 dalam AF4 ini.
Amirul - kuat tidur & agak pentingkan diri sendiri.
Lotter - aktif menari & suka buat lawak. Utamakan lagu2 barat.
Haziq - nampak terurus tapi masih banyak yang perlu dipelajari. Ada
potensi bersaing dgn Faizal utk top 3/4.
Diddy - nampak serius dan kurang bercakap. masih malu2 lagi.
pelajar perempuan
------------------
Salima - pada pendapat aku, dia ni pilihan juara AF4. mudah
tersentuh hati. Teringat suatu masa aku menemuinya...
Aku memain je, sorry Salima. go Salima...
Velvet - suka berlawak dan agak meninggi diri.
Farhan - berbakat dalam tarian dan nyanyian namun tidak yakin pada
lagu2 melayu.
Karen - gadis yang sungguh berbakat dlm nyanyian. Yakin pada apa yg
dilakukan. Suka belajar dan mudah menerimanya. always think
positive. Aku puji lebih pun takde maknanya. teman lelaki
dia mcm taiko beb. Apapun, bagi aku, dia ni pilihan top 2
dalam AF4.
Nora - Masih belum terkeluar lagi suaranya yang unik. Kena berusaha
bagi mengatasi keupayaan Salima, Karen & Farhan. Keluar dari
kepompong yang Nora bentukkan. Open & be strong.
Zila - Senyuman yang menawan dan suka mengenali diri seseorg dengan
hati yang terbuka. Selain itu, perlu tonjolkan suara dalam
kategori balada. You're good on that. trust me. cehhh, siapalah
aku yang Leez ni nak trust2kan. hehehe.
Sorry Zila, keep it up girl.
Segala pandangan dan pendapat aku ni tiada kaitan dengan mereka2
yang fanatik ttg pelajar2 ini. Juga tiada kaitan dengan sifat
peribadi pelajar2 itu sendiri. Ceh, mcm pernyataan kontrak lak.
Yang penting, para pelajar ini perlu dibimbing samada semasa dan
selepas tamat AF4 ini kelak. kita sudah lihat perubahan pada Mawi,
Sahri, Khai, Nana, Bob, Zahid dan lain2 lagi. Kalau mereka ingin
berjaya, mereka harus teruskan pembelajaran dan senantiasa yakin
yang kejayaan dlm bidang hiburan ini tiada hadnya. Jangan tertumpu
pada anugerah2 sahaja, berikan yang terbaik dlm industri ini. Ingati
pesanan pengetua2 AF spt Freddy Fernandez, Ramli MS, M.Nasir & kini
Ramli Sarip.
Mungkin aku kurang beri perhatian pada diari namun aku cuba luangkan
masa utk mendengar konsert2 AF4 ini kelak. Harap2 konsert2 AF4 ni
tak redundant schedule perlawanan world cup 2006 especially yang
melibatkan team Malaysia/MyTeam, opss, silap, team Korea Selatan.
Mereka mewakili Asia kita, so, tak salah kalau aku sokong team ni.
Lepas ni maybe aku akan cuba senaraikan pemain2 bolasepak dari negara
Korea Selatan. Memoga team ni dpt ke Semi-Final. tak kisah la bertemu
Brazil atau German atau England. Yang pasti team ni akan berikan
saingan yang terbaik. Insya Allah.
Aku nak beransur diri dulu. Baru lepas nonton filem terbaru drpd
Hollywood iaitu The "X-Men : The Last Stand". Mcm ada sambungan je.
Filem sebegini tidak harus tertumpu kpd kaedah trilogi je. maybe ada
sebab mengapa seorg saintis diselamatkan anaknya. Silap2, ada pula
formula ditemui utk jadikan manusia kpd mutants pulak berbanding
popularity nak jadikan mutants kpd manusia. Entah2 tajuknya mcm ni,
"The X-Men : World Fight", hehehehe. Sorry tuan director dan
founder X-Men.
p/s: esok, genaplah adik bongsu aku berumur 12 tahun. kena bagi
something special to her. hmmm, think think think...
ok, nite & wassalam.
01/06/2006 1.42am
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment