Assalammualaikum Rakan2,
Dikesempatan Ramadhan & Syawal yang bakal menjelang ini, aku nak ucapkan
selamat berpuasa dan selamat berhari raya. Minggu-minggu yang lalu ini
telah banyak memberi aku pelbagai kisah-kisah yang menarik dan tidak
kurang juga sedihnya.
pertamanya, aku telah dinobatkan menjadi paklong kerana adik keduaku
telah selamat bersalin dan menadapat cahaya mata perempuan. pada masa
ini aku just call her "lia". maklumlah, ayahnya bagi nama panjang berjela-jela.
hehehehe. tahniah buat adik aku dan suaminya.
keduanya, aku bersedih kerana baby girl disyaki demam kuning. terpaksa
di bawa semula ke hospital bagi menerima rawatan rapi. sedih gak aku
melihat baby tu. dah la berat masa dia dilahirkan sekitar 4.2Kg dan comel
pulak tu. aduhhh. sayup je diriku memandangnya. apapun, aku mendoakan agar
baby sihat walafiat.
ketiga, aku mendoakan agar cikgu "lia" juga semakin sembuh dan ceria-ceria
selalu. banyak2 bersabar dan bertawakal. tekadkan azam ingin terus maju lagi.
keempat, aku menerima perkabaran untuk setelkan satu projek kecil untuk
sebuah organisasi ni. memoga aku dapat siapkan secepat mungkin within 2 weeks ni.
kelima, syarikat ummair global food industries dah buka bisnes jual kurma.
jemput2 la datang membeli kurma dan mcm2 produk lagi. safron syurp pun ada.
kedai jualan mereka terletak di seri manjung, perak (area stesen minyak petronas).
oklah, itu sahaja kot. aku masih menanti sesiapa yang hadirkan diri ke office
today. sesambil tu aku tujukan 3 buah lagu raya yang ada dalam koleksi aku.
wassalam...
1 comment:
hi anonymous,
who ever you are. thanks for your time spending here.
Post a Comment