Tuesday, August 01, 2006

sunflower & ilma pratidina...so sweet.


"Seorang gadis yang dilahirkan di Indonesia. Pernah mendapat pendidikan di SMA Sukarta.Aduh...Aduh, gamat sih. Bagaimana gue layak menceritakan ttg Ilma Pratidina ini.Maaf ye dik Dina. Gue enggak sengaja nak memprofilkan dirimu di laman blog gue ini. Maafin gue ye Dina !!!".

Actually, Ilma Pratidina ini merupakan kenalan baru yang mana aku kenali melalui salah satu persoalan yang aku cari berkaitan dgn isu infotainmen. Hmmm, Dina seringkali mengucapkan isu-isu yang agak menarik di dalam laman beliau ipratidina.com.

Aku sebenarnya mempunyai satu persoalan yang memerlukan pendapat gadis2 seperti Dina. Beliau mempunyai penulisan yang tajam dan agak kritis dalam isu-isu yang tidak kira dari pelbagai aspek sosial mahupun ekonomi. Ia ada kena-mengena dengan sebuah filem yang dilakonkan 3 gadis hebat yang bertajuk "PEREMPUAN". Maybe Dina boleh rungkaikan sedikit pendapat utk aku dan rakan2 yang pernah menonton filem sebegini. Adakah gadis-gadis remaja di Indonesia bersikap sedemikian rupa ?. Atau hanya ia sekadar hiburan semata-mata.

Dina, seringkali memberi idea dan pendapat yang munasabah ttg isu-isu yang berlaku di dalam negara beliau khususnya. Gadis ayu ini seringkali menguntumkan senyuman apabila seseorang cuba merapatinya. Cuma, agak bahaya ye kalau sesiapa yang mendekatinya. Dia ni agak tegas dalam melaksanakan sesuatu tanggungjawab yg diberikan. Dina juga tidak suka manusia yang hipokrit (rasanya ramai blogger yg tak suka manusia yg bersikap hipokrit). Sorry Dina, aku ni macam kenal-kenal saja sama Dina ini.

Beliau juga mengikuti program-program anak muda yang berbakti kepada negara Indonesia. Banyak kerja-kerja amal yang sering beliau ikuti dan laksanakan semuanya dengan niat untuk membantu masyarakat disekelilingnya terutama yang hidup dalam serba kekurangan. Tentu banyak yang menarik dapat kita ketahui drpd Dina.

Hmmm, Dina, nama timangan Ilma Pratidina ini hanya aku sahaja yang terasa untuk memanggilnya sebegitu. Masih banyak perbincangan dan isu-isu yang bakal Dina utarakan. So, buat blogger seperti Aida, MM, ZZ, KakRos, KakYus, Arianna, de5lin, syahizad, masterjan dan lain2, tak salah kalau kita mengenali rakan2 negara jiran kita kan ?. Apa salahnya kita jenguk laman yang beliau bangunkan. Kita berkongsi pendapat sesama rumpun bangsa dan agama. Insya Allah, memudahan kita dapat mengeratkan hubungan silatur-rahim ini. Cehhh, ada apa2 ke yusairi (ni mcm nama aku je). hehehehheehehe.

Dina gemar makan makanan yang pedas-pedas (Agaknyalah). Maybe Chef Norza, MM, KakYus(maz-naz) dan ZZ boleh rekemen resepi yang pedas2 buat dirinya. Sebenarnya aku yang suka makan pedas2 ni. Saja nak mengharap Chef Norza, MM, KakYus(maz-naz) dan ZZ masakkan utk aku ni. Mana tahu kalau ditakdirkan aku dpt pi beraya rumah mrk ni. Ewahhh. Nak beraya kat rumah Dina sudah tentu aku tidak diundang. SIAPALAH AKU. Tambahan pula, bila raya aidilfitri menjelma, ramai kenalan dan saudara-mara Dina hadir dan berpakaian serba putih. Wow, macam dah pakat-pakat je Dina dan families dia.

Ish2, awat aku duk sebut nama Dina je ni ? Hampir setiap perenggan ada saja nama dia termasuklah perenggan ni. SUDAH SERIUS BANGAT AKU NI. Aku sukar nak jawab soalan yang sukar ini. Maybe Dina boleh tolong aku untuk menjawabnya. Oklah, aku nak berundur diri dahulu. Kejap lagi maybe Dina akan online nak beri pendapat dia tentang kisah2 yg aku ketengahkan ini. Maafkan aku Dina kalau kamu enggak selesa dengan kisah2 yang aku luahkan ini.

Akhir kata, buat Ilma Pratidina (aku kenali dia sebagai Dina), teruskan usaha murnimu. Segala yang berlaku, anggap ia satu cabaran dan dugaan hidup kita sebagai manusia di mukabumi. Dunia ini hanya sementara, be strong dalam meniti kehidupan ini.

Take Care My Beloved Friend - Ilma Pratidina.

p/s: Untuk Ilma Pratidina, kalau rindukan yusairi, senyum sambil menyebut nama "yusairi". hehehehe. Ada-ada saja yusairi ni kan. Tata...

With Love,
Yusairi

Posted by Picasa

4 comments:

Mamamanja said...

salam yusairi... pengomen yg pertama nampaknya pagi nih!

err... tatau nak komen apa. hehehe

Anonymous said...

aduh..yusairi ini, ada2 saja :))
i'm not that good
(bener gak nih bahasanya?) :))

9w2yvf - VF @ Yusairi said...

hi dina,
welcome here.
bahasa inggeris dina tu ok saja.
apapun, jgn rasa rendah diri. senyum selalu. wink2 my dear.

Unknown said...

amboi!!! beriya ckp pasal dina ni. Kak yus memang suka mkn pedas2 dan masak yg pedas2. Nantilah kalau akak dah balik Mesia, raya boleh dtg rumah.Tak pun, kalau yusairi berpeluang ke Sheffield bolehlah datang sebelum akak bersalin ni. Dah bersalin karang tak dapet nak masak dah...haha