Tuesday, March 07, 2006
MAKNA, Mawi, HOT, ERA, Kasihku Sinar, Teman Tapi Mesra, Donald Trump...
06/03/2006
Sejurus aku keluar drpd Hong Leong Bank, seorang jurujual mempromosikan
sebuah buku doa untuk kanak2 beserta vcd cara2 membaca doa berkenaan. Harganya
RM10.00, aku rasakan berbaloi aku membelinya demi setiap sen hasil jualan
akan disumbangkan kepada MAKNA. Ikhlas merupakan suatu yang sukar kita semua
nak ukur dan seharusnya kita redha sahaja apa yang berlaku dan jangan sesekali
menyesal akan apa yang berlaku terhadap diri kita.
Tidak ku sangka, kandungan VCD doa kanak2 itu memang mempunyai unsur hiburan
yang agak menarik perhatian ahli2 keluargaku. Duta kecil MAKNA di dalam VCD
berkenaan mempunyai potensi yang sungguh besar dalam meniti alam seni suatu
masa nanti. Apapun, aku bukan org yang pandai menilai seni. Lebih baik yang
layak sahaja menentukannya. Macam Mawi yang pada mulanya disangka tidak mampu
pergi jauh namun kini rezeki beliau semakin bertambah dan diterima masyarakat
malaysia sekalian. Alhamdullilah, kini ada pula resume untuk Mawi. Sepuluh
rakan2ku yang bakal menjadi PA Mawi (tak kenai pun takpe), berusahalah dengan
sebaiknya. Jangan jadikan semua tohmahan mahupun maki-hamun org lain jadikan
titik kelemahan kita menjadi semakin lemah. Jadikan titik2 kelemahan kita sebagai
kekuatan sejati dan Insya Allah, ia pasti akan menjadi titik2 kekuatan yang
mampu dipandang dan dinilai oleh orang2 lain.
Hari Isnin ini aku agak positif dalam menerima segala input/task drpd mana2 rakan
sekerja mahupun client2 sykt. Mereka tampak lebih mesra namun realitinya aku
yang akan hadapi situasi ini. This month very tough cabaran yang aku terima.
Everything dateline on the same month. Mudah-mudahan aku dapat atasinya.
Ya Allah, berikanlah aku kekuatan dan pedoman dalam meniti cabaran2 ini.
Sekitar jam 23:59 malam, aku mendengar lagu2 yang dalam ERA baru di pasaran dan
mungkin HOT sangat. hehehe. 2 buah stesen radio yang agak hangat pada masa kini.
ex-DJ di ERA.fm beralih arah ke stesen radio baru di HOT.fm dan semuanya berlaku
di tahun yang sama. ERA.fm tetap mengekalkan identitinya. Keep it up ERA.fm dan
selamat berjaya buat HOT.fm dan juga stesen2 radio yang lain.
Lagu dan lirik Kasihku Sinar telah berada di dalam portal aku ini sejak beberapa
minggu ini. Nampaknya, ia menjadi top search result dalam YAHOO mahupun GOOGLE.
Seram gak aku kalau org duk selalu lawat laman aku ni. Dalam beberapa hari lagi
aku akan gantikan dengan lagu lain pula. Tukar seleralah katakan. Hahahahaha.
Sampai ada junior UUM masuk sini dan selain tu entah sapa2 kerap bagi mesej2 faces
sahaja pada aku di ShoutHuns. Kononnya Siti Nurhaliza dan beberapa artis lain masuk
sini. Hmmm, resah gak aku. Jangan risau artis2 Malaysia, aku sokong lagu2 korang.
Aku beli tape original sampai tauke kat Golden Inn Music hairan dengan aku yang masih
tak beli2 CD Player dan install kat dlm kereta. Aku lebih senang guna tape sahaja.
Kebanyakan lagu2 MP3 yang aku dapat ni ada yang aku beli dan ada juga yang rakan2
attachkan kepadaku. Cara inilah market lagu2 yang perlu berkembang. Entah kenapa
Napster dikekang habis-habisan. Bagi aku kalau Napster dan lain2 MP3 Download yang
free masih diberi peluang, sudah pasti muzik2 negara Malaysia pun mampu berkembang
di luar negara. Insya Allah, everything is possible. Apakan daya, nasi sudah menjadi
bubur. Company2 kat luar negara pun nak cari makan dgn artis2 diaorg. hehehehe.
So, tawakal je lah.
Sudah 12:10 mlm, lagu Seri Dewi Malam dendangan Nurul from Akademi Fantasia.
Suara gadis ini memang merdu. Sungguh berbakat dan aku sungguh kagum dengan cara
dia menyanyikan lagu ini. "Kanda, suka bergembira. Kanda, senang berketawa. lalalalala...". Muahhhhsss to Nurul (sorry, dalam hati je. Aku tak berniat jahat).
Adik aku pun nama Nurul, so, byk maksud kalau Muahh-muahh-muah ni. Hahahaha. Banyak
sangat gelak je aku ni malam2 buta ni. Kang datang betui2 Seri Dewi Malam, jenuh aku.
Kasihku Sinar, wahai lagu Amy Mastura ni. Aku harap lagu ini mendapat tempat di akhir
Juara Lagu 2006 kelak. Liriknya dan nada lagu ni memang original dan superb. Siapalah
yang cipta lagu ni. Thanks so much kepada pencipta, penyanyi, penulis lirik dan
pemuzik2 yang terlibat dalam pembikinan lagu ini. Cehhh, macam lah aku ni
penerbitnya. hahahaha. Panjang gak kisah aku kali ini.
Petang Isnin, aku diperdengarkan sebuah peralatan yang boss aku cipta. MP3 Player
namanya. Walaupun produk ni sudah ada di pasaran namun ia telah dicipta sendiri boss
aku dan berkemungkinan boleh dipasarkan melalui internet. Insya Allah. Penjenamaan
perlu dilakukan. Dan berkemungkinan MP3 Player ini dijual dengan harga yang murah
dan menggunakan MMC Card pada peringkat awal ini. So, Voice Module utk produk
V-QUEUE System yang ada di dalam pasaran sudah mampu diintegrasi dengan produk MP3
Player ini. Apa2pun, MP3 Player ini pasti akan digilai oleh remaja2 yang mempunyai
Skuter2 dan maybe Kancil2 kerana ia portable dan maybe kecil serta boleh play byk
lagu. Jukebox pun boleh diketengahkan dalam membentuk bisnes bagi ciptaan ini.
Sampai bila kita nak guna produk2 asing, inilah masanya kita guna produk BUATAN
MALAYSIA. Malaysia Boleh.
Oklah, sebelum aku menjajau jauh drpd persimpangan Sitiawan dan Manjung, aku tujukan
lagu MALAM yang dinyanyikan oleh kumpulan laman iaitu Shades. "Malam, terdengar
sepantun lagu...". Entah kemana kumpulan ini. Dah dibubarkan ke ?. Nampaknya sukar
nak kekalkan kumpulan2 di Malaysia ni. Kejap ada kejap takde. Mungkin rezeki mereka
terbuka luas dan mereka ni tentu grab PELUANG2 yang ada. Itulah idelogi Donald
Trump, tokoh hartanah di USA yang sungguh berkaliber dan kaya-raya. Banyak point2
dalam The Apparentice boleh kita sama2 fikirkan. Think clearly, Insya Allah, semakin
jelaslah life yang akan kita hadapi. WINK-WINK.
p/s: Cybernovela aku masih belum sempat dikemaskini sebab aku belum dapat idea untuk
kembangkan watak2 yang ada. Aku bukan penulis yang berbakat. Jalan cerita yang aku
cuba sampaikan bukanlah dirancang pada peringkat awal. Ia datang secara spontan dan
nama2 yang diperwujudkan dalam CBDS ini pun kebanyakan related dengan nama rakan2
sekerja aku. Thanks friends.
Nite & regards,
yusairi.
signed off 07/03/2006 jam 12:32 tengah malam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
heheh..kite pun ada beli vcd tuh. Alhamdulillah..Sofea, my baby umur 11 bulan, suka sgt tgk. Kalau nak suruh dia diam tgk cd tu lah.
hi adeq...
hmm, citer FULL HOUSE mmg best.
apakan daya, saya masih menanti episod 14,15 dan 16.
hmmm, CD MAKNA tu mmg sumber rujukan bacaan doa yg sesuai utk kanak2. zaman skrg, kanak2 mcm suka dgr lagu jer. nampaknya MAKNA telah mengikut peredaran dalam mendapat sumber dana bagi menkalankan tugas2 kebajikan mereka. keep it up.
Post a Comment