Monday, August 21, 2006

Wajah gembira membuat hati kita tenang sangat...


Wajah Natalia yang kini menurunkan sedikit kesakitan yang aku sedang alami. Insya Allah. Terima kasih Natalia kerna menjadi temanku.


(Semua kisah dibawah ini aku rekodkan semasa dalam bas sebelum sampai tol PLUS Jalan Duta utk ke UTARA)

17/08/2006 PUDURAYA (9.15pm-11.00pm)

Destinasi : KL - Lumut

Seorg lelaki bernama A (bukan nama sebenar kot), menceritakan kisah hidupnya sewaktu aku menanti bas utk ke lumut (platform 14). Kasihan pula aku mendgrnya. Namun, aku tetap berdiam diri. Sebelum aku nak turun ke platform 14 (bas aku dah sampai), baru aku tanya namanya. Hahahaha. Kisahnya;

“Tunangnya seorg nurse. Bergaji sekitar RM1000 ke RM2000. Bapa tunang dia amanatkan sepupu tunangnya utk menjaga anaknya semasa berada di KL. A seorg technician di area Selayang. Gajinya mmg sedikit tapi dia tidak terniat utk mempergunakan tunangnya sbg sumber kewangan. Sepupu tunangnya mengapi-apikan pada ayah tunangnya tentang A mengawal duit gaji tunangnya. Dia memang sayang dan cintakan tunangnya, akhirnya ada juga yang memfitnah dia sebegini. Sudah lama mereka bercinta malah sebelum tunangnya bekerja sebagai nurse. Dia agak sebak (cara dia ckp mcm hendak menangis) bila menceritakan mslhnya padaku. Maybe itulah yg dikatakan "meluahkan pada seseorg yang tidak dikenali lebih mengubat hatinya drpd meluahkan pada orang2 yang disampingnya. Aku hanya berpesan pada dia agar berterus-terang apa yang berlaku kpd bakal bapa mertua dia. Jangan keruhkan keadaan, kalau mereka anggap A salah, just say MINTA MAAF. Biarlah tunang A tahu yang A memang ikhlas dan tidak mahu keruhkan lagi hubungan yang baru hendak bermula…”

Selepas itu, semasa di dlm bas; 2org penumpang hilang tiket. Kasihan la pulak. Makin lewat bas nak gerak disbbkan konduktur dan 2org ni bertekak. Apapun salah 2org tu gak, mrk cuai. Konduktur yg kacak tu pandai juga setelkan masalah mrk. Kita umat islam jgnla pjgkan kes ni. Cari jln penyelesaian yg terbaik.

Sesudah itu aku menatap sekejap wajah Tamara Bleszynski dan melelapkan mataku. Oh yer, orang sebelah aku berasal dari RIAU. Cuti-cuti bersama keluarga. Kakak, ayah dan ibunya duduk berterabur dalam bas ni disebabkan FREE SEATED status. Kasihan lak mereka ni… ok. Nite.
Posted by Picasa

2 comments:

Anonymous said...

Alahai sian nye kt org nama A tue.
hmmm tu le sian kan kt org nama A nie...

heheh.
O0o0o pi kl ka?
patut aa diam jer.

d5 said...

begitulah manusia sekarang nie.. tak bleh melihat kebahagiaan orang lain.. sekarang nie pon kes yang melibatkan perbezaan tangga gaji laki pompuan semakin besar.. yang peliknya, empunya diri tak ader lak nak kata apa tapi orang luar lak yang lebih2...