Friday, February 24, 2006

rawi, mya zara dan kasihku sinar...





Gambar diatas (dari kiri puan siti, RAWI dan rosdi), RAWI, teruskan usahamu di SYABAS kelak. kami di VSS akan senantiasa mengingati kau. 4 tahun kita kerja bersama telah banyak dugaan yang ditempuhi. Insya Allah, kau pasti akan berjaya tak kira dimana jua kau berada. hari ini tamat sudah perkhidmatanmu di VSS, jangan lupakan kami yer. SELAMAT BERJAYA.

apabila aku tonton drama bersiri mya zara tv3, ia sebuah drama yang agak unik dan penuh dengan pelbagai konflik kekeluargaan dan juga memberi input2 dalam pekerjaan kita seharian.

matlamat drama ini mungkin nak beri hiburan pada semua tapi lepas aku nilaikan kembali, byk point yg dapat bantu aku dalam jalankan tugas especially dalam meniti kejayaan dalam sesebuah karier. ya, memang aku akui ada kejahatan dan kebaikan tapi itulah lumrah kehidupan. maybe itu makna yang ingin pengarah drama ini cuba sampaikan.

tambahan pula lagu temanya memang superb. penyanyi yang mantap seperti amy mastura dapat membuat drama ini lebih LIFE dan memberangsangkan. Keep it up tuan director.

bawah ni aku sertakan lirik lagu dan kalau sesiapa yang sudi, dgr2kanlah lagu mp3nya di dalam section lagu (kanan).

Amy Mastura - Kasihku Sinar

Melangkah mengharapkan hadir dirimu
Ku genggam segala memori
Kita dewasa bersama
Menuju satu cita walau jalan berbeza

chorus:
Kasihku sinar tanpa cinta
Sinarnya tanpa asmara
Dengarilah hatiku rindu
Kasihku mekar tak berbunga
Mekarnya di dalam jiwa
Biarkanlah biarkan saja
Kasihku sinar

Andai kau ada di sini
Terukirlah senyuman tersingkir rasa sepi
Andai kau pergi dari sisi jangan di singkir
Diriku dari mimpimu

chorus

Kasihku sinat tanpa cinta
Sinarnya tanpa asmara
Dengarilah hatiku rindu
Kasihku mekar tak berbunga
Mekarnya di dalam jiwa
Biarkanlah biarkan saja(biarkan..)
Biarkanlah...
Biarkan saja...
Kasihku sinar....kasihku sinar

No comments: