Monday, February 27, 2006
PLUS MINUS INTERESTING, thanks to edward.
gambarku di atas utk tatapan rakan2 blogger.
aku rasa dihargai atau tidak belum tentu akan gembira jua
diakhir kisah hidup ini. apabila aku fikir-fikir kembali
kenapa, mengapa, bagaimana, siapa dan apakah yang menjadikan
aku tidak berdaya membuat keputusan yang wajar dalam hidupku.
banyak perkara di dunia ini yang boleh aku alami tapi ia tak
berlaku. mungkin aku ni tidak berguna lagi pada sesiapa. kecewa
sangat apabila semua perkara perlu aku fikirkan. too close in
my heart.
kasihku sinar bakal kembali mekar namun entah siapa yang sudi
menerimaku. aku hanya insan biasa. tiada apa yang boleh dibanggakan.
adakah aku memilih. tidak mungkin. adakah aku sukar didekati.
ya, mungkin juga. adakah aku sukar difahami. mungkin juga. adakah
aku tidak pandai berkomunikasi. mungkin juga. wahh, banyak sangat
simptom2 yg perlu dilistkan. kalau study lateral thinking, ada
PLUS MINUS INTERESTING. maybe kena amalkan konsep edward de bono
ini untuk kenalpasti diri aku yang tidak ketentuan.
apabila aku listkan PLUS maybe antara yg ada dalam diriku ialah
open minded, simple, pemaaf dan entah apa lagi ye.
untuk MINUS, aku rasa diri aku membosankan, tak ikuti trend
semasa, tidak bergaya, tiada keyakinan terhadap sesuatu perhubungan
terlalu percayakan org dan maybe byk lagi.
INTERESTING mungkin tak byk yang aku ada. aku ni suka mendengar
lagu2 drpd pelbagai genre, peminat filem hindi, suka makan dan
byk lagi.
apabila PMI ini aku listkan, memang byk perkara perlu aku perbaiki
dlm hidup ini. tiada sesiapa yang mampu kenali diri aku kecuali diri
aku sendiri. ada juga orang yang kenal sgt dgn cara life aku namun
belum tentu ia mampu lemahkan aku. aku perlu bersemangat. tak mungkin aku
akan kecewa lagi. alhamdullilah, tanpa aku gunakan PMI ini, 5 thn
telah membuktikan aku perlu gigih lagi namun kini mcm tak pasti.
macam2 aku perlu fikir. uruskan itu-ini. kerja utama tidak mampu
juga aku selesaikan disebabkan byk perkara lain yang melanda.
"kasihku sinar tanpa cinta, sinarnya tanpa asmara, dengarilah
hatiku rindu, kasihku mekar tak berbunga, mekarnya di dalam jiwa,
biarkanlah biarkan saja. andainya ada disini, terukirlah senyuman,
tersingkir rasa sepi, andainya pergi dari sini, jgn disingkir diriku
dari mimpimu. kasihku sinar..."
bait2 lagu nyanyian amy mastura ini amat merdu apabila didengar.
keep it up amy. penyanyi versatile. simple dan pandai menyanyi.
agak2nya tentu amy mastura ni analisis kemahiran dia sebelum
masuk ASIA BAGUS pada suatu masa dahulu. hehehehe. Alhamdullilah,
kini life dia tentu bahagia dan sebagai peminat dia, aku doakan
kebahagian dia disamping keluarganya.
Insya Allah, aku ingin mencuba sesuatu yang baru. aku perlu berani
hadapi ini semua. kalau gagal pun, at least aku berusaha. thanks to
my true beloved friend Z. aku pernah melukakan hatinya namun dia
tetap membantu aku melakukan sesuatu yang pernah aku impikan.
kejayaan tanpa usaha tiada maknanya. aku byk belajar perkara dengan
majikan aku. mereka tidak henti2 memberi peluang kepadaku. namun,
aku perlu berfikiran jauh skrg. walaupun beban aku amat byk tapi
biarkanlah ia menjadi satu cabaran buat diriku. Ya Allah, berikanlah
kekuatan kepada diriku yang lemah ini.
aku beransur diri dahulu. bagi sesiapa yang pernah kenali aku dan
pernah bersedih keranaku, aku mohon maaf dan semoga life kita
semua diberkati olehNya.
take care. wink2.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment