Thursday, February 22, 2007

bual-bual dgn zariman...


Sedang aku menatapi nasi briyani di sebuah restoran mamak X (bukan nama sebenar), aku berbual-bual dengan zariman (nama sebenar). Aku cabar dia dengan teh tarik secawan kalau dia dapat bertegur salam dengan seorg gadis di meja berdekatan dengan tempat makan kami. Dia ragu2 la pulak...

Timbul perbualan yang menarik tentang menegur-sapa seorg gadis.
Tips berikut adalah kaedah terbaik untuk pastikan teguran salam kita (as a man) menjadi... Insya Allah. Tambahan pula kalau gadis itu sedang makan malam bersama papa & mamanya...berat tu. tapi tak salah kalau kita mencuba...


Tip 1: Tumpahan Air
Jadi seorang waiter dan buat2 tertumpah air kat area meja gadis tu. Pastikan tip ini dilaksanakan kalau gadis itu berseluar atau berkain labuh. Kalau berskirt, elakkan drpd melakukan tip ini. ucapkan maaf berkali-kali dan buat muka salah dan ingat teknik akan pastikan kita kehilangan kerja sbg waiter...


Tip 2: Tempah Makanan Yang Sama
Sekiranya gadis itu order mee goreng, buat2 order yang sama. tip ini sesuai utk makan kat meja2 yg sebelah. Then, bila sampai order dia, ckplah pd waiter tu yang order tu bukan anda punya ke ?. buat2 tak perasan yang si gadis itu pun order yg sama.


Tip 3: Tempahan Serampang 2 Meja
Tip ini bersesuaian utk anda yang ada kerja/urusan lain dan tak sempat nak menegur gadis dan papa dan mamanya. Orderkan kerang bakar atau makanan2 yang special utk mereka (ikan bakar ke). Tip ini juga anda perlu tahu nombor meja mereka. kalau tersilap, gila jadinya. pastikan bisnes kad anda dikepilkan sekali. for sure mamak yg jaga kaunter akan support kita.


Tip 4: Teknik Harimau Kumbang
Teknik ini amat ketara dan terlalu sukar nak buat. Direct pergi ke meja gadis berkenaan. tegur sapa papa dan mamanya. katakan pd mereka yang anda suka melihat keluarga ini. ckp direct nak kenal dengan gadis berkenaan. Kalau dihalau pun takpe, asalkan mencuba drpd duduk ternganga jauh2. kalau memang boleh join, alhamdullilah. mana tahu rupanya sepupu mak tiri, menantu,sebelah ayah mertua punya saudara...

Tip 5: Syampoo Follow Me
Teknik agak kritikal dan boleh dipandang serong. Maklumlah, duk follow that gadis dgn papa dan mamanya. Cuma kalau follow berpada-pada dan pandai cover, boleh selamat, otherwise, bermalam kat lokap la kau...

Tip 6: Promosi Habis-habisan
Anda dtg ke meja berkenaan (mcm teknik harimau kumbang), cuma yg ni ada modal nak bercerita. anda bawa produk mcm HEALIN atau produk2 AVON ke, then, promote kat mereka. Mana tahu boleh dpt downline. kalau ditanya siapa upline anda, balun je nama2 manager2 anda...maklumlah, kalau kantoi, tanggung sendiri.

Tip 7: Manipulasi Rakan2 Berlainan Jantina
Teknik ini aku pernah guna dan berjaya cuma jodoh tak kesampaian, apapun, pi makan dengan rakan2 perempuan (sepejabat ke), then, berikan kad bisnes / phone number ke pd kawan anda dan minta serahkan pd gadis berkenaan. Confirm papa dan mamanya tak berapa sound direct sebab takkan mereka nak bangun lemparkan kad kita. kita cuma nak perkenalkan diri. Mana tahu ada jodoh... Insya Allah.

Itu sahaja drpd saya....
Zariman hanya mampu tersenyum dan semoga kita semua menemui apa yang tercari-cari selama ini di kedai makan....

3 comments:

Zulkifli Mh.D said...

jangan silap tegur orang dah la..

Anonymous said...

sgt menarik tips2 yg diberikan, mungkin sya akan mencubanya pd masa2 akan dtg...

syahizad said...

ermm mesra semacam je kan.. ahaksss... sape nak berkenalan ngan saya.. boleh je . tak yah buat buat trick. hahahahaha