Hi friends,
Aku menjadi pesalah kepada seseorang yang mana seketika lalu aku menjadi rakannya dan sudi mendengar masalahnya. Namun realitinya aku tidak pernah mengharap dia menerimaku. Aku tak tahu mengapa si dia telah menganggapku sebegini. Aku mungkin telah berlakon untuk melupakannya namun aku tidak mampu berbuat demikian kerana aku yang memulakannya dan aku harus menamatkannya. Aku merasakan kesilapan ini berpunca daripada surat2ku yang pernah dibaca olehnya. Aku tidak pernah sesekali ingin melukai hatinya. Si dia pun selama ini seolah-olah macam tidak endahkan apa yang aku alami dalam seharian hidup ini. Kata2 ini “kalau orang tak sudi, toksah nak kejar2 dah…”, aku terpaksa percaya walaupun jauh di sudut hati aku tak mampu menerima kata2 ini. Thanks for remind me friends.
Aku meniti tangga menuju ke bilikku. Ingin rasanya mendengar sebuah lagu yang kerap bermain dimindaku. Nyanyian Ning Baizura, sebuah lagu yang agak sedap dia nyanyikan iaitu “Awan yang terpilu”. Bait2 lagu ini membuatku tenang seketika. “sepasang sayap, tak terlihat, umpama mimpi yang tersimpan, jadi rintik, rintik hujan, menciptakan awan yang terpilu….”. Wow, sungguh syahdu dan menggerakkan jiwaku dikala ini.
Sekilas dengar lagu ini sebenarnya mampu diperdengarkan kat luar negara seperti USA, UK ataupun mana-mana tempat. Nadanya sungguh global dan suara Ning Baizura yang mempunyai kualiti mampu menjadikan lagu ini LIVE dalam setiap diri manusia ini.
Cybernovela aku iaitu CBDS – Cempaka Biru Di Taman Salju tidak dapat disambung ketika ini. Aku tiada waktu yang sesuai untuk kembangkan lagi kisah ini. Bulan ini agak weakness bagi aku. Aku kenali bulan ini sebagai Hospital Month. Semalam aku buat ujian darah dan urine test sekali. Kedua-dua ujian itu untuk rujukan pakar pada 26/10/2005 nanti. Last 2 weeks, x-ray menunjukkan semuanya ok. Semalam test ultrasound macam bagi hujan lebat sangat pada aku. Aku pasrah sahaja keputusan yang keluar. Walaubagaimanapun, lepas raya berkemungkinan ujian IVU pula perlu dilakukan. Aku pasrah. Aku tidak tahu apa yang telah berlaku ke atas diriku. Very bad day for me.
1 comment:
Selaku Presiden di Planet Zargus, saye Wirawan Terulung yg Terunggul di Planet Zargus ingin mengucapkan --> SELAMAT MENYAMBUt BULAn RAMAHDAn AL MUBARAk kepada kengakawan sumer yang berada di Planet World, Planet Nameck mahupun Planet Zargus sendiri.
So, pesanan dari penaja--> Pose jgn x pose...!!!!
Post a Comment